Cabut rumput juga satu terapi
Sebelum ini pagi-pagi, memang dalam dilema bagi saya. Nak keluar pergi padang untuk briskwalk kah, atau stay di rumah dan berkebun. Tapi sekarang ini, sebab subuh masuk awal, jadi saya boleh keluar rumah awal untuk briskwalk. Hmmm... dalam 6.45 pagi, boleh keluar rumah.
Saya pula berjalan tidaklah lama. Cuba untuk habiskan tujuh ribu langkah dalam masa kurang 1 jam. Cepat sampai, cepat boleh habis briskwalk. Asalkan saya tidak singgah mana-mana contohnya ke pasar atau pasaraya, saya akan tiba di rumah awal, jadi saya boleh terus berkebun.
Jadi, itulah yang saya buat pada hari Khamis, 27 Ogos yang lepas. Lainlah kalau cuaca terang-terang hujan, memang confirm stay di rumah dan on walking pad saja. Atau cuaca jerebu dan IPU tidak sihat, pun duduk rumah saja.
Jom tengok apa benda saya buat untuk aktiviti berkebun pada hari tersebut.
Nak kata tanah luas, tidak juga. Nak kata sekangkang kera pun tidak juga. Sebab ada sesetengah kawasan di halaman rumah saya, rumput memang tebal. Memang tak mampu saya nak usahakan seorang diri. Jika suami off kerja, dan dia mood rajin, memang dia akan potong rumput guna mesin rumput.
Bolehlah dibahagikan halaman rumah untuk berkebun ini kepada beberapa bahagian. Pada hari tersebut, saya usahakan di bahagian tepi rumah.
![]() |
| Gambar sebelum |
![]() |
| Gambar selepas |
![]() |
| Kunyit terkeluar |
![]() |
| Lagi kunyit terkeluar |
![]() |
| Tutup tanah dengan jaring |





Bersih betul tiada rumput.
BalasPadamHehe rumah saya keliling rumput sudah naik.
wahh bestnya tanam ulam raja sendiri! nasib baik kawasan rumput yg nak dicabut tu kecik saja, takdela sakit pinggang sangat nak cabut semua hehe
BalasPadamTerapi juga mencabut rumput ni sambil berfikir macam2 kan.
BalasPadamwahhh kita boleh geng. saya depan rumah takda tanah bersimen semua. tapi takpa, kita berkebun guna pasu. hihi.. jadi kurang sikit part mencabut rumput ni. :-)
BalasPadamSy pun merumput juga pagi tadi Nur. Cabut rumput dlm pasu je la tapinya 😁
BalasPadamKunyit ke halia tu Nur? Awat tak nampak kuning kalau kunyit hihi
Mbak Tot.. Doakan saya yaa, mulai besok, saya rencana ingin mula rutin lari pagi setiap hari :)
BalasPadammari join segmen sis beeha : https://blogkatalora.blogspot.com/2026/09/saya-join-segmen-mencari-blogger-aktif.html
BalasPadamSaya suka bau rumput tau, terutama pada waktu pagi selepas kena embun
BalasPadamSy suka jgk activiti gini utk tanah yg seluas ini sis.Kalau luas sgt memikir jgk =D
BalasPadamCabut rumput sambil duduk taklah sakit kaki nanti..
BalasPadamBersih sungguh kak Nur cabut rumput
BalasPadam