Thursday, April 17, 2025

Serangan beruks dan sambal belacan mangga

 Khamis, 18 Syawal 1446 H.

Giveaway pertama Tot's Blog masih berlangsung lagi, sampai 28 April. Anda sudah masuk ka, belum? Klik sini untuk join. 😊

Semalam saya tak sempat nak update blog. Sempat balas komen dan blogwalking sekejap. Nak tahu apa yang berlaku?

Serangan beruks

Semalam, saya cuci dapur. Satu keluarga beruk kacau dapur semalam. Deme dah pandai buka tong sampah. Habis sepah sampah kita merata tempat di dapur luar. Yang tak best tu, kuah atau leftovers makanan terdapat di merata-rata tempat, all over la. Sangat sneaky la beruk ni semua. Pandai buat kerja senyap-senyap macam pencuri. Nasib baik time tu, saya boleh dengar juga bunyi di belakang rumah, tengah tengok TV semasa ia berlaku. Saya pun buka pintu sambil tembak pistol air, bertempiaran lari. Itu pun yang bapak beruk buat bunyi dia tu la kat kita. Tak takut langsung. Saya dah tak takut dah, lebih kepada marah la, sebab deme buat sepah, kan. Hangin dan sakit hati kita dibuatnya! Habis kena lap semua tempat. Kain di ampaian pun ada jatuh ke tanah, deme naik atas tempat jemuran kita. Huuu... terus merudum semangat. Sebab kita tak tahu nak selesai masalah beruks ni camana. 

Petang semalam, lepas balik kerja, suami gantung botol isi ubat gegat dan belacan di merata tempat. Dia dapat petua dari youtube. 

Pagi ni, tak nampak kelibat beruks.  

Saya pernah baca cerita kat mukabuku dulu. Yang kejadian beruk mati, kena racun tu. Bila baca komen, ramai netizen kutuk orang yang bagi racun tu, sebab bunuh binatang. Tapi saya paham sangat perasaan orang yang bagi racun supaya beruk mati tu. Benda tak berlaku kat deme, manalah deme tahu. Senang jatuh hukum pada orang, sedangkan kita pun tak tengok orang tu alami apa hari-hari. Lagi pun, kat negara kita, ramai pencinta haiwan. Mungkin patut hantar beruk liar banyak-banyak kat rumah pencinta haiwan, bagi dia rasa, camana, seronok tak hidup bila rumah ada beruk kacau hari-hari.

Saya cuma mampu doa je, supaya Allah permudahkan segalanya.

Baik lah. Nasib baik tanaman saya ok. Ada juga pokok bunga matahari yang masih kecil, dipatahkan. Boleh nampak, kesan patah. Mungkin beruk ingat sejenis sayur kot. Tapi tak pe la. 

Nasib baik ada dia ni, yang cantik sedang kembang.

Pokok bunga matahari kedua yang saya tanam atas tanah. Dia tetap renek, sebab spesies dwarf sunflower. 

Mungkin nanti saya nak cari biji benih matahari besar la pulak. Yang saiz tinggi tu. Hahaha... kita time siang, suami pergi kerja, budak Sulaiman pergi sekolah, cakaplah dengan bunga, dengan pokok. 😅

Pokok cili hijo pun ada.

Saya ok je, lepas cakap dengan pokok. Pokok dengar apa kita cakap. Setia dia. Kalau orang pun tak semestinya dia dengar apa kita cakap, lagi-lagi kalau dia tengah tengok handphone. Hihi..

Selesai cuci dapur, saya masak lauk sambal pecah telur. Saya guna perencah sambal maggi. Pertama kali cuba. Semalam puasa qada serta sunat syawal, hari ketiga. Selain sambal telur tu, lauk lain, gulai ayam, masih ada. Itulah lauk berbuka semalam. 

Sambal belacan mangga muda

Buka peti ais, ada satu plastik, mempelam comel-comel, Aunty Bada (kawan arwah Mama saya) bagi masa raya hari tu. Masa dia bagi, muda lagi. Semalam tengok, ada yang dah lembik. Saya kupas, ambil isi, dan saya buat sambal belacan mangga. Kecik-kecik je mangganya, jenis mangga epal pulak tu. Isi pun tak banyak, bijinya besar. 

