Bunga raya putih
Saya ada beli dan tanam pokok bunga raya. Masa saya beli, kecil saja pokoknya. Saya pindahkan dari polibeg ke pasu seramik yang kosong di rumah.
Masa saya awal beli, pokok itu tidak berbunga. Saya pun tidak bertanya pada orang di nursery pokok itu, bunganya nanti warna apa. Pakai beli saja.
Pada hari Ahad, 26 Julai 2026 yang lepas, pokok telah mengeluarkan bunga buat pertama kalinya. 😍
![]() |
| Bunga raya warna putih |
Gambar di atas saya ambil pada waktu pagi.
Saya mencari pokok bunga yang tahan lasak terhadap penyakit. Sudah penat mencantas dan menyembur minyak neem pada pokok ros, tapi tetap bunga tidak berkembang dengan baik, macam zaman dulu-dulu. Kembang, tapi terencat kadang-kadang itu, atau layu sebelum mekar. Sementara itu, saya pun belilah pokok bunga raya kampung ini.
Pokok bunga raya ini suka tempat panas terik. Jadi, tak ada masalahlah dengan cuaca panas membahang sekarang. Bila tanah dalam pasu nampak kering, saya pun siramlah.
![]() |
| Gambar ambil waktu petang. |
Ada dua kategori utama jenis bunga raya.
1) Bunga raya kampung (Tradisional): Mempunyai kelopak tunggal yang ringkas (seperti warna merah asli bunga kebangsaan, atau warna putih pusat merah seperti bunga raya di atas).
2) Bunga raya hibrid (Siam/Hawaii): Mempunyai saiz bunga yang jauh lebih besar, kelopak berlapis-lapis seperti bunga ros, dan kombinasi warna hiasan yang unik. Contohnya, campuran oren, ungu, coklat, atau pink.
Setakat ini, saya ada satu saja pokok bunga raya ini. Sejak tarikh gambar ini diambil, pokok ini sudah 2-3 kali keluar bunga baru. Suka saya menengoknya. Belum bercadang untuk menambah sebarang pokok bunga lagi.
Tambahan pula, sekarang ini, musim panas. Mood nak berkebun pun jadi kurang, sebab tak tahan bahang cuaca. Setakat siram pokok sajalah, lepas tu cepat-cepat mahu masuk rumah, sebab berpeluh-peluh, okay, buat kerja di luar. Kering tekak.
Baiklah. Sekian update ringkas aktiviti berkebun di rumah.
Jumpa lagi, ya. 💗


Hati ikut berbunga riang melihat pokok bunga yang ditanam mengeluarkan bunga. Haaaa... ada tiga berkataan bunga dalam satu ayat.
BalasPadamHehe... 👍
PadamSy suka bunga raya putih, nampak special & mahal 👍🏻
BalasPadamSebab jarang jumpa kan, PH. 😊
Padamkembang dengan mekar elok bunganya. Saya pun hari tu dah terjebak dengan kak tot menanam rose jepun. baru nampak sebutir daunnya kecil sangat. semoga menjadilah rosenya nanti.
BalasPadamSaya beli dari benih kecil tu. satu lagi bunga sama tanam, masih belu nampak sebarang tanda. tak tahulah hidup ke tidak tu huhuhu
Semoga ros jepun Sofie tumbuh dengan subur, ya.
PadamKalau beli dari benih, ambil masa sikit. Akak beli dari anak pokok. Itu yang cepat membiak.
Jujurnya uncle tak pernah tengok ni...
BalasPadamSaya pun. Yang merah je biasa jumpa, kan, uncle.
PadamRare bunga raya putih ni =)
BalasPadamItu laa...
PadamDulu² slalu nampak bunga raya pelbagai jeniss kat area rumah... now mcm dah ssh plak nak nmpk warna lain selain merah...
BalasPadamOooo ye ke...
PadamBunga raya putih selalu juga tengok. Tapi saya takde tanam bunga raya kat rumah, malas pulak. Sebab dah ada 5 pokok bunga kertas, cukuplah..
BalasPadamWah... Nice la.. pokok bunga kertas dah banyak... 👍
Padamcantiknya bunga raya putih. saya jarang jumpa
BalasPadamCantik, kan, Mazni. Sama la, kita.
PadamMusim panas ni akan keluarlah banyak bunganya
BalasPadamBetul cakap Wak. Memang hari-hari ada je bunga baru keluar.
PadamCantiknya bila dah kembang. Kelopak dia lain sikit macam bunga raya yg biasa sy tengok.
BalasPadamHa ah, kan, SK. Warna lain, lain sikit kot bentuk kelopaknya.
PadamWah cantiknya bunga raya putih. Tot ni serba boleh orangnya. Berkebun elok tumbuh bunga dan sayurannya. Bab memasak pun champion. KSarie salute ni. KSarie teringin hendak menanam tetapi memang tiada jodoh antara kita. Kalau macam nampak hendak hidup sikit pokoknya udah si Putihah pula makan pokoknya
BalasPadamSaya biasa-biasa je, KSarie. Semua Allah bagi rezeki, jadi. Alhamdulillah.
