Saturday, June 21, 2025

Pertama Kali Makan Aiskrim Ai-cha

Tarikh 11 Jun 2025.

 Sekarang ni, macam-macam kedai kopi, kedai minuman, kedai teh, kedai aiskrim, buka di pelbagai lokasi, macam cendawan tumbuh selepas hujan. Saya tak pernah cuba. Saya bukan peminat benda manis. 

Tapi sekali-sekala, teringin juga bila tengok orang keluar masuk kedai. Ada satu deretan kedai di tempat saya selalu beli kopi ni, iaitu Zus cawangan Taman Lumut Indah. Di situ, ada WeDrink, Mixue, Aicha, Family Mart dan 7-Eleven Cafe. Kenapa dia orang ni suka duduk dekat-dekat yek? Pelik juga kita. Dah penuh parking kat situ. 

Oleh itu, pada hari tersebut, saya pun masuk la ke Aicha, untuk mencuba.

Ai-scream cone Chocolate Aicha
Saya sudah jilat baru ingat untuk ambil gambar. 

Saya beli Ai-Scream Cone Chocolate Mix Vanilla, harga RM2.50. Ejaan Ai-Scream tu, mengikut menu dia tau. 

Sementara untuk suami pula, Ai-Scream Cone Chocolate. Sama dengan saya, lain sikit je, harga sama. 

Cone dia ada bijan hitam. Satu kelainan.

Saya masuk seorang, beli dalam kedai. Dua-dua belah tangan pegang aiskrim. Lepas tu, takde tangan nak buka pintu. Pekerja tu keluar dari belakang kaunter, bukakan pintu untuk saya. Mekasih, ye. 

Memang begitu. Kadang tu, penat juga. Beli kopi, kita kena ambilkan. Beli aiskrim pun, kena belikan. 😝

Pendapat saya, aiskrim dia sedap! 😋 Tinggi pula tu. Saya suka.

Tapi, saya tak boleh makan selalu. Jaga makan. Sekali-sekala, boleh.

Ok. Tu jer nak cerita.

Jumpa lagi, ye. 💗

8 comments:

  1. Persaingan tu duduk dekat2. Senang cust nak buat pilihan yang mana paling menarik hati. Hihi

    ReplyDelete
  2. Dekat SG ni pun kedai eskrim ni dgn kopi zus tu sebelah². Mujur sy bukan peminat keduanya sbb parking mmg sentiasa full area situ

    ReplyDelete
  3. Taktaulah kalau cawangan rumah saya ni yg lain atau semuanya sama, tapi aicha ni lebih manis berbanding mixue. Baru2 ni ada try kedai aiskrim baru nama wedrink jugak, sama murah mcm aicha n mixue

    Lambakan kedai aiskrim dri china ni dah ada di serata tempat kan. Secara tak langsung bunuh perniagaan tempatan mcm mokti, tealive. Baru ni muncul pulak daily coffee dari china pulak dahh

    ReplyDelete
  4. Sama lah kat sini. Deretan kedai semua dekat-dekat. Ada Zus, emart, Ai-CHA, Wakaka dan banyak lagi kedai-kedai muda-mudi pesen gini.

    Tadi baru tengok Ai-CHA dari jauh. Tak sempat nak singgah. Kalau sedap, boleh jugak beli aiskrim ni.

    ReplyDelete
  5. Itulah tu, berlumba-lumba kedai kopi dan kedai aiskrim dibuka. Kedai-kedai aiskrim ni saya tak pernah cuba lagi. Lebih kepada kopi. Sesekali kita cuba rasa. Kalau sedap tu lain kali boleh repeat kalau teringin. Murah juga harga aiskrim ni. Baguslah pekerja tu prihatin dan membantu.

    ReplyDelete
  6. Di tempat saya juga banyak aneka penjual es krim
    Saking banyaknya saya sendiri tidak bisa menghitungnya
    Mungkin lagi tren ya
    Saya suka banget dengan es krim

    ReplyDelete
  7. apa jenis aiskrim mesti sedap pada akak hehehehhe

    ReplyDelete
  8. ice cream cone biasanya putih, kenapa bisa ini warnanya coklat haha

    ReplyDelete