Hari ambil darah
Assalamualaikum, dan selamat sejahtera, kepada semua pembaca blogku yang dikasihi sekalian....
Harap anda semua sihat, dan gembira selalu.
Entri hari ini, saya nak ceritakan apa berlaku pada hari Jumaat, 7 Ogos 2026 yang lepas.
Pagi-pagi seperti biasa, saya pergi berjalan di padang.
![]() |
| Cantik langit pada pagi itu. |
Berjalan selama 57 minit, dengan jarak 4.56 kilometer, bersamaan dua pusingan padang. Alhamdulillah.
Lepas berjalan, saya terus ke hospital, ada temujanji hospital, ambil darah. Saya sudah puasa sejak 10 malam hari sebelumnya.
![]() |
| Nombor giliran unit pengambilan darah. |
Hari Jumaat biasanya tidak ramai orang. Saya tak tunggu lama pun. Tak sampai 10 minit, selesai ambil darah. Alhamdulillah.
Merdeka! Jom makan roti canai! 😍 Padahal hari sebelumnya, sudah makan roti canai juga. Hehe...
Repeat Warung Pak Wan, Ayer Tawar. Hidup untuk dinikmati.
![]() |
| Roti banjir spesial |
![]() |
| Roti kosong kari kambing |
Sedap kuah kambing. Daging kambing pun lembut. Memang terbaik roti canai di sini. The best roti canai in the world! 👍👍
![]() |
| Roti jantan |
![]() |
| Kuah roti jantan ada sambal |






Cantiknya sunrise Subhanallah. Untuk kolesterol nanti Nur cuba ambil Palestine Extra Virgin Olive Oil, cold pressed. Ambil satu sudu selepas bangun dan sebelum tidur. Insyaa Allah slow2 ok nanti. Take care tau.
BalasPadamItu la, cantik, kann.... itu saya suka jalan pagi di padang, nampak matahari naik.
PadamTerima kasih atas cadangan Mulan. 🤗 Saya sudah beli sebotol dan amalkan. Apa-apa nanti, saya akan update di blog.
betullah tu, lain org lain keperluan rawatannya. bukan boleh pukul rata je. ammi pun kolestrol tinggi juga tp masih 1 digitlah cuma dah melepasi paras normal..kenalah makan ubat sebab ammi ada history buat heart procedure jadi kena berjaga2.
BalasPadamSemoga bacaan kolesterol Ammi semakin rendah, dan kesihatan Ammi baik-baik saja. 🤲
PadamLaju juga tu kak Nur berjalan. Alhamdulillah dapat juga keluarkan peluh, bakar kalori dan menikmati permandangan luar. Terapi bagi kita.
BalasPadamLega kalau dah selesai puasa tu kan. Boleh enjoy makan. Sedapnya kuah kalau ada sambal. Saya suka macam tu.
Ohh ada juga petua tu ye. Tak pernah dengar pula. Betullah tu, kadang petua pun ada berkesan ada tidak. Bergantung pada individu. Selain pemakanan, kesihatan mental juga penting. Jangan terlalu stress.
Betul, Fizah. Rasa waras sikit kepala otak bila kita keluar pagi dapat cahaya matahari.
PadamSetuju cakap Fizah. Stress pun faktor menyumbang juga, kan. Kena belajar slow down dan bertenang, udah tua-tua ni.
Roti banjir tu sedap. Jangan rasa stress buat yang terdaya. Ni pun banyak juga kawalan makanan.
BalasPadamMemang sedap, kak.
PadamSaya kawal makan tak konsisten, kak. Banyak cheat day. Tak tahulah, misteri di situ. Tapi saya akan terus mencuba, untuk dapatkan bacaan normal untuk tiroid dan kolesterol. Yang lain-lain, keputusan normal. Dua itu je masalah.
Cantik view masa briskwalk. Alhamdulillah rezeki dapat Dr yang cakap berhemah. Sejuk hati kita kan? Roti canai nampak menggoda. Kita usahakan jaga makan tapi bila terasa hendak makan apa2 kita makan aje la begitu kot ye sebab makanan adalah kebahagiaan kita.
BalasPadamBetul, jarang dapat jumpa doktor yang cakap lembut ni, hati kita pun rasa sejuk je. 😊
PadamIya, KSarie. Nak kawal makan strict sangat pun, boleh sakit jiwa dibuatnya. Buat mana mampu.
Terima kasih petua turunkan kolestrol tu.
BalasPadamSama-sama, kak.
PadamAlhamdulillah, rezeki sangat bila dapat jumpa doktor yang baik dan lemah-lembut. Sekurang-kurangnya hati rasa tenang & selesa nak berbincang pasal kesihatan. Semoga dos ubat yang baru ni dapat bantu bantu stabilkan semula bacaan tiroid dan kolesterol Nur. Take care tau, pelan-pelan jaga makan..amalkan jugak minum air barli..tp jangan letak gula..amalkan seminggu 3 kali..buat la selang2 hari x pe...
BalasPadamTerima kasih, SA. Air barli, ya? Insya-Allah, saya cuba. Terima kasih, atas saranan SA.
PadamNur kena cuba cara lain pula.
BalasPadamSemoga berjumpa dengan cara yang sesuai. Amin.
Ya, NA, saya sedang usaha cara lain, ikut petua Mulan. 😊
PadamAminn... YRA. Terima kasih, NA.
Sebab kakak bilang itu roti canai terserap, saya jadi teringin kan 😂😍😍😍. Jauh sangaaaat lah nak kesana. Kalau saya ke KL pun belum tentu bisa coba juga 😅😅.
BalasPadamSemangaaàat kaaak. Tubuh kita pastinya berbeda dengan orang lain. Cara utk sehat pun tak sama, tergantung dari kebutuhan tubuh juga.
Ada yg bilang minum extra virgin olive oil bisa ampuh utk kolesterol, tp terkadang utk orang lain belum tentu. Pada saya memang ampuh lah. Tapi itu juga karena saya dah lama konsumsi EVOO . Dia makan waktu sikit, harus konsisten.
Tapi pada dasarnya kakak ada tiroid juga, so, mungkin cara akan berbeda kan. Apapun, saya doakan kak nur bisa tetap konsisten mengamalkan olahraga, pelan2 jaga makan dan minum obat secara teratur 🤗
Semoga Fanny dapat merasa roti canai sedap bila Fanny datang KL nanti.
PadamPetua Fanny sama dengan petua Mulan. Akak sudah mula amalkan. Terima kasih atas saranan Fanny. Aminn, YRA... makasih, ya. 🤗