Cabut rumput juga satu terapi

 Sebelum ini pagi-pagi, memang dalam dilema bagi saya. Nak keluar pergi padang untuk briskwalk kah, atau stay di rumah dan berkebun. Tapi sekarang ini, sebab subuh masuk awal, jadi saya boleh keluar rumah awal untuk briskwalk. Hmmm... dalam 6.45 pagi, boleh keluar rumah. 

Saya pula berjalan tidaklah lama. Cuba untuk habiskan tujuh ribu langkah dalam masa kurang 1 jam. Cepat sampai, cepat boleh habis briskwalk. Asalkan saya tidak singgah mana-mana contohnya ke pasar atau pasaraya, saya akan tiba di rumah awal, jadi saya boleh terus berkebun. 

Jadi, itulah yang saya buat pada hari Khamis, 27 Ogos yang lepas. Lainlah kalau cuaca terang-terang hujan, memang confirm stay di rumah dan on walking pad saja. Atau cuaca jerebu dan IPU tidak sihat, pun duduk rumah saja. 

Jom tengok apa benda saya buat untuk aktiviti berkebun pada hari tersebut.

Nak kata tanah luas, tidak juga. Nak kata sekangkang kera pun tidak juga. Sebab ada sesetengah kawasan di halaman rumah saya, rumput memang tebal. Memang tak mampu saya nak usahakan seorang diri. Jika suami off kerja, dan dia mood rajin, memang dia akan potong rumput guna mesin rumput. 

Bolehlah dibahagikan halaman rumah untuk berkebun ini kepada beberapa bahagian. Pada hari tersebut, saya usahakan di bahagian tepi rumah. 

Semak di bahagian tepi rumah, gambar sebelum mencabut rumput
Gambar sebelum

Semak tak? Hahaha... itulah yang terjadi bila seminggu dua minggu tak mencabut rumput. Rumput memang cepat naik. Sabit pun belum beli lagi pada hari itu, jadi saya cabut rumput guna tangan saja. Pokok ulam raja yang sudah tua, saya cabut. Yang anak pokok, pun saya clearkan juga. Walaupun saya cabut, saya tidak buang. Saya ambil, cuci, simpan dalam peti ais, buat ulam makan dengan nasi.
Kawasan dalam gambar di atas boleh dikatakan agak subur. Sebab saya ada campur tanah hitam. Jadi, saya ingat nak tanam sayur, itu yang perlu clearkan segala semak dan rumput.

Selepas aktiviti cabut rumput
Gambar selepas

Saya duduk atas kerusi pendek dan kecil (stool). Tidaklah lenguh kaki sebab bertinggung atau bercangkung. Malah, kerja mencabut rumput sebenarnya adalah terapi bagi saya. Hendak mula memang malas. Tapi bila sudah mula, susah untuk berhenti. Berhentilah kadang kala seketika, untuk minum air dahaga. Lepas tu, akan sambung semula.
Sekarang bila kawasan sudah clear tanpa rumput, boleh nampak, pokok yang ada di dalam kawasan tersebut. Ada pokok ros kampung dalam pasu, ada pokok buah naga, ada pokok melur, pokok betik dan kunyit.
Pokok kunyit sudah tua. Daun sudah perang. Tapi saya tidak korek untuk ambil kunyitnya. Tiada keperluan. Macam lengkuas juga, saya ambil bila saya nak guna untuk masak saja. 

Kunyit terkeluar dari tanah
Kunyit terkeluar

Kunyit ada yang terkeluar dari tanah, tak perlu korek pun sebenarnya. 

Kunyit terkeluar dari tanah
Lagi kunyit terkeluar

Bila saya sudah siap mencabut rumput, saya tidak terus menyemai biji benih sayur yang hendak ditanam. Hari mulai panas, saya kena sambung kerja hari lain, sebab masa untuk masuk dapur memasak pula. Tapi sebelum itu, saya perlu protect kawasan yang sudah dibersihkan supaya tiada haiwan berbulu buat onar tinggalkan najis toksik yang boleh cemar tanah di kawasan tersebut.

Tutup tanah dengan jaring supaya kucing tidak berak
Tutup tanah dengan jaring

Supaya kucing jiran tidak berak. 😊
Baiklah. Sambung di entri lain. Adakah betul saya tanam sayur di kawasan terbabit? Atau saya tanam pokok bungakah? Bersambung, biar ada elemen misteri sikit. Hehe...
Jumpa lagi, ya. 💗
Share:

11 ulasan:

  1. Bersih betul tiada rumput.
    Hehe rumah saya keliling rumput sudah naik.

    BalasPadam
  2. wahh bestnya tanam ulam raja sendiri! nasib baik kawasan rumput yg nak dicabut tu kecik saja, takdela sakit pinggang sangat nak cabut semua hehe

    BalasPadam
  3. Terapi juga mencabut rumput ni sambil berfikir macam2 kan.

    BalasPadam
  4. wahhh kita boleh geng. saya depan rumah takda tanah bersimen semua. tapi takpa, kita berkebun guna pasu. hihi.. jadi kurang sikit part mencabut rumput ni. :-)

    BalasPadam
  5. Sy pun merumput juga pagi tadi Nur. Cabut rumput dlm pasu je la tapinya 😁
    Kunyit ke halia tu Nur? Awat tak nampak kuning kalau kunyit hihi

    BalasPadam
  6. Mbak Tot.. Doakan saya yaa, mulai besok, saya rencana ingin mula rutin lari pagi setiap hari :)

    BalasPadam
  7. mari join segmen sis beeha : https://blogkatalora.blogspot.com/2026/09/saya-join-segmen-mencari-blogger-aktif.html

    BalasPadam
  8. Saya suka bau rumput tau, terutama pada waktu pagi selepas kena embun

    BalasPadam
  9. Sy suka jgk activiti gini utk tanah yg seluas ini sis.Kalau luas sgt memikir jgk =D

    BalasPadam
  10. Cabut rumput sambil duduk taklah sakit kaki nanti..

    BalasPadam