Bermalas-malasan di hari Ahad
Saya ada beberapa draft entries helok tersimpan. Saya publish satu, satu, ya. Walaupun cerita bulan Julai. 🙈
Kebetulan hari ini sama dengan hari draft post ini, iaitu hari Ahad. Cerita pada 26 Julai yang lepas.
![]() |
| Nasi berlauk ayam gulai |
Ini sarapan saya. Suami saya bungkuskan nasi berlauk di atas di Restoran Selero Kito, Teluk Muroh. Sedapnya macam gini 👍👍
Hari Ahad, dapur rumah tutup. Hari untuk berlunjur depan TV, berehat, baca surat khabar.
![]() |
| Mingguan Malaysia dengan sisipan Pancaindera. |
Ini pembawaan dari arwah mama saya. Hari Ahad saja, beli surat khabar, baca gosip artis, katanya. 🤭
Memang syok, macam 'Mem besar', baca surat khabar depan TV, selesa duduk di sofa, bersama secawan kopi, bungkus dari Zus.
Memang tidak buat kerjalah ya, hari Ahad. Siram pokok pun tidak. Hehe..
Waktu petang lepas Asar pula, kami pergi pasar malam, jalan-jalan tengok orang, tengok makanan apa menarik, nak dibuat makan malam.
![]() |
| Suami beli nasi kerabu ikan goreng |
Nasi kerabu Cik Sue ini dikatakan ada di setiap pasar malam beberapa lokasi di Manjung, dan sentiasa ramai orang beratur. Ada potongan limau nipis, diberi sama. Ada lebih kurang rasa segar makan nasi kerabu ini bila sudah perah limau nipis.
![]() |
| Saya makan nasi ayam gepuk |
Atau nasi ayam geprek ke? Entah, saya pun dah lupa, sebab saya cuma upload gambar saja dalam draft entri. Lupa tulis nama hidangan dan harga. Tapi saya ingat sambal dia tu. Saya tengok, kenapa lain macam? Rupanya yang bahagian atas itu, yang kacang gajus ditumbuk, diletak di atas sambal. Kalau cicah tauhu sampai ke bawah bekas sambal kecil itu, memang rasalah kepedasannya. Kicap diberi dalam sachet, saya koyakkan dan tuang atas nasi. Memang pedas, tapi sedap. 😋
Alhamdulillah, rezeki dapat makan sedap-sedap dan boleh beristirehat di hujung minggu.
Harap hujung minggu anda semua indah-indah belaka..
Jumpa lagi, ya. 💗




Hehe sama tengah bermalasan sekarang. Semalam lagi me time tengok perlawanan badminyon di tv.
BalasPadamSamalah beli Mingguan Malaysia tapi sekarang susah hendak beli.
Rasanya Nur beli itu nasi geprek.
Wah, NA minat ye, tengok badminton.
PadamSaya pun takdelah beli suratkhabar Ahad setiap minggu. Bila sempat je.
Oh.. okay, nasi geprek.
Lama tak beli suratkhabar. Dulu hari Ahad ayah beli la suratkhabar kat pekan sari ada kedai jual.
BalasPadamSuratkhabar sekarang pun tak sama macam dulu, Cie. Nipis je.
PadamHaaa.. betullah... Ahad ada sisipan untuk artis.. lama tak baca.
BalasPadamHehe.. tak padan harga, sekarang suratkhabar nipis je, kak.
PadamSelamat bermalasan di hari minggu. Kami sekejap lagi nak check out dari hotel & ambil anak bongsu kat A Famosa. Good bye N.S & Melaka
BalasPadamBestnya, jalan-jalan di Negeri Sembilan dan Melaka di hujung minggu. 👍
PadamSamalah kita kak tot. Bangun siram bunga, kemas sikit kemudian sambung tonton series.
BalasPadamSedap semua hidangan kak tot tu.
Hari Ahad masa untuk berehat kan, Sofie. 😊
PadamAlhamdulillah...
The chicken rice looks scrumptious 😋
BalasPadamAnd tasted good too.. 😁
PadamAlhamdulillah. Hari minggu ini saya hadapi dengan tenang dan gembira. Cukup cantik buat saya.
BalasPadamAlhamdulillah... nikmat paling berharga, tenang dan gembira. 🥰
PadamBest kan bermalas- malasan di hari Ahad..SA masa ni la nak marathon drama Bulan Henti Bicara...so semalam sampai petang SA lepak depan TV je...pagi masak dulu siap2..hehehe
BalasPadamHehe.. best ya, SA, dapat marathon siri feveret kita. 🥰
Padamfav tu nasi berlauk ayam gulai
BalasPadamSedal kan, mama tisya. 😋
Padam*sedap
PadamOoooo wujud lagi rupanya Pancaindera ye. Lama sungguh KSarie tidak membaca surat khabar. Kalau orang beratur panjang di sesuatu gerai tu biasanya makanannya memang sedap la kan
BalasPadamAda, ada, Pancaindera. Hehe..
PadamHa ah, memang nasi kerabu cik sue tu ramai peminatnya.
Ada hari mmg gitu..tapi saya ada budak kecik x boleh nak bermalasan...kecuali diorg lena lagi...huhu..
BalasPadamSabar ye, Sueann. Makin anak² besar, semua akan jadi lebih mudah (ye ke.. ? ). Huhu..
PadamDah lama juga tidak membaca surat khabar.. dulu masa kecil mmg membaca surag khabar adalah satu kemestian bersama arwah ayah.. ☺️
BalasPadamSamalah. Lepas orang tua baca paper, kita pula baca. 😊
PadamRinduuu makan nasi kerabu 😍😍. Saya dah tak ingat kapan trakhir kali beli koran kak 😅😅. Seharusnya masih ada, tp susah lah nak cari.
BalasPadamIngat dulu mama sering beli koran wanita, yg isinya Macam2, termasuk gosip artis hahahah
Hehe.. baca paper online lebih mudah sekarang kan, Fanny.
PadamSama pula mama kita ya, suka baca paper ada gosip artis.
Ayam gepuk dgn sambal kacang saya suka! Tapi kena letak kicap banyak2 sebab saya tak tahan pedas 🤭
BalasPadamSamalah kita, Mazni. Pedas sampai berair hidung, tapi sedap. 😂
PadamHujung minggu masa untuk bersantai gitu kan. Cuti masak. Dapat bayangkan mem besar duduk depan TV sambil baca surat khabar tu. hihihi..
BalasPadamJarang makan nasi kerabu dengan ikan, biasanya ambil ayam bakar. Lama tak makan ayam gepuk sebab jemu dah rasanya. huhu...
Hehe..
PadamNasi kerabu ayam bakar pun sedap juga. Akak jarang beli nasi jenis ayam gepuk atau penyet ni. Tapi sukalah, sebab sedap.