Bermalas-malasan di hari Ahad

 Saya ada beberapa draft entries helok tersimpan. Saya publish satu, satu, ya.  Walaupun cerita bulan Julai. 🙈

Kebetulan hari ini sama dengan hari draft post ini, iaitu hari Ahad. Cerita pada 26 Julai yang lepas. 

Nasi berlauk ayam gulai
Nasi berlauk ayam gulai

Ini sarapan saya. Suami saya bungkuskan nasi berlauk di atas di Restoran Selero Kito, Teluk Muroh. Sedapnya macam gini 👍👍

Hari Ahad, dapur rumah tutup. Hari untuk berlunjur depan TV, berehat, baca surat khabar.

Mingguan Malaysia dengan sisipan Pancaindera
Mingguan Malaysia dengan sisipan Pancaindera.

Ini pembawaan dari arwah mama saya. Hari Ahad saja, beli surat khabar, baca gosip artis, katanya. 🤭

Memang syok, macam 'Mem besar', baca surat khabar depan TV, selesa duduk di sofa, bersama secawan kopi, bungkus dari Zus. 

Memang tidak buat kerjalah ya, hari Ahad. Siram pokok pun tidak. Hehe..

Waktu petang lepas Asar pula, kami pergi pasar malam, jalan-jalan tengok orang, tengok makanan apa menarik, nak dibuat makan malam.

Nasi kerabu ikan goreng
Suami beli nasi kerabu ikan goreng

Nasi kerabu Cik Sue ini dikatakan ada di setiap pasar malam beberapa lokasi di Manjung, dan sentiasa ramai orang beratur. Ada potongan limau nipis, diberi sama. Ada lebih kurang rasa segar makan nasi kerabu ini bila sudah perah limau nipis. 

Nasi ayam gepuk
Saya makan nasi ayam gepuk

Atau nasi ayam geprek ke? Entah, saya pun dah lupa, sebab saya cuma upload gambar saja dalam draft entri. Lupa tulis nama hidangan dan harga. Tapi saya ingat sambal dia tu. Saya tengok, kenapa lain macam? Rupanya yang bahagian atas itu, yang kacang gajus ditumbuk, diletak di atas sambal. Kalau cicah tauhu sampai ke bawah bekas sambal kecil itu, memang rasalah kepedasannya. Kicap diberi dalam sachet, saya koyakkan dan tuang atas nasi. Memang pedas, tapi sedap. 😋

Alhamdulillah, rezeki dapat makan sedap-sedap dan boleh beristirehat di hujung minggu.

Harap hujung minggu anda semua indah-indah belaka.. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

31 ulasan:

  1. Hehe sama tengah bermalasan sekarang. Semalam lagi me time tengok perlawanan badminyon di tv.
    Samalah beli Mingguan Malaysia tapi sekarang susah hendak beli.
    Rasanya Nur beli itu nasi geprek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, NA minat ye, tengok badminton.
      Saya pun takdelah beli suratkhabar Ahad setiap minggu. Bila sempat je.
      Oh.. okay, nasi geprek.

      Padam
  2. Lama tak beli suratkhabar. Dulu hari Ahad ayah beli la suratkhabar kat pekan sari ada kedai jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suratkhabar sekarang pun tak sama macam dulu, Cie. Nipis je.

      Padam
  3. Haaa.. betullah... Ahad ada sisipan untuk artis.. lama tak baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. tak padan harga, sekarang suratkhabar nipis je, kak.

      Padam
  4. Selamat bermalasan di hari minggu. Kami sekejap lagi nak check out dari hotel & ambil anak bongsu kat A Famosa. Good bye N.S & Melaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya, jalan-jalan di Negeri Sembilan dan Melaka di hujung minggu. 👍

      Padam
  5. Samalah kita kak tot. Bangun siram bunga, kemas sikit kemudian sambung tonton series.

    Sedap semua hidangan kak tot tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari Ahad masa untuk berehat kan, Sofie. 😊
      Alhamdulillah...

      Padam
  6. The chicken rice looks scrumptious 😋

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Hari minggu ini saya hadapi dengan tenang dan gembira. Cukup cantik buat saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... nikmat paling berharga, tenang dan gembira. 🥰

      Padam
  8. Best kan bermalas- malasan di hari Ahad..SA masa ni la nak marathon drama Bulan Henti Bicara...so semalam sampai petang SA lepak depan TV je...pagi masak dulu siap2..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. best ya, SA, dapat marathon siri feveret kita. 🥰

      Padam
  9. Ooooo wujud lagi rupanya Pancaindera ye. Lama sungguh KSarie tidak membaca surat khabar. Kalau orang beratur panjang di sesuatu gerai tu biasanya makanannya memang sedap la kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, ada, Pancaindera. Hehe..
      Ha ah, memang nasi kerabu cik sue tu ramai peminatnya.

      Padam
  10. Ada hari mmg gitu..tapi saya ada budak kecik x boleh nak bermalasan...kecuali diorg lena lagi...huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ye, Sueann. Makin anak² besar, semua akan jadi lebih mudah (ye ke.. ? ). Huhu..

      Padam
  11. Dah lama juga tidak membaca surat khabar.. dulu masa kecil mmg membaca surag khabar adalah satu kemestian bersama arwah ayah.. ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Lepas orang tua baca paper, kita pula baca. 😊

      Padam
  12. Rinduuu makan nasi kerabu 😍😍. Saya dah tak ingat kapan trakhir kali beli koran kak 😅😅. Seharusnya masih ada, tp susah lah nak cari.

    Ingat dulu mama sering beli koran wanita, yg isinya Macam2, termasuk gosip artis hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. baca paper online lebih mudah sekarang kan, Fanny.
      Sama pula mama kita ya, suka baca paper ada gosip artis.

      Padam
  13. Ayam gepuk dgn sambal kacang saya suka! Tapi kena letak kicap banyak2 sebab saya tak tahan pedas 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Mazni. Pedas sampai berair hidung, tapi sedap. 😂

      Padam
  14. Hujung minggu masa untuk bersantai gitu kan. Cuti masak. Dapat bayangkan mem besar duduk depan TV sambil baca surat khabar tu. hihihi..
    Jarang makan nasi kerabu dengan ikan, biasanya ambil ayam bakar. Lama tak makan ayam gepuk sebab jemu dah rasanya. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..
      Nasi kerabu ayam bakar pun sedap juga. Akak jarang beli nasi jenis ayam gepuk atau penyet ni. Tapi sukalah, sebab sedap.

      Padam