Hari ambil darah

 Assalamualaikum, dan selamat sejahtera, kepada semua pembaca blogku yang dikasihi sekalian.... 

Harap anda semua sihat, dan gembira selalu. 

Entri hari ini, saya nak ceritakan apa berlaku pada hari Jumaat, 7 Ogos 2026 yang lepas. 

Pagi-pagi seperti biasa, saya pergi berjalan di padang. 

Rekod berjalan pagi di Padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Cantik langit pada pagi itu.

Berjalan selama 57 minit, dengan jarak 4.56 kilometer, bersamaan dua pusingan padang. Alhamdulillah.

Lepas berjalan, saya terus ke hospital, ada temujanji hospital, ambil darah. Saya sudah puasa sejak 10 malam hari sebelumnya.

Nombor giliran di unit pengambilan darah, Hospital Seri Manjung.
Nombor giliran unit pengambilan darah.

Hari Jumaat biasanya tidak ramai orang. Saya tak tunggu lama pun. Tak sampai 10 minit, selesai ambil darah. Alhamdulillah. 

Merdeka! Jom makan roti canai! 😍 Padahal hari sebelumnya, sudah makan roti canai juga. Hehe...

Repeat Warung Pak Wan, Ayer Tawar. Hidup untuk dinikmati. 

Roti banjir spesial di Warung Pak Wan, Ayer Tawar, Perak.
Roti banjir spesial

Roti kosong kuah kari kambing di Warung Pak Wan, Ayer Tawar, Perak.
Roti kosong kari kambing

Sedap kuah kambing. Daging kambing pun lembut. Memang terbaik roti canai di sini. The best roti canai in the world! 👍👍

Roti jantan di Warung Pak Wan, Ayer Tawar
Roti jantan

Lain sikit rupa roti jantan sini. Kalau pergi mamak, roti jantan dia macam ditampal dua biji telur tanpa dipukul. Setepek, gitu. 

Kuah roti jantan ada sambal di Warung Pak Wan, Ayer Tawar, Perak.
Kuah roti jantan ada sambal

Alhamdulillah... sedap-sedap belaka hidangan sarapan. 😋

Keputusan ujian darah

Saya update sini teruslah keputusan ujian darah. Hari jumpa doktor adalah satu minggu selepas ujian darah. Saya punya temujanji pada pukul 3 petang, hari Jumaat, 14 Ogos 2026. Keputusan untuk tiroid, bacaan tinggi. Kolesterol pun tinggi (bacaan 11, kolesterol). Saya terima dengan hati yang lapang dan redha. Tidak sedih. Sebab apa? Sebab doktor sangat baik, dan cakap lembut dengan saya. Alhamdulillah, suka saya dapat jumpa doktor baik hati. Rezeki, dapat jumpa doktor yang cakap lemah lembut ni. Hati kita pun rasa tenang, walaupun keputusan tak berapa baik. Doktor telah menaikkan dos ubat tiroid kepada satu biji sehari. Sebelum ini, makan tiga suku biji setiap hari. Baik. 
Kesihatan saya okay. Tiada apa-apa simptom atau rasa badan lain macam ke apa. Sihat seadanya. Syukur Alhamdulillah. 
Saya ada amal minum air rebusan bunga cengkih dan kulit kayu manis ceylon. Air rebusan ini berkesan pada suami saya, ujian darah untuk kolesterol dia jadi normal. Tapi petua ini tidak berkesan pada saya. Itulah, tak boleh buat perbandingan kalau benda itu baik untuk orang lain, tak semestinya benda itu baik untuk kita. Saya sendiri pun sudah abnormal. Makan pun tak jaga. Kadang makan juga benda mengarut. Kadang? Okaylah, selalu. Macam dalam entri ini, saya makan roti canai. Sebenarnya, mana boleh. Ye la, ye la... saya cubalah jaga makan nanti. 😁

Baik. Jumpa lagi, ya. 💗
Share:

18 ulasan:

  1. Cantiknya sunrise Subhanallah. Untuk kolesterol nanti Nur cuba ambil Palestine Extra Virgin Olive Oil, cold pressed. Ambil satu sudu selepas bangun dan sebelum tidur. Insyaa Allah slow2 ok nanti. Take care tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, cantik, kann.... itu saya suka jalan pagi di padang, nampak matahari naik.
      Terima kasih atas cadangan Mulan. 🤗 Saya sudah beli sebotol dan amalkan. Apa-apa nanti, saya akan update di blog.

