Selasa, 7 Julai 2026

Sarapan di Roti Bakar Arang Fadzil House

 Bersambung cerita hari yang sama, selepas kami pergi jalan pagi di Taman Tasik Taiping, waktu itu, sudah jam 10 pagi. Perut minta diisi. Saya buat carian tempat makan sedap dekat lokasi kami. Restoran berikut termasuk dalam senarai hasil carian. Ini pertama kali kami cuba makan sini.

Roti Bakar Arang Fadzil House ialah kedai sarapan pagi yang popular dan tular di Taiping. Kalau anda google kedai ini, ada artis dan pempengaruh buat video makan di kedai ini. Juga, kedai ini pernah dipaparkan dalam Jalan-Jalan Cari Makan dan disyorkan dalam artikel pelancongan makanan oleh media utama seperti Astro Awani sebagai salah satu "port breakfast wajib singgah" jika berada di Perak.

Waktu saya dan suami sampai, agak ramai orang. Tapi, sebab tempatnya luas, banyak tempat duduk. Kami datang hari bekerja, jadi, okaylah. Tempat ini sangat sibuk pada hujung minggu. Datang awal digalakkan sebelum menu popular habis. Tudiaa...

Roti Bakar Arang Fadzil House
Gambar ini diambil waktu sudah nak balik, dari kereta. 

Segan nak ambil gambar dekat-dekat. Sebab ada orang makan di luar tu, waktu kami tiba.

Menu Pilihan Utama

🍞 Roti Bakar: Roti bakar telur goyang special (roti bakar arang dengan telur separuh masak), roti kahwin (kaya dan mentega), serta roti kukus yang lembut.

🍞 Makanan Berat: Nasi lemak ayam rendang, nasi lemak ayam goreng, mee kari sambal sotong, lontong, dan soto ayam.

🍞 Sampingan dan minuman: Cucur udang rangup bersama kuah kacang, dipadankan dengan teh tarik atau kopi panas.

Jom tengok kami pesan apa...

Nasi lemak paru
Suami pesan nasi lemak paru

Nasi lemak dia sedap. Sambal cukup rasa. Lauk paru pula lembut. 😋

Roti bakar telur goyang
Suami pesan roti bakar telur goyang juga.

Oh, ada kacang panggang juga dalam set ini. Keunikan di sini, roti dibakar guna arang. Rangup waktu kita makan. Nyum nyum...

Roti bakar
Saya pesan roti bakar

Roti bakar biasa, bahagian dalam disapu mentega. Kami kongsi-kongsi makan semua hidangan. Alhamdulillah, sedap. Kami berdua pesan air suam saja. Sebab nanti rancangnya, dalam perjalanan balik Lumut, kita pick-up kopi Zus la.

Dalam kedai, ada papan hitam memaparkan menu tambahan
Dalam kedai, ada papan hitam memaparkan menu tambahan bersama harga.

Menu tambahan yang ada:

Cucur udang RM7

Lontong RM7.50

Roti jala RM7

Tauhu kuah kacang RM5 (Alamak, saya tak nampak ni! Sudah makan baru perasan. Lain kali datang, mahu pesan ini la)

Soto ayam/daging RM8

Mantou sambal/kaya RM7

Mee rebus daging RM8

Mee/kuetiau/bihun goreng daging RM8

Nasi lemak ayam pandan RM10

Nasi lemak sotong kering RM7.50

Nasi lemak daging rendang RM7.50

Saja, saya rajin hari ini, tolong taip apa tertulis di papan hitam dalam gambar di atas, untuk rujukan.

Lepas makan, kami pun beransur pulang. Jumlah harga sarapan kami ialah RM16. Wah, sangat berpatutan harga. Syukur. Alhamdulillah. Sedap semua. Boleh ulang datang lain kali.

Roti Bakar Arang Fadzil House

Alamat: Bangunan IKS MP, 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak.

Masa operasi: Sabtu hingga Khamis, dari 7 pagi hingga 12 tengahari. Tutup setiap Jumaat.

Sekian laporan. Jumpa lagi, ya. 💗

5 ulasan:

  1. Tak pernah lagi sampai..Emm, kita kalau balik Taiping..malas nak ajak suami foodhunting..sebab kampung dia.. 😝😝

    BalasPadam
  2. Sedap la roti bakar dgn arang kan Nur, aroma tu best.
    Murah dan sedap harus repeat :(

    BalasPadam
  3. Geram pulak nengok roti bakar telur goyang tu haaaa.. nasi lemak dia nampak menarikk... boleh try ni.. kita selalu gak nampak video di Tiktok dr KOL

    BalasPadam
  4. Cie pernah sekali makan kat situ. Lama dah tak ingat tahun bila. Masa tu ramai betul orang jenuh tunggu meja kosong.

    BalasPadam