Khamis, 26 Jun 2025

Jarang-jarang

Sabtu, 14 Jun 2025.

Budak Sulaiman cakap, seluar dia koyak.

Mama kurang rajin sebenarnya, sebab lampu di meja jahit, mentolnya sudah terbakar. Jadi, tak berapa terang nak suluh jarum mesin jahit. 

Tapi gagahkan juga la, menjahit tanpa lampu bantuan. Masukkan benang ke lubang jarum, haruslah menggunakan needle threader. Kalau benda ni hilang, memang ambil masa la, nak masukkan benang dalam lubang jarum pada mesin jahit.

Needle threader, alat untuk masukkan benang pada lubang jarum yang halus.
Needle threader

Needle threader mempunyai kawat halus yang membantu menarik benang melalui lubang jarum yang sangat halus. Nama lain bagi alat ini ialah mata nenek. 

Mencantum kain yang koyak menggunakan mesin jahit ni, lebih kukuh, berbanding jahit tangan, bagi saya la. 

Juga, cepat siap, berbanding jahit tangan. Alhamdulillah, masih berfungsi mesin jahit antik ni, walaupun jarang-jarang saya guna dia.

Menjahit seluar anak yang koyak menggunakan mesin jahit antik jenama Raleigh
Jahit seluar Sulaiman yang koyak.

Budak Sulaiman ni, suka buat split gamaknya, bukan sehelai ini saja. Ada 2 helai seluar lagi, koyak di bahagian kelangkang. Tapi betul juga. Kalau duduk rapat peha, serupa perempuan ayu pula. 

Mesin jahit ni memang terbaik. Saya ada satu lagi mesin jahit moden jenis portable, yang itu selalu buat benang putus, walaupun sudah betulkan setting dan hantar servis. Entah la. Buatan lama juga yang elok.

Sekian cerita saya menjahit di hari minggu. 

Jumpa lagi, ye. 💗

46 ulasan:

  1. Pertama kali tengok Needle threader. Luar bidang saya, memang tak tahu benda alah ni. Barang lama ni dia berkualiti. Saya ada beli mesin jahit portable elektrik konon nak guna kalau ada baju koyak ke apa kan. Sekali pakai je lepas tu asyiklah benang putus. Entah mana sangkut dia, penat dok betulkan. Sudahnya tersadai gitu je. Nasib baiklah beli tu murah je. Lagi syok guna mesin jahit kaki ni. Rumah kat kg mak saya punya elok lagi. Biasalah tu lelaki, suka main berlawan-lawan agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesin jahit mini tu ye, Fizah? Cara pasang benang kena check. Lagi satu, benang pun, kena beli benang elok, kalau yang murah, mudah putus juga.

      Padam
  2. Oh, sy selalu nampak benda ni, hari ni baru tahu nama. Memang sah²lah tak tahu cara nak menggunakannya, hihi. Baca kisah budak Sulaiman, kita terbayang Ajis, Ramlee dan Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok, hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... ha ah, betul la tu. Koyak tempat sama.

      Padam
  3. saya untuk menjahit jika robenya sidikit masih menggunakan jarum dan benang saja tanpa mesin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, mana-mana yang mudah, ye, dan bergantung pada koyaknya besar mana.

      Padam
  4. Benda yang istri saya juga punya, Mbak.
    Istri saya suka menjahit juga. Mesin jahitnya merk Singer.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya, tukang jahit mesti ada alat ini, Pak Asa, sekurang-kurangnya satu. 😊

      Padam
  5. Tak kenal la benda alah ni Nur hihi...
    Sy pun kalau seluar/kain sekolah anak kotak, hantar ke tailor. Sbb jahit tangan cepat terbuka semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, kalau malas hantar tailor, kena double benang waktu jahit tangan, jadi kukuh sikit.

      Padam
  6. Teringat mesin jahit arwah mak dulu macam ni la. Brand Singer.