      Padam
  2. betullah tu, lain org lain keperluan rawatannya. bukan boleh pukul rata je. ammi pun kolestrol tinggi juga tp masih 1 digitlah cuma dah melepasi paras normal..kenalah makan ubat sebab ammi ada history buat heart procedure jadi kena berjaga2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bacaan kolesterol Ammi semakin rendah, dan kesihatan Ammi baik-baik saja. 🤲

      Padam
  3. Laju juga tu kak Nur berjalan. Alhamdulillah dapat juga keluarkan peluh, bakar kalori dan menikmati permandangan luar. Terapi bagi kita.

    Lega kalau dah selesai puasa tu kan. Boleh enjoy makan. Sedapnya kuah kalau ada sambal. Saya suka macam tu.

    Ohh ada juga petua tu ye. Tak pernah dengar pula. Betullah tu, kadang petua pun ada berkesan ada tidak. Bergantung pada individu. Selain pemakanan, kesihatan mental juga penting. Jangan terlalu stress.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fizah. Rasa waras sikit kepala otak bila kita keluar pagi dapat cahaya matahari.
      Setuju cakap Fizah. Stress pun faktor menyumbang juga, kan. Kena belajar slow down dan bertenang, udah tua-tua ni.

      Padam
  4. Roti banjir tu sedap. Jangan rasa stress buat yang terdaya. Ni pun banyak juga kawalan makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, kak.
      Saya kawal makan tak konsisten, kak. Banyak cheat day. Tak tahulah, misteri di situ. Tapi saya akan terus mencuba, untuk dapatkan bacaan normal untuk tiroid dan kolesterol. Yang lain-lain, keputusan normal. Dua itu je masalah.

      Padam
  5. Cantik view masa briskwalk. Alhamdulillah rezeki dapat Dr yang cakap berhemah. Sejuk hati kita kan? Roti canai nampak menggoda. Kita usahakan jaga makan tapi bila terasa hendak makan apa2 kita makan aje la begitu kot ye sebab makanan adalah kebahagiaan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, jarang dapat jumpa doktor yang cakap lembut ni, hati kita pun rasa sejuk je. 😊
      Iya, KSarie. Nak kawal makan strict sangat pun, boleh sakit jiwa dibuatnya. Buat mana mampu.

      Padam
  6. Terima kasih petua turunkan kolestrol tu.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, rezeki sangat bila dapat jumpa doktor yang baik dan lemah-lembut. Sekurang-kurangnya hati rasa tenang & selesa nak berbincang pasal kesihatan. Semoga dos ubat yang baru ni dapat bantu bantu stabilkan semula bacaan tiroid dan kolesterol Nur. Take care tau, pelan-pelan jaga makan..amalkan jugak minum air barli..tp jangan letak gula..amalkan seminggu 3 kali..buat la selang2 hari x pe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, SA. Air barli, ya? Insya-Allah, saya cuba. Terima kasih, atas saranan SA.

      Padam
  8. Nur kena cuba cara lain pula.
    Semoga berjumpa dengan cara yang sesuai. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, NA, saya sedang usaha cara lain, ikut petua Mulan. 😊
      Aminn... YRA. Terima kasih, NA.

      Padam
  9. Sebab kakak bilang itu roti canai terserap, saya jadi teringin kan 😂😍😍😍. Jauh sangaaaat lah nak kesana. Kalau saya ke KL pun belum tentu bisa coba juga 😅😅.

    Semangaaàat kaaak. Tubuh kita pastinya berbeda dengan orang lain. Cara utk sehat pun tak sama, tergantung dari kebutuhan tubuh juga.

    Ada yg bilang minum extra virgin olive oil bisa ampuh utk kolesterol, tp terkadang utk orang lain belum tentu. Pada saya memang ampuh lah. Tapi itu juga karena saya dah lama konsumsi EVOO . Dia makan waktu sikit, harus konsisten.

    Tapi pada dasarnya kakak ada tiroid juga, so, mungkin cara akan berbeda kan. Apapun, saya doakan kak nur bisa tetap konsisten mengamalkan olahraga, pelan2 jaga makan dan minum obat secara teratur 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Fanny dapat merasa roti canai sedap bila Fanny datang KL nanti.
      Petua Fanny sama dengan petua Mulan. Akak sudah mula amalkan. Terima kasih atas saranan Fanny. Aminn, YRA... makasih, ya. 🤗

      Padam