Tuesday, July 22, 2025

Pekena Nasi Kandar

 Tarikh: Khamis, 3 Julai 2025

Sudah 2-3 kali nak merajuk dengan kedai nasi kandar ni. Tapi, bila tak ada tempat nak dituju, kita teringat kat dia juga. Bukan apa, suka hati dia je. Ada sekali tu, kami pergi hari Sabtu. Hujung minggu, dia pi tutup kedai. Kempunan acik. Kalau ikut google, kedai ni tutup hari Selasa. 

Tapi sekejap je la merajuk. Cari dia balik. Mana lagi? Restoran Nasi Kandar Pantai la, di Pantai Remis, Perak

Nasib baik hari tu, dia buka. Orang pula tak berapa ramai. Cantik!

Makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Pantai, Pantai Remis, Perak.
Pinggan nasi kandar saya.

Saya ambil lauk daging, telur masin dan bendi. Saja, nak cuba lauk daging pula. Sebelum-sebelum ni, kalau datang sini, biasanya saya ambil lauk ayam kandar atau ayam goreng atau lauk kambing

Di sini, kari dia rasa special sikit. Tak sama dan tak pernah rasa macam di kedai nasi kandar lain.

Nasi kandar daging, makan di Restoran Nasi Kandar Pantai, Pantai Remis, Perak
Pusing pinggan, mengadap daging dia pula.

Saya, close-up sikit daging dia yang besar itu. Sedapnya... 😋 telan air liur saya, waktu taip entri ini. Nanti bila suami off kerja, nak ajak dia datang sini lagi la. 

Itu je la, nak share. Pekena nasi kandaq sedap! 

Jumpa lagi, ye. 💗

30 comments:

  1. lama tak pekena nasi kandaq. tapi jenis tak minat kuah banjir sangat2
    saya suka ambil lauk ayam goreng rempah. sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sama, suka kuah sikit je. Tapi kadang tak sempat nak cakap, laju je dia ceduk lauk sekali kuah, surrrr...
      Sedap tu, ayam goreng berempah. 😋

      Delete
  2. Iye laa... daging dia nampak besar juga.
    Selamat menjamu selera Tot.

    ReplyDelete
  3. nampak lembut dagingnya tu kak tot. Uish terus lapar rasa tengok gambar tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, SS, memang lembut dagingnya. Hehe.. sori.

      Delete
  4. Aihhh tak baik tau tunjuk malam2 ni, termimpi2 lah dalam tidur nanti.

    ReplyDelete
  5. Potongan dagingnya besar-besar, Mbak. Ada telur asin juga. Ah dijamin sedap...

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Tengah hari tadi pun saya pekena nasi kandar. Sedap tu..

    ReplyDelete
  7. Lama sudah tak makan telur masin. Mengancam betul tengok.

    ReplyDelete
  8. Lawanya watermark dia...comel je..
    Lama tak makan nasi kandar...

    ReplyDelete
  9. Wah wah wah.. pekena nasi kandaq tak ajak ahahaha...
    Sy pun kalau makan nasi kandar mesti nak letak telur masin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, PH pun, makan sedap kat Nas Bistro tu, terliur kita, tau. Hehe..
      Kann... macam makan nasi kerabu la, kena letak solok lada. Ahsudah, pi sebut nasi kerabu pulak.

      Delete
  10. Hari sabtu baru jer makan nasi kandar...x boleh selalu...biarla la lama2 sikit...baru rindu..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan sekali, ok ler.. (ye la tu) 🙈

      Delete
  11. Ya Allah, kecur pagi ni tengok pinggan nasi kandar dia laaaa.

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaa...terus rasa nak carik nasik kandaq

    ReplyDelete
  13. Kkita yang baca dan komen ni plak ikut terliur ha..eh...x leh..x leh...kita diet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh makan, share dengan suami SA. Hehe...

      Delete
  14. tak tahan kalau makan bau kari dia melekat kat tangan sebab tu kureng sikit tapi ayam goreng dia memang mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau camtu, kena makan guna sudu la, kak. Hehe..

      Delete
  15. besar daging tu..biasa menu nasi kandar mmg suka ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam pun sedap. Saya je sesekali tukar selera.

      Delete