Sarapan di Roti Bakar Arang Fadzil House
Bersambung cerita hari yang sama, selepas kami pergi jalan pagi di Taman Tasik Taiping, waktu itu, sudah jam 10 pagi. Perut minta diisi. Saya buat carian tempat makan sedap dekat lokasi kami. Restoran berikut termasuk dalam senarai hasil carian. Ini pertama kali kami cuba makan sini.
Roti Bakar Arang Fadzil House ialah kedai sarapan pagi yang popular dan tular di Taiping. Kalau anda google kedai ini, ada artis dan pempengaruh buat video makan di kedai ini. Juga, kedai ini pernah dipaparkan dalam Jalan-Jalan Cari Makan dan disyorkan dalam artikel pelancongan makanan oleh media utama seperti Astro Awani sebagai salah satu "port breakfast wajib singgah" jika berada di Perak.
Waktu saya dan suami sampai, agak ramai orang. Tapi, sebab tempatnya luas, banyak tempat duduk. Kami datang hari bekerja, jadi, okaylah. Tempat ini sangat sibuk pada hujung minggu. Datang awal digalakkan sebelum menu popular habis. Tudiaa...
![]() |
| Gambar ini diambil waktu sudah nak balik, dari kereta. |
Segan nak ambil gambar dekat-dekat. Sebab ada orang makan di luar tu, waktu kami tiba.
Menu Pilihan Utama
🍞 Roti Bakar: Roti bakar telur goyang special (roti bakar arang dengan telur separuh masak), roti kahwin (kaya dan mentega), serta roti kukus yang lembut.
🍞 Makanan Berat: Nasi lemak ayam rendang, nasi lemak ayam goreng, mee kari sambal sotong, lontong, dan soto ayam.
🍞 Sampingan dan minuman: Cucur udang rangup bersama kuah kacang, dipadankan dengan teh tarik atau kopi panas.
Jom tengok kami pesan apa...
![]() |
| Suami pesan nasi lemak paru |
Nasi lemak dia sedap. Sambal cukup rasa. Lauk paru pula lembut. 😋
![]() |
| Suami pesan roti bakar telur goyang juga. |
Oh, ada kacang panggang juga dalam set ini. Keunikan di sini, roti dibakar guna arang. Rangup waktu kita makan. Nyum nyum...
![]() |
| Saya pesan roti bakar |
Roti bakar biasa, bahagian dalam disapu mentega. Kami kongsi-kongsi makan semua hidangan. Alhamdulillah, sedap. Kami berdua pesan air suam saja. Sebab nanti rancangnya, dalam perjalanan balik Lumut, kita pick-up kopi Zus la.
![]() |
| Dalam kedai, ada papan hitam memaparkan menu tambahan bersama harga. |
Menu tambahan yang ada:
Cucur udang RM7
Lontong RM7.50
Roti jala RM7
Tauhu kuah kacang RM5 (Alamak, saya tak nampak ni! Sudah makan baru perasan. Lain kali datang, mahu pesan ini la)
Soto ayam/daging RM8
Mantou sambal/kaya RM7
Mee rebus daging RM8
Mee/kuetiau/bihun goreng daging RM8
Nasi lemak ayam pandan RM10
Nasi lemak sotong kering RM7.50
Nasi lemak daging rendang RM7.50
Saja, saya rajin hari ini, tolong taip apa tertulis di papan hitam dalam gambar di atas, untuk rujukan.
Lepas makan, kami pun beransur pulang. Jumlah harga sarapan kami ialah RM16. Wah, sangat berpatutan harga. Syukur. Alhamdulillah. Sedap semua. Boleh ulang datang lain kali.
Roti Bakar Arang Fadzil House
Alamat: Bangunan IKS MP, 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak.
Masa operasi: Sabtu hingga Khamis, dari 7 pagi hingga 12 tengahari. Tutup setiap Jumaat.
Sekian laporan. Jumpa lagi, ya. 💗





Tak pernah lagi sampai..Emm, kita kalau balik Taiping..malas nak ajak suami foodhunting..sebab kampung dia.. 😝😝
BalasPadamLaa.. pulak... 😁
PadamSedap la roti bakar dgn arang kan Nur, aroma tu best.
BalasPadamMurah dan sedap harus repeat :(
# :) salah type pulak 😅
PadamBetul PH, aroma arang tu.
PadamHehe.. takpe. Betul²!