PadamHehe.. comel budak Putihah tu, takpelah, rezeki dia.
Hidup subur dah keluarkan bunga 3 kali.
BalasPadamAlhamdulillah... , NA.
PadamSukaaaaaa... cantik bunganya.
BalasPadamKann..., kak. Saya pun suka.
PadamCantik bunganya. Baru saya tahu bunga raya ni tahan panas dan lasak. Dulu kat kampung ada bunga raya merah kelopak kepuk-kepuk tu. Pernah saya buat entry sebelum ni. Susah juga nak cari bunga yang jenis tahan lasak dan panas ni. Kalau musim panas cepat lecur.
BalasPadamYa, Fizah. Bunga merah kelopak kepuk-kepuk tu, kali terakhir akak nampak, dekat kampung. Sini takde pula kelihatan.
Padamkembang lebar bunganya, terbaring kelopaknya....bila baca bunga raya hibrid Hawaii, teringat kat hula-hula dancer dlm citer 'fantasy island'..depa selit bunga raya di telinga, masa tu kecik, teruja tengok..
BalasPadamHa ah, kan, hula dancer selalu selit bunga raya kat telinga. 😁
PadamSeronoknya bila bunga raya kampung mekar! Pokok bunga tahan lasak macam ni memang pilihan terbaik, serasi sangat dengan cuaca panas.
BalasPadamMemang seronok, tengok. Kann...., Syaz.
PadamCantiknya warna putih jarang jumpa ni.
BalasPadamItu la pasal.
PadamCantik menyerlah warnanya - putih dengan merah di tengah.
BalasPadamSaya di sini musim panas lembab, ada matahari tapi tak terik dan selalu mendung/hujan. Pokok jenis berbunga jadi kurang meriah bunga sebab kurang matahari.
Itu la, warna kontras, jadi lebih menarik.
PadamOoo.. lain pula cuaca di Perlis. Baguslah kalau hujan selalu. Tempat saya panas sangat. Jarang sekali hujan turun.
tk pernh tgk bunga raya putih..cantik
BalasPadamItu la, cantik. Subhanallah.
Padamcantiknya warna putih...
BalasPadamKannn....
PadamCantik la bunga raya putih..biasa tengok warna yang merah
BalasPadamBetul, Encik Hanafi. Yang bunga raya merah, selalu nampak di taman-taman rekreasi, ada.
Padamkat kampung saya dulu ada 1 pokok jiran tanam.
BalasPadamAlhamdulillah, seronok ada jiran rajin menanam, boleh tengok bunga cantik.
PadamBunga raya putih ni boleh buat ubat kan... saya x pernah tgk ada tompok merah dekat tgh tu...
BalasPadamSama dengan merah juga, boleh guna bila demam, untuk turunkan suhu badan.
PadamPertama lihat bunga raya putih 😍😍. Cantiiik. Bagian tengah ada merahnya yaaa. Dulu bunga raya di rumah saya di Aceh warnanya merah. Selalu JD mainan saya dan adik saat mekar 😄
BalasPadamHaha.. ini mesti suka cucuk tengah bunga dengan lidi, betul tak? Hehe...
PadamKecik-kecik dulu suka selit bunga raya kat telinga. Lepas tu daun dia boleh buat kebah pening kepala.
BalasPadamBetul, untuk sakit kepala dan demam, daun bunga raya ni.
Padam1st time tengok ni. Nur kacuk induk dia ke ? Rare bunga raya kaler putih 😲
BalasPadamTak. Beli pokok dari nursery pokok je, Faa.
PadamCantiknya bunga raya putih.
BalasPadamKannn... subhanallah...
PadamCantik elok terletak warnanya. Tak pernah tengok warna putih macam ni.
BalasPadamItu la, cantik... suka tengok.
Padamcantiknya warna bunga rasa putih ni
BalasPadamKannn...
PadamCantiknya bunga warna putih nii. Sungguh indah.
BalasPadamSaya ingin tanam satu juga ni di pekarangan rumah :D
Silakan, Mas Fajar. 😊
PadamCantiknya bunga raya putih..bila la rumah SA ni nak ada bunga banyak2...asyik kena hijack je...
BalasPadamHehe.. boleh beli bunga plastik, SA, buat deko dalam rumah.
PadamSelalu jumpa bunga raya merah yang putih ni jarang. Tak nak tanam bunga kertas ke sebab kalau cuaca panas dia lagi berkembang bunganya
BalasPadamBunga kertas ada dah, kak, beberapa pasu dan atas tanah pun ada.
PadamRasa mcm first time dgr bubga raya warna putih.. sebab selama ini membesar dgn ilmu pengetahuan bunga raya warna merah hihii..
BalasPadamHehe.. sekarang ni, macam-macam warna bunga raya ada.
Padam