Bahan-bahan nak buat sambal belacan mangga.

Bahan-bahan:

Isi mangga muda

Ikan bilis satu genggam, goreng dulu.

Cili hijau

Cili merah

Belacan besor ibu jari

Bawang sebiji

Cara:

Saya goreng dulu bawang, cili merah dan hijo dan belacan. Sudah naik bau, masukkan dalam lesung batu dan tumbuk. Letak garam secubit dan gula secubit, tumbuk.

Ikan bilis, goreng dulu bagi garing. Masukkan dalam lesung batu, dan tumbuk sekali.

Masukkan isi mangga muda, tumbuk sikit.

Siap! 😋

Bahaya, ooo... sambal belacan mangga muda ni. Semalam berbuka, tambah nasi, ok! Hihihi....

Ok. Babai. Jumpa lagi. 💗

34 comments:

  1. Amboii..Berani beruks tu ye...Sambal belacan tu trigt mase dkt kg .Arwah mak selalu buat sebab ade pokoknya di rumah =q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... best ada pokok mempelam di rumah. Comfort food kan, sambal belacan ni bila makan, teringat orang tua.

      Delete
  2. Alamak...kalau SA pun sama la x tau macam mana nak menangani masalah beruk..tapi Pak Lang kat kampung selalu bakar mercun bola tu..lari kejap tapi nanti datang balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, beruks takut mercun bola. Mercun bola kami dah habis. Takde stok dah cari waktu bulan puasa hari tu, takde yang jual.

      Delete
  3. beruk kembali membuat serangan...parah juga tu...sedap tu sambal belacan mangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, sedap! Dah tinggal cinonet hari ni, dalam peti ais.

      Delete
  4. Memang sedap le sambal belacan mangga.. Membuka selera betul..

    ReplyDelete
  5. betul...x kena kat diaorang boleh la ckp mcm2 .. but petua tu..menarik jugak, and berhasil tu..harap berkekalan & x dtg lagi la kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap begitulah. Sudah 2 hari tak nampak kelibat beruks, MA. Bau belacan tu, saya duduk depan rumah pun, boleh bau walaupun botol tu diletak di belakang rumah. Huhuhu...

      Delete
  6. Beruks ni kan....hadooi!
    Kalau sudah datang menyerang, bukan saja kekah segala buah atas pokok tapi masuk ke dapur selongkar tudung saji, selongkar almari cari makanan. Ada kawan cadangkan bubuh ubat kencing harimau. Entahlah, menjadi ke tidak. Balik raya baru-baru ini tak nampak pula kelibat beruks di mana-mana. Atau saya yang sibuk sampai tak perasan kalau-kalau dia datang mengintai hahahaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruks balik kampung kot, kak Amie. Hehe...

      Delete
  7. Kalau dah banyak sangat...boleh buat laporan dekat Majlis Bandaran kot.
    Sedapnya sambal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok la nanti camana, Linda. Puncanya, depa juga. Elok-elok beruk duduk kat taman paya bakau tu, depa pi tutup, orang nak masuk, kena bayor. Bila dah kena bayor, takde orang pergi. Takde orang kasi makan beruk, beruk pun keluar ke perumahan, cari makan. Entah la.

      Delete
  8. Uish! Kalau cam tu sekali ancaman beruk... uncle pun stress!

    ReplyDelete
  9. Makin mengganas beruk beruk tu. Dulu ada juga Kak Nur cerita kan. Ingatkan tak ada dah. Buat report pun mesti tak ada tindakan. Bila beruk ni dah biasa buat kerja macam tu dia tak takut manusia dah. Memang stress dibuatnya. Semoga ada jalan penyelesaiannya.

    uishhh kecur tengok sambal belacan mangga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, dari dulu, masalah tak selesai-selesai.
      Akak kan Fizah, masa potong mangga tu, hampir meleleh ailio. Hahaha.. dah la tengah puasa. Kikiki...

      Delete
  10. Adehh...jenuh laa nak bersihkan kuah bersepah merata-rata tu.