    BalasPadam
  7. setiap rumah perlu ada mesin jahit terutamanya yg portable. sbb bukannya nak menjahit selalu. sekadar menjahit kembali apa yg koyak. bukan nak jahit baju raya pun! hehehe

    BalasPadam
  8. akak kena buat tutorial guna Needle threader..saya baru tahu pasal benda alah ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. ala, jolok je dawai tu dalam lubang jarum yang kecil dan kita tak nampak tu. Pada masa yang sama, masukkan benang kita dalam lubang dawai tu. Tarik perlahan-lahan, dan benang kita pun masuk la dengan mudahnya dalam lubang jarum. Ha, kan senang. Tak payah guna kanta pembesar. Hahaha..

      Padam
  9. Jadi ingat tahun 80-an
    Saya sempat punya mesin jahit seperti tu, mereknya kupu-kupu
    Alat bantu memasukan benang, keren juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, sangat membantu, khusus buat orang tua yang rabun seperti saya.

      Padam
  10. Needle threader aunty adalah... --> uncle...

    BalasPadam
  11. Macam mak saya jugak selalu guna needle threader tu. Tapi skrg macam dah lama tak nampak dia pakai

    Kat rumah kami pun ada lagi mesin jahit yg style lama tu. Cuma saya idoklah reti guna xD

    BalasPadam
  12. Orang hebat ni sebab boleh menjahit. Lawa mesin jahit kalsik tu. KSarie memang apa berkaitan jari jemari ni ke laut dalam ceritanya😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, KSarie pun hebat juga, kan boleh menanam tu.

      Padam
  13. Masih elok lagi ya mesin jahit lama Nur itu.
    Kitorangpunya tali di bawah untuk mengayuh itu dah putus. Uzur kiranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ganti baru, kat kedai. Saya punya pun dah tak guna tali. Guna pedal je, ada motor. Tekan, jalan.

      Padam
  14. idaman betul mesin jahit yang ini. lebih jimat ada mesin jahit dirumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Boleh guna jahit koyak mana patut. Nanti SS dah ada anak, kena buat projek menjahit, ada gunanya.

      Padam
  15. Malas nak membuka mesin jhit nya..jadi,jahit tangan je lah...hihihi...
    Linda pun baru tahu pasal "mata nenek" nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Kadang sebab atas mesin jahit ada banyak barang, malas nak mengemas dulu, ye, Linda.

      Padam
  16. Mesin jahit lejen mcm arwah mak punya :') https://syazwantahir.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. legend mesin jahit tu....kita keras tgn tk reti bab2 jahit menjahit ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dipaksa untuk suka. Eh, kan zaman sekolah dulu, ada projek jahit untuk Kemahiran Hidup. Ha, sejak tu la, terpaksa jadi suka jahit. Hehe..

      Padam
  18. SAx reti dan x suka menjahit...fo sure SA x kenal benda ni

    BalasPadam
  19. Needle threader.. pertama kali dengar dan pertama kali nampak hihii..

    BalasPadam
  20. Mak ada lagi mesin ni kat rumah dia, masih elok boleh guna. Needle threader tu ada dalam kotak menjahit, tapi selalu tak guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya, mata masih terang, tak perlukan needle threader.

      Padam
  21. Wahhhh mesin otai ni. Ammi ada satu mesin portable kecik, dulu rajin gak guna tp lepas tapaknya patah langsung tak reti nak buat apa dah. Yelah kita ni basic menjahit takat masa belajar KHB masa sekolah dulu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, sama la kita. Belajar jahit masa Kemahiran Hidup time sekolah dulu, kan. Kalau nak, boleh tanya kat kedai repair mesin jahit. Deme ni, banyak spare-part boleh ganti mana rosak.

      Padam
  22. Mak-mak dulu tegakkan benang guna air liur.

    BalasPadam
  23. Saya tak pandai guna mesin jahit ini kak 😅😅. Pernah coba punya mama, ntah kemana2 garisnya, tak rapat pula hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu praktis, Fanny. Akak pada mulanya, tak pandai juga. Bila ada minat, Insya-Allah, boleh.

      Padam