Khamis, 3 Julai 2025

Mengopi di Gigi Coffee

Tarikh: Jumaat, 20 Jun 2025

Pergi Lotus waktu petang, ada nak cari barang sikit. 

Lepas tu, beli kopi di Gigi Coffee. 

Lepas kopi siap, bawa ke food court berdekatan. Duduk, sementara suami pesan keropok lekor.  

Menikmati americano panas Gigi Coffee dan keropok lekor, di food court Lotus Manjung.
Americano panas dan keropok lekor

Keropok lekor sangat panas, baru keluar dari kuali. 

Sementara tu, tengok kiri, tengok kanan, tengok orang lalu lalang.

Agak bising suasana di food court. Ada busker sedang membuat persembahan di hujung sana, dekat Watson. 

Suami tapau budak Sulaiman kuetiau goreng telur mata. 



Video kopi panas. ☕

Flower tu, medium coffee. Bila pesan kopi, dia akan tanya, nak kopi strong or medium. 

Alhamdulillah, nikmat Allah bagi. 

Sewaktu entri ini ditaip, saya baru download app Gigi Coffee. App dia lebih kurang macam app Zus. Boleh check-in setiap hari, kumpul point. Bila beli pun, dapat point. Sebab baru download, dapat voucher buy 1, free 1. Haa... alasan untuk pergi Lotus lagi. Eh, di Aeon Mall pun ada juga Gigi. Ok. 

Jumpa lagi, ye. 💗

40 ulasan:

  1. Dua2 fav sy ni, Nur. Kopi dan keropok lekor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, sama lah kita! Sedap, kan, Sk. Nikmat!

      Padam
  2. Gigi Coffee ni saya pernah beli sekali je. Best tu ada jual keropok lekor sekali. Hati hati makan keropok lekor panas nanti macam makan hihang hoheng. hihi...
    Lepas ni berlumbalah points zus dan gigi coffee Kak Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... hakak hiup hiup hulu, hihah.. hak hanas hun.
      Gigi tu mahal sikit, Fizah. Sekali sekala, boleh la. 😂

      Padam
  3. Saya penggemar kutip point di aplikasi Gigi. Bila nak tebus pun tak tahu. Paling suka buttercream latte dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak pernah try buttercream latte. Tapi point dia expired akhir bulan, ye.

      Padam
  4. SA suka Gigi Coffee dan suka Indonesia beans..eh..rasa macam xde lagi app Gigi Coffee la

    BalasPadam
  5. dkt Gigi cofee suka buttercream latte

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sah sedap ni, buttercream latte, dah 2 kawan blogger cakap. 😊

      Padam
  6. Memang macam cerita doktor² Korea...minum air Americano...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. ha ah yek, Linda. Cerita Korea akak tengok sekarang ni pun, dia banyak minum americano ice. Tapi bukan cerita doktor. alamak, lupa tajuk.

      Padam
    2. Tapi memang depe minum americano je kak...

      Padam
    3. Bila Linda sebut, baru akak perasan. Betul juga tu. Akak sepanjang baru terjebak tengok cerita korea ni, tak nampak lagi depa minum kopi ada art dalam cawan tu macam kita. Banyak minum americano je.

      Padam
  7. Boleh geng keropok lekor je la, kopi hipster ni PH tak layan sangat hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah tak layan kopi, PH. Kalau layan, takut terjebak, macam saya.

      Padam
  8. Menimati kopi panas petang hari...ah asyik sekali Mbak.
    Sambil ada cemilan seperti kerupuk lekor itu...
    Tapi saya penasaran, apa ya kerupuk lekor itu?

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keropok lekor tu, adunan isi ikan bersama tepung, dan dijadikan keropok, lalu digoreng, Pak Asa. Memang enak, rasanya.

      Padam
  9. waahh sedapnyaaa mengopi smbil mkn kopok lekor! hehe

    BalasPadam
  10. Akak tak pandai kopi hipster ni. Suka layan kopi o 434 dengan biskut kering. hehehehe taste orang lama gitu

    BalasPadam
  11. Haha kita bukan peminum kopi lagi. Selamat kumpul mata, Nur.

    BalasPadam
  12. Gigi coffee saya takde apps dia sbb jarang beli. Zus tu mmng hari2 kita kumpul point 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. akak pun baru install, sebab jarang pekena Gigi Coffee.

      Padam
  13. Pernah minum Gigi Coffee satu kali sahaja setakat ini. Payah orang tekak kopi o ni Tot😅KSarie ni sesuai lepak warkop (warung kopi) je. Tapi kalau kena lepak di cafe sebab nak aircond + makan kek, layan juga kopi hipster sekali sekala. Selamat mengumpul points ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, KSarie. Saya pun kadang-kadang je, melayan kopi hipster ni. Kalau hari-hari, rabak juga poket.

      Padam
  14. Nak download la juga. Kalau apps tealive takde daily points.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... ye ke. Saya dah lama tak ke Tealive, sebab last sekali beli kopi Tealive, saya jadi mabuk dan mual. Tak serasi, rasanya.

      Padam