Tarikh: 7 Julai 2025
Sekarang ni, sudah hujung bulan. Tapi saya baru nak cerita benda yang berlaku pada awal bulan. 🙈 Minta maaf ye. Saya sibuk sikit. Banyaknya kerja rumah kena buat.
Bila kerja siap, badan atau mata rasa letih pula. Jadi, terbongkanglah saya di depan tv, tak online langsung untuk update blog. Hobi baru saya ialah termenung tengok tv, mata memandang ke tv, tapi otak terbang ke tempat lain.
Saya cerita jugalah apa yang berlaku, walaupun sudah lama berlalu. Rekod dan rujukan diri sendiri.
Baiklah. Pada tarikh tersebut, saya masak kuetiau goreng untuk sarapan.
![]() |
Kuetiau goreng tanpa sayur. |
Goreng kuetiau sebungkus memang cepat habis. Untuk tengahari, saya goreng ikan kembung rebus. Kemudian, buat sambal cili hijau, letak atas ikan goreng.
![]() |
Ikan goreng berlada |
Masak satu lauk je. Alhamdulillah.
Salute dengan rakan bloggers yang dapat update blog sehari, lebih dari satu entri. Saya nak update dalam sehari pun susah. Entri sebelum ini, adalah 5 hari lepas. Tapi saya ada rasa seronok dan aman, bila tak pegang handphone atau buka komputer.
Harap anda semua sihat-sihat belaka. Makan apa tengahari tadi?
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
Taufik pun cuba buat 1 hari 1 entri kalau tak bercuti laaa hihihihi
ReplyDeleteSemoga dapat istiqomah, ye.
Deletekadang2 rasa tenang jugak ada hari tak menghadap screen. sibuk dgn urusan lain :D
ReplyDeletesedapnya ikan goreng berlada!
Ye, Mazni, kadang sibuk dengan urusan offline, tak sempat nak tengok handphone pun.
DeleteMemang sedap. 😋
sedapnyaaaa...satu lauk pun dah memadai...
ReplyDeleteYe, kakmieja. Alhamdulillah.
DeleteLauk ikan kembung goreng sambal baldi hijau tu boleh buat makan menambah nasi, Tot. Walaupun takde sayur dalam kueyteow tapi ada udang besar. Takpe Tot, tak yah diikutkan blogger yg rajin² tu, kita rileks² aje okey.
ReplyDeleteBaiklah, SK. Tak terkejor rasanya, nak update entri banyak-banyak. Terima kasih ye, SK. 🤗
DeleteTak kisah pun kak Nur...janji kita happy...
ReplyDeleteYeh! 🖐🤗
DeleteCie berblog guna hp je jadi rajin la sikit nak update 1 entry 1 hari tu. Kalau guna laptop memang becinta nak buka laptop. Leceh.
ReplyDeleteBetul. Saya setuju dengan pendapat Cie. Tapi saya buka guna handphone, kecik bebenor la, Cie. Tak puas dan macam susah nak edit entri.
Deletemasak simple pun dah sedap daaaaa
ReplyDeleteYe, Alhamdulillah. Aik, rajin Taufik, komen kedua dah ni. 😁
DeleteIkan goreng berlada, sedapnya Nur.
ReplyDeleteAlhamdulillah, cedap! 😋
DeleteTuhlaaah, saya pun salut. Sehari bisa beberapa entry. Tapi terkadang saya jadi susah nak baca semuanya 😂. Kalo kayak tulisan kakak, saya bisa baca semua tulisan, Krn tak terlalu banyak .
ReplyDeleteHehe... ok. Akak cuba update paling banyak 1 entri je sehari. Tapi, memang itu pun yang mampu. 😁
DeleteSaya pun sekurangnya satu lauk sahaja.. tapi kuantiti yang banyak :)
ReplyDeleteHehe.. bagus juga tu. Kalau tak habis pun, boleh panaskan untuk esok.
DeleteSy blogging guna phone tu yg bole update hari2 hehe... Tapi weekend mmg tak sempat nak bw skrg ni, jadual pack sangat2
ReplyDeleteSatu lauk pun okay, janji kenyang
Hebat, PH. Saya nak squeeze-in tengok handphone in between house chores pun, tak dapat. Tak tahu la. Penat juga, kadang tu.
DeleteIkan goreng berlado tu ... sedapnya!
ReplyDeleteMemang sedap! Hehe..
Deleteammi pun cemburu dengan bloggers yg rajin. Ammi ni kadang di office rasa serba salah kalau nak update blog. Tapi mcm harini mmg ammi pun taktau nak buat apa dah...jadi marilah kita BW.
ReplyDeleteAmmi punya entry kadang2 kalau ada masa di rumah ammi buat bebanyak scheduled entry supaya boleh publish di hari bekerja.
Bagus juga idea Ammi tu, scheduled entri. Saya tak pernah cuba.
Deletekuehtiaw goreng tanpa sayur fav anak la..tkde la lama die amik masa nk asingkn sayur sblum makan
ReplyDeleteHehe.. itu la, buat untuk anak makan.
DeleteKita nak update seminggu sekali pun susah hahaha.. kuehtiaw tanpa sayur tak umpph laa hahaha.. 🤣
ReplyDeleteEncik punya entri tentang travel, jadi kena gali info-info, jadi mesti ambil masa nak karang.
DeleteApa nak buat, kalau letak taugeh, anak tak makan. Penat je masak nanti.
Suka juga lepak depan tv. Saya lagilah jarang menulis blog daripada Nur.
ReplyDeleteHa ah, best kan, dapat berehat depan tv.
Deleteakak update kalau ada citer dan ada mood. Kadang dah ada citer tapi mood terbang emmm terdampar sepi lah. Nak kena carik mood nak kena cari mood. Lauk ikan berlada tu sodap
ReplyDeleteEh, macam lirik lagu pula, terdampar sepi. Hehe..
DeleteKalau tak sibuk tu macam tulah saya juga fikiran melayang. Kena sibukkan diri baru cergas sikit rasa fikiran ni. Kadang tak ada idea tak dapat juga nak update hari-hari. Kita update mana termampu je Kak Nur.
ReplyDeleteYe la, Fizah. Setakat mana boleh, ye. Komitmen keluarga harus diutamakan dulu.
Delete