Assalamualaikum, semua...
Pada 7 November 2025 yang lepas, selepas makan tengahari di rumah, saya dan suami mencari tempat mengopi. Hari yang panas hari itu. Buat carian di google maps, 'kopi near me'. Jumpa satu port baru. Cafenya pula ada aircond. Bagus sekali.
![]() |
| Le Bean Cafe. |
![]() |
| Punyai sijil halal |
Dekat laman mukabuku cafe ini, ada video menunjukkan yang croissant di sini bukan orang letak, bukan croissant segera, tapi cafe ini sendiri yang buat dari mula hingga bakar. Wah..
Jom la masuk. Ramai juga orang di dalam. Tempat duduk banyak. Ada la 2-3 meja available. Ada famili bawa anak-anak. Berbilang bangsa. Apsal kami baru tahu tentang tempat ni. Tadi dah cakap, ini cakap lagi.
Miss yang jaga cashier bagi buku menu. Kami study menu di meja dan buat pilihan. Pergi di cashier cakap pilihan mahu minum dan makan apa. Buat bayaran terus.
![]() |
| View dari tempat duduk, pintu depan cafe. |
Kami duduk di meja dekat pintu masuk, depan cashier. Bila tengok meja panjang depan tingkap besar dalam gambar di atas, saya teringat dalam movie, selalunya heroin duduk di meja panjang depan cermin tu, tengok luar. Bila hero masuk, pen heroin jatuh, heroin tunduk ambil pen dan tak perasan hero dah masuk dalam. Hero pun tak nampak heroin sebab heroin sedang tunduk amik pen yang jatuh. Dekat meja panjang itu ada port power, siapa bawa laptop nak buat kerja sambil mengopi boleh duduk situ.
Konsep simple dan industrial cafe ini.
![]() |
| Tempat duduk potongan kayu balak |
Eh, tak tahulah saya, kayu balak ke, kayu apa. Kami duduk di meja macam ini. Kerusinya adalah batang pokok yang besar.
"Adakah ia betul batang pokok yang dipotong atau simen yang direka menyerupai batang pokok?," saya tanya pada suami.
Suami cakap memang batang pokok yang disapu kemasan macam syelek untuk tahan lama. Saya pun rasa begitu. Nak gerakkan kerusi itu, berat. Jadi, kita duduk sajalah seadanya. Bagi orang tua jika kerusi yang tiada tempat bersandar macam ni, jadi tak boleh lepak lamalah ye, mengopi. Keras dan sakit belakang. Ada kerusi bersandar, tapi orang lain ada. Tak apalah, untung ada tempat duduk.
![]() |
| Ruang tempat duduk lagi di dalam |
Ruang tempat duduk di dalam ada banyak tempat. Ada ruangan yang boleh duduk bawah, bersila. Ada family with kids sedang duduk situ.
![]() |
| Ini taufufa |
Kopi belum siap. Taufufa sampai dulu. Ini recommendation dari miss cashier. Dia kata, specialty Le Bean Cafe. Ada 2 jenis taufufa dia jual. Kami pilih yang gula melaka. Ada satu jenis lagi dia bagitahu, saya lupa. Pandan, tak silap. Ada banyak menu taufufa dalam buku menu, yang ada topping buah di atas pun ada.
Taufufa merujuk kepada puding tauhu lembut, pencuci mulut Cina yang popular dan dihidangkan dengan sirap gula melaka. Tapi sekarang sudah ada banyak perasa seperti pandan, coklat dan lain-lain lagi.
Sebenarnya, masa kami sedang duduk tunggu pesanan, ada orang datang bungkus taufufa. Jadi, orang dah tahu tentang taufufa kedai ni. Kami je yang tak tahu.
Taufufa dia bila kita goyang-goyang pinggan, gedik-gedik gitu. Share makan berdua. Sedap. Not too sweet, just right, rasa. Walaupun nampak plain saja, tapi boleh rasa gula melaka itu sebati dengan taufufa. Wah... selalu yang jual kat pasar malam tu, sirap dia curah atas kan. Ini, walaupun tak kelihatan, ada rasa gula melaka.
Saya bila makan taufufa teringat event Ipoh 7 Bridges Run, lepas lari, dapat taufufa panas yang baru buat, memang mengembalikan tenaga betul lepas habis half marathon atau marathon.
![]() |
| Plain croissant |
Potong separuh croissant. Suami makan bahagian dia. Saya nak tunggu kopi saya sampai baru nak makan croissant. Nak celup dalam kopi panas. Actually, saya ada pesan roti bakar tapi miss cashier cakap toast sudah habis. Aiyaa..
![]() |
| Kopi suami, americano iced. |
Kopi suami sampai dulu. Comelnya model pada cupnya. Ada tulisan nama cafe Le Bean.
![]() |
| Americano panas |
Kopi saya pula sampai. Kopi dia rasa lain. Bila kita sudah biasa minum americano, boleh rasa kelainan rasa kopi. Ye la, biji kopi yang digunakan pun tak sama. Dan biji kopi cafe ini guna definately tak sama macam kopi kami pernah rasa. Tapi ok, saya boleh terima. Dua-dua kopi kami tak ada gula, seperti biasa.
Taufufa sudah habis. Croissant sudah habis. Tapi kopi baru hirup sedikit kerana masih panas. Suami cadang order makan lagi. Yishhh... Kalau dengan suami, memang diet akan ke laut. In fact, diet terbang ke planet pluto.
![]() |
| Pencuci mulut, kononnya |
Nah.. ambik. Waffle with icecream. Huu... Mata terus jadi besar tengok kecantikan waffle ini. Sedapnya! Sedap, sedap, sedap! Saya kasi 5 bintang! ⭐⭐⭐⭐⭐
Sekian. Will repeat next time.
Banyak menu menarik yang boleh dicuba lain kali.
Le Bean Cafe
796, Lorong Sejati 10, Taman Sejati, 32000 Sitiawan, Perak.
Buka jam 9 pagi hingga 6 petang. Tutup setiap Isnin.
Sekian perkongsian mengopi di Lean Bean Cafe.
Jumpa lagi, ye. 💗










1 Comments
Macam kena pulak dengan Mr. Bean sebab teringat kereta dia warna hijau tu. Suka jenis cafe ada aircond.
ReplyDeleteWah best tu crossant buat sendiri. Mesti sedap tu. Macam best mengopi kat cermin menghadap luar tu. Feeling drama gitu.
Cantik pulak tengok potongan kayu dijadikan bangku. Jimat beli kerusi.hihi...Easthetic betul cafe ni saya suka. Tableware pun sama easthetic. Menggoda betul waffle dengan aiskrim tu. Tak jadi nak cut sugar.