Maggi goreng, sandwich telur dan rumusan Ogos
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang saya kasihi sekalian... 😊
Sudah pun masuk cerita bulan September. Entri kali ini, saya nak cerita kejadian pada hari Selasa, 1 September 2026 yang lepas.
Pagi-pagi, saya sudah berlarian di padang.
![]() |
| Berjalan selama 59 minit dengan jarak 4.64 kilometer. |
Solo briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan. Selepas selesai berjalan, saya singgah pasaraya Econsave, beli roti dan mayonis. Ada budak request nak makan sandwich. Mayonis dalam peti ais sudah expired.
Econsave ini, lokasinya dalam perjalanan saya nak balik rumah juga. Suka pasaraya yang buka awal pagi ini.
Sampai saja di rumah, saya mula memasak di dapur.
![]() |
| Maggi goreng, you... |
Tudia... tak masak nasi. Hari tu, kita makan maggi... saya pun sudah lupa jenama dan perisa apa saya masak ini. Kosong je rupa magginya. Tapi ada rasa, siap kena kurangkan perencah. Kalau letak semua perencah, boleh masin, kan.
![]() |
| Sandwich telur rebus |
Dapat dua bekas sandwich. Saya gunakan roti gardenia panjang, tinggal dua keping roti saja lagi baki yang tinggal.
Nak tahu tak, suatu masa dahulu, saya pernah jual sandwich, tau. Masa tu, tinggal di Setapak. Saya buat sandwich telur, bungkus plastik, dan letak di warung roti canai dekat rumah. Pagi-pagi suami pergi hantar sandwich. Tengahari, saya pergi ambil bakul isi sandwich itu dan duit hasil jualan dari tokei warung roti canai. Kadang habis sandwich dijual, kadang tak habis, saya bawa balik, makan sendiri. Masa itu, anak sulung umur 1 tahun. Hidup susah waktu tu, sebab suami tak dapat buat overtime. Gaji basic berapalah sangat. Pengalaman berharga dalam hidup saya.
Eh, sudah tu, mengenang kisah silam. Saya nak kongsikan juga rumusan aktiviti riadah saya, sepanjang bulan Ogos yang baru berlalu. Jom tengok.
![]() |
| Aktiviti berlari di bulan Ogos 2026 |
Jumlah jarak lari: 40.4 kilometer
Lari ini, bila guna walking pad dalam rumah, ya. Dalam rumah tiada GPS, jadi saya kena set aktiviti treadmill. Namun begitu, saya tidaklah berlari. Jalan laju saja.
![]() |
| Aktiviti berjalan Ogos 2026 |
Jumlah jarak berjalan: 64.7 kilometer
Bila keluar rumah, barulah saya set aktiviti berjalan atau walking pada jam sukan.
![]() |
| Jumlah langkah bulan Ogos 2026 |
Jumlah langkah Ogos adalah sebanyak 283,324.
Walaupun tidak sampai 300,000 langkah, saya berpuas hati dan berbangga terhadap diri sendiri, sebab saya berjaya melawan kemalasan keluar rumah dan berjalan. Alhamdulillah, Allah bagi sihat dan boleh berjalan riadah di luar.
Bolehkah saya mengatasi rekod berjalan Ogos ini di bulan September? Tak tahu lagi, kita tunggu dan lihat. Tapi bulan September banyak hari jerebu. Memang banyak hari tak keluar rumah. Nantilah saya akan kongsi bila sudah habis bulan ini.
Majulah sukan untuk diri sendiri.
Jumpa lagi, ya. 💗






Kenangan lama memang manis apabila dikenang semula. Samalah kita Nur. Dulu gaji basic kecil sahaja. Sekarang besar pula, tapi nilainya makin kecil.
BalasPadamSemua tu kenangan, kdg² buat kita semangat semula.. tak sangka boleh harungi semua tu..alhamdulillah..
BalasPadamEh, Linda pun malas berjalan dah sekarang ni.. apa ntah nak jadi