Assalamualaikum, semua... Salam Jumaat yang mulia hari ini... Cuti umum negeri Perak sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
Entri kali ini, saya nak tulis cerita pada hari Rabu, 22 Oktober 2025 yang lepas. Hari terakhir cuti sekolah sempena minggu Deepavali yang lepas.
Hafizan sudah pulang ke Poli, sementara suami saya pula outstation ke Kedah. Saya tak boleh ikut, kerana suami carpool dengan officemate-nya. Tinggallah saya dengan Sulaiman di rumah. Hujan sejak pagi pada hari itu, on and off. Sekejap renyai, sekejap lebat.
First meal of the day saya pada pukul 4 petang. Saya masak burger je.
![]() |
| Sulaiman punya |
Sulaiman nak 3 biji burger. Dua burger ada cheese. Satu burger ada telur. Tiga-tiga burger ayam.
![]() |
| Mama punya burger |
Untuk mama, dua burger daging dengan telur, ada bawang yang digoreng. 😋Walau pun ada kurang, iaitu tak ada sayur. Kalau letak tomato dan salad, mesti lagi syok.
Alhamdulillah, sedap. Saja tukar selera. Tak adalah makan burger banyak sekaligus. Makan sebiji, sebiji sampai ke malam.
Macam tu la bila tinggal dua beranak saja di rumah. Masak yang ringkas saja.
Entri pendek kali ini. Hari ni, kome nak masak apa? Sudah makan ke?
Jumpa lagi, ye. 💗


Haah tengok kalendar, Perak cuti hari ini. Alhamdulillah dapat cuti lekat, lama cuti.
BalasPadamMakan lauk semalam untuk tengahari insya Allah sebab masak asam daging banyak.
Asam daging? Dapnye! 😍😋
Padamtak terfikir pulak buat burger special camni kat rumah. padahal kadang2 beli je dagng burger ramly tu
BalasPadamHa ah, buat kat rumah, tak lawa la, sebab nak balut burger dalam telur, akak tak reti. Lantak pi la dia nak rupa camana pun, kita sendiri juga nak makan.
Padamjika sikit je org kat dlm rumah tu mmg sy n isteri makan yg ringkas2 je. Buat letih je memasak...
BalasPadamBetul, betul!
PadamBagus masak banyak terus jimat tenaga dan masa. Kalau tak, nanti jadi macam sy, roti burger 1 pek 10 biji, lepas tu masak 3 biji, yg lain berkulat, hahah. Lain kali sy pun nak masak banyak terus la.
BalasPadamLagi satu, kena ada ramai kat rumah. Sebab ada 10 roti dalam tu. Kalau tak, kena repeat masak 2-3 hari makan burger. Kikiki...
PadamSama la Sy pun. Kalau suami outstation makan simple² je dgn anak². Time tu la nak makan lauk sardin ka, telur kicap je ke hihi
BalasPadamTelur kicap? Sedapnya! Kan, masak simple-simple je, senang.
Padamterus masak banyak dari pagi sampai ke malam.. makan sebiji-sebiji.. ok lah
BalasPadamYe, Encik, sebab malas masuk dapur banyak kali. Hehe..
PadamNampak sedap sungguh burger daging telur tu lah 😋
BalasPadamSaya cuti masak beberapa hari ni, ikut suami out station.
Wah.. bestnya, boleh jalan².
PadamLama tak buat burger sendiri.
BalasPadamSila, sila, Cie. Tapi lagi senang kalau beli tepi jalan. Hehe...
PadamTengok burger di sini, teringat beef burger Ramly. Lama tak jumpa burger tu, ayam jew yang ada.
BalasPadamOh ye ke... saya memang guna burger Ramly. Sini banyak, kak, ayam dan daging.
PadamLama pula rasanya tidak makan burger bula tengok entry ni. Malam karang cari burger Ramli la😅
BalasPadamSila, sila, KSarie. Syedap!
Padammenu ringkas camni ank mmg suka...kita kalo beger camni mmg suka daging dr ayam
BalasPadamSama la kita, suka burger daging lagi dari ayam.
Padammasa Perak cuti tu.. saya sebagai orang Perak yang keroje di Selangor pun ambil cuti.. hihihi
BalasPadamBaguih! Amik semangat, walau di mana saja berada, gitew.
PadamGebuuu je nampak rotinya. Lama dh tak makan burger buat sendiri kat rumah
BalasPadamHa ah, rotinya lembut sikit kali ni. Sila, sila, Ammi. Tapi lagi senang beli je. Hehe..
PadamUntung orang Perak ada extra cuti bulan Oktober lepas. Negeri lain perati je. hihi...Tudia sekali 3 biji burger dia request. Mama pun layankan je. Burger buat sendiri ni lain sedap dia kan. Mana cukup satu.
BalasPadamHehe... betul, Fizah. Sedap bebenor burger masak sendiri di rumah.
PadamAiiiih langsung terbayang saya, sedaaaap 😍😍😍😍. Mantaaap yg pakai telur kak.
BalasPadamNaah saya kalau hanya ber3 dengan anak2, suami lagi outstation, memang malas masak 😂. Pasti beli, ataaau buat yg super simple macam roti
Kann.. burger ada telur, barulah cukup protein-nya. Hehe..
PadamItu la kan, masak simple-simple je senang, kan, Fanny.
SA suka buat burger sendiri...ni dh lama x buat..kena buat semula ni
BalasPadamSila, sila, SA. Lepas tu sambil masak burger tu, selalu terasa macam nak buka stall burger pula. Hehe..
PadamBuat burger sendiri pakai patty Ramly burger memang sedap. Kalau saya, tak cukup satu
BalasPadamBetul, betul! Samalah saya. 😋
Padam