Ulang masak ayam bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blogku ini... 😊 

Hari ini nak tulis tentang apa saya masak pada hari Sabtu, 25 Julai 2026 yang lepas. Walaupun lauk ringkas, tetaplah saya nak kongsikan juga. Ini adalah kerana bagi saya, kalau berjaya masuk dapur bagi dapur berasap pun, sudah satu kejayaan. Sebab biasa hujung minggu Sabtu dan Ahad, memang dapur off. Tetapi pada hari itu, berjaya juga masak dan makan di rumah. 

Jom tengok...

Ayam bakar dalam oven, ulam tomato dan telur rebus
Ayam bakar dalam oven lagi, tomato sebagai ulam dan telur rebus.

Masih tidak masak nasi. Makan lauk saja. Suami pun sedang usaha nak kecilkan perut. Huhu... cara perapan ayam masih sama, seperti saya kongsikan dalam entri sebelum ini.

Sayur saja sudah banyak habis. Tinggal tomato saja. Jadilah, dari tak ada.

Ayam bakar homemade
Close-up ayam bakar homemade

Bahagian ayam yang banyak isi tu, macam susah juga nak telan. Suami makan dengan sos cili. Saya makan begitu saja, tanpa apa-apa dipping sauce. Alhamdulillah, isi ayam lembut dan tidak kering. 

Teringin nak buat salad. Tapi suami saya tak boleh makan salad, dia akan sakit perut cherry berry. Itu yang saya jarang beli salad tu. 

Okay la ye. Entri ringkas saja hari ini. Panas cuaca di Manjung ini. Tempat kome ada hujan tak? El Nino.. banyak-banyak minum air ya, kome.

Jumpa lagi.. 💗

Share:

7 ulasan:

  1. Samalah kita kak Nur. Sabtu Ahad biasanya off masak. Bagus ni makanan sihat. Kalau saya tak tahan kalau tak makan nasi. Pernah cuba tapi gagal. Jiwa kena kental disiplin kalau bab diet.
    Ada tomato pun okay.
    Bahagian isi tu payah nak habiskan. Kurang laku. Jenia bertulang juga sedap. Takpe tu nanti boleh buat rencah nasi goreng ke kan untuk elakkan pembaziran berlaku.
    Boleh je beli salad sikit untuk Kak Nur makan sorang.
    Seremban pun paneh Kak Nur. Bermula Ogos ni memang panas. Harapnya tak lama lah musim panas ni kan. Buka air cond pun tak rasa sejuk sangat.
    Happy weekend!

    BalasPadam
  2. Jealous la saaya korang bole makan lauk je tanpa nasi. Saya pun ok je tetapi anak2 soleh kat rumah & bapaknya tak bole tak jumpa nasi, macam lembik je kononnya bila takde nasi.. hehe

    BalasPadam
  3. Jika macam ni menu kami dihujung minggu, saya dan anak2 ok je tapi jika en. suami ada - tetaplah kena masak nasi.

    BalasPadam
  4. Tahniah sis sbb brjaya masak on weekend =)

    BalasPadam
  5. Tak makan karbo....itu dah kira cukup bagus

    BalasPadam
  6. Senang bakar ayam dalam oven. Saya bakar dalam air fryer saja.

    BalasPadam
  7. Best ayam bakar tu.. Kt umh ni wajib ada salad

    BalasPadam