Geram pulak nengok roti bakar telur goyang tu haaaa.. nasi lemak dia nampak menarikk... boleh try ni.. kita selalu gak nampak video di Tiktok dr KOL
BalasPadamMemang sedap, cukup rasa, makan di sini, Sis Lin. Mai la Tepeng. 😊
PadamCie pernah sekali makan kat situ. Lama dah tak ingat tahun bila. Masa tu ramai betul orang jenuh tunggu meja kosong.
BalasPadamOh, ye ke. Hujung minggu memang penuh tempatnya.
PadamHahaha alamak jauh plak nak ke taiping heheh tp roti bakar arang mmg sedap...
BalasPadamBoleh naik ETS je, Ako. Hehe..
PadamKann... 😋
Issssh macam nak terbang kesana lah 😂😂😂. Saya nih galau kak. December tuh saya lama di Malaysia kan. Nah pengennya ke kota yg blm didatangi, at least 1 pun tak apa. Awalnya dah yakin ke Terengganu. Tapi baca kuliner Taiping kok JD kepengin kesini juga 🤣🤣.
BalasPadamHahaha... Kena buat kajian dulu ni, Fanny. Baru boleh buat perbandingan antara tempat mana harus dituju. 😁
PadamAroma arang tu yang orang tercari-cari....
BalasPadamBetul²! 😋
PadamIt sounds interesting! I am not familiar with this. Thank you for sharing!
BalasPadamCharcoal-grilled toast has different aroma compared to ordinary toast using electric toaster, Linda. You're welcome.
PadamSedap tu kalau roti panas-panas, mesti rangup.
BalasPadamAgaknya macamanalah rupa tauhu kuah kacang tu.
Betul, kak.
PadamItulah, saya pun musykil. Saya bayangkan macam tauhu bakar.
Roti bakar telur goyang.. sedapnya!!
BalasPadamSedap, sedap. 😋
PadamSemua fav nihh. Lagi2 nasi lemak sambal paru.. Perghhh yumss
BalasPadamKan, Faa.. 😋
PadamMengancan betul rupa roti bakar telur goyang tu =D
BalasPadamKan, Nieza. 😋
PadamNasi lemak paru dia nampak betul-betul menyelerakan, Nur. Paru kalau lembut memang ngam sangat dengan sambal. Untung datang waktu hari bekerja, tak adalah kena beratur panjang sangat. Total RM16 untuk semua tu memang murah dan berbaloi sangat sekarang ni
BalasPadamBetul, SA. Alhamdulillah. Sedap belaka.
PadamRating 4.3 dari 1500 review, terhitun bagus lah itu.
BalasPadamSaya pribadi lihat nasi lemak paru rasanya lapar betul mbak Tot :D
Hehe.. memang enak, Mas Fajar.
Padamroti bakar arang tu confirm sedap kak...teringat zaman kecil dulu arwah Tok bakar roti guna dapur kayu,aroma dia tu sampai sekarang boleh ingat
BalasPadamWah... Sedap bau roti bakar guna dapur kayu ni. 🥰
PadamSedap tgk roti bakar telur goyang tu
BalasPadamSedap, mama tisya. 😋
PadamRoti Bakar goyang tu menggoda sungguh dgn telur goyang. Aduhaiiiiii semua menu sedap Dan murah
BalasPadamHehe.. mai la Tepeng, kak. 😊
PadamPernah makan beberapa tahun lepas memang sedap. Beli apam lambung kat gerai tepi tu.
BalasPadamOoo ye ke.. dah takde orang jual apam lambung, udah ganti orang jual kerepek.
PadamMurah harga makanan. Alhamdulillah patut popular sebab sedap.
BalasPadamBetul, NA. Murah dan sedap.
PadamTempat makan popular ni sentiasa ramai orang. kalau datang dari jauh tu bertabahlah menunggu. Patutlah ramai orang sebab banyak menu sedap. Murah pulak tu kan. Tak menyesal singgah makan sarapan kat sini.
BalasPadamBetul, Fizah. Memang boleh datang lagi lain kali. Nak cuba menu lain pula.
PadamKSarie pernah datang breakfast sini masa hari Ahad. Mujur sampai awal pagi. Lepas tuh berenyut orang beratur. Roti yang dibakar dengan arang tu garing dan wangi. Itu yang sodap tu😋
BalasPadamItulah, orang kedai pun suruh datang awal pagi. Lain kali kot mai lagi, boleh cuba cucor pula.
Padam