    Pernah dengar petua belacan tu, nampaknya berkesan jugak ya.

    Semoga masalah beruk akan segera berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Bengkok badan kita. Dah la tengah posa, tak boleh minum ayor.
      Alhamdulillah, Ujie. Dah 2 hari beruk tak datang rumah. Macam berkesan je pehtua.
      Aminnn...

      Delete
  11. Pistol air untuk beruk tu tak jalan ya. Aduii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk halau beruk, berkesan. Cuma hari ni dia lari. Esok lusa, dia datang lagi, gitew.

      Delete
  12. Kita ada saudara yg ada kebun.. dan hasil kebun tu lah dia nak sara family.. bila beruk dtg habis rosak tanaman.. maka pendapatan pun terjejas.. mmg ada cara paling berkesan.. bunuh sekor bruk jantan dan ikat tergantung di antara dua pokok.. mmg takde dah beruk lepas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, share tips tersebut. Tapi saya rasa, kami tak sanggup kot. Huhu.. berkesan yek. Macam ngeri saya bayangkan. Takut jadi macam Planet of the Apes, dia balas balik. Sebab bila kita marah dia main atas wayar atau kabel telefon, dia gigit kabel unifi kita. Tak tahu la camana dia tahu kita punya mana satu, dalam banyak-banyak kabel tu.

      Delete
  13. Sedih bacanya... Memang masing2 jadi terjejas 😭. Saya bisa paham macam mana orang yg rumahnya kena serang beruk, pastilah marah lihat segala sampah berserakan. Memang rasanya harus lapor ke pemerintah daerah setempat di sana. Mereka yg hrs handle. Sebab beruk2 dan hewan liar ini masuk ke perumahan manusia, sebab hutan tempat mereka tinggal juga dihabisi. Tak ada makanan 😔.

    Dilema kan, serba salah semuanya.

    Nak pakai cara Abang Arif, bunuh yg jantan lalu gantung, bagi saya macam tak tega. Beruk ini mendekati manusia dari segi kepintaran . Dan mereka ada kluarga. Macam membunuh sesama pula 😭.

    Semoga saja ya kak, ada solusi terbaik. Majlis bandar memang hrs turun tangan. Itu tugas mereka saya rasa. Kalau pakai mercun atau tembakan air, hanya sesaat saja kan. Nanti balik lagi. Bukan solusi memang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... memang sedih juga fikir dari sudut itu.
      Mungkin akak akan buat aduan kot, pada pihak berkuasa tempatan, tengok dulu.

      Delete
  14. sama dgn rumah Mak Ngah Ana di Tanjung Piandang Perak pernah juga beruk masuk buat sepah dlm dapur.. habis berkecah seluruh dapur dia buat tumpah segala gulai apa segala tong sampah.. org yg tak kena mmg boleh lah ckp mcm-mcm, cuba kena kat btg hidung depa sendiri ha baru tawu langit tinggi ke rendah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ana, beruk ni suka khianat harta benda kita, itu yang sakit hati tu. Merata-rata kat Perak ni, ada ancaman beruk ye, Ana. Yang pelik tu, rumah kampung suami akak, depan rumahnya ada hutan, kat Tumpat, tak ada pulak beruk. Hairan sungguh. :)

      Delete
  15. Memang tertekan ada binatang perosak. Rasa marah.
    Tq kongsi resipi sambal belacan mangga muda. Belum pernah buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah buat, NA. Selera makan, boleh bertambah nasi.

      Delete
  16. Itu lah. Diorang tak merasa apa yang orang lain rasa. Sebab tu pandai bagi hukum. Lepas ni kalau jumpa beruk liar, mintak terpaling pencinta haiwan tu datang amik bela.

    ReplyDelete
  17. Beruk datang menyerang .. ya Allah takut juga la kalau masuk kawasan dapur, habis dia selongkar setiap kawasan dapur . Habis bersepah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Memang saya tak simpan apa-apa makanan di dapur. Lepas masak je, bawa masuk rumah. Cuma tong sampah tu la, tak kan nak bawa masuk dalam rumah.

      Delete