Sunday, November 2, 2025

Yasin dan solat hajat

Assalamualaikum, semua... Hari Ahad hari ini, selamat beristirehat kepada semua pembaca sekalian.  

Pada hari Khamis lepas, bersamaan tarikh 30 Oktober 2025, ada Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sekolah Sulaiman. Kami pergi anak beranak naik kereta ke masjid. 

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat SMK Seri Samudera
Kain rentang Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Lokasinya adalah Masjid Salahuddin Seri Bayu, Seri Manjung. Ini masjid taman sebelah. Masjid ini paling dekat dengan sekolah. Semua ibubapa pelajar Tingkatan 5 digalakkan hadir. Awal-awal sudah RSVP dan beri sumbangan kepada pihak sekolah supaya senang bajet jumlah makanan untuk majlis.

Kami tiba dalam 5.50 petang. Saya terus pergi ke meja cikgu untuk kehadiran, di ruang legar masjid. Tapi senarai kehadiran belum siap. Walaupun sudah pukul 6 petang, mengikut aturcara majlis bermula. Biasalah tu, orang kita tidak pernah punctual dari dulu. Duduk sebentar di luar menunggu tepi mesin air penapis. Dalam 10 minit, suami signal dari jauh, suruh saya masuk. Lagi pun situ, macam panas. Saya pun masuk dalam ruang solat, solat tahiyatul masjid dulu.

Orang mulai ramai masuk ke ruang solat. Pelajar perempuan duduk belah kanan, parents belah kiri. 

Majlis bermula beberapa minit sebelum maghrib. Solat maghrib berjemaah dulu.

Lepas tu, baca yassin dan doa selamat. Diikuti ucapan pengerusi masjid. Terlajak sampai masuk waktu isyak. Kemudian ucapan pengetua. Pengetua baru. Pertama kali saya tengok pengetua baru sejak pengetua lama bersara 2 bulan lepas. 

Dalam Masjid Salahuddin Seri Bayu, Seri Manjung.
Penuh masjid, para muslimah sampai solat kat luar ruang solat.

Pertama kali saya masuk masjid ini selepas selesai di-renovate. Waktu bulan puasa, saya pergi terawih di masjid taman saya. Masjid ini jarang pergi. 

Solat Isyak, diikuti solat hajat.

Bacaan solat hajat:

🌸 Rakaan pertama, Al-Fatihah, ayat Qursi dan surah al-Kafirun.

🌸 Rakaan kedua, Al-Fatihah, ayat Qursi dan surah al-Ikhlas.

Imam doa panjang lepas solat hajat, untuk anak-anak SPM.

Saya rasa seronok dalam hati, sebab dapat solat berjemaah di masjid. Last solat berjemaah waktu bulan puasa yang lepas. Ampunkan hambaMu ini, ya Allah. 😢

Selesai Majlis pukul 9 malam. Anak-anak yang kena ambil nasi. Makanan adalah sumbangan ibubapa dan orang perseorangan yang tidak mahu dikenali, ada yang sumbang nasi tomato 100 bungkus, selain nasi minyak dan bihun goreng singapore. Dapat air yassin juga. Syukur Alhamdulillah. 

Suami ajak beli kopi. Saya order kopi Zus melalui app. 

Ambil kopi di Zus
Saya dan Sulaiman tunggu dalam kereta.

Zus sederet dengan Wedrink, 7-Eleven, Family Mart dan Ai-Cha belah kiri. Belah kanan ada Subway, Tealive dan Mixue. Sungguh hidup kawasan ini walau pukul 9 malam. Kami jarang-jarang mengopi malam ni.

Suami saya suka beli kopi Zus
Pakcik happy dapat kopi.

Sesekali ya. 

Nasi minyak

Pukul 10 malam, makan nasi masjid. Saya baru teringin nasi minyak, tapi takde yang menjemput kenduri kahwin. Tengok-tengok Allah beri rezeki nasi minyak ayam merah masa pergi baca yassin sekolah anak ni. Alhamdulillah... syukur. 

Semoga anak-anak yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi ni, bulan November ini, dapat hadapi periksa dengan hati yang tenang dan segalanya dipermudahkan. Jaga kesihatan anak-anak juga. Rilek-rilek je, jangan tension ya, anak-anak dan mak bapak sekali. Harus tenang. Insya-Allah, semua akan baik-baik je.

Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. Semoga berjaya anak2 yang nak menghadapi exam SPM.

    ReplyDelete
  2. Semoga semua anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM dikurniakan ketenangan dan kelapangan hati serta ketajaman fikiran di dalam menjawab peperiksaan. Sedapnya nasi minyak tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...syukur dan seronok juga saya dengar pengkongsian yang melibatkan anak-anak yang bakal berjaya nie

    ReplyDelete
  4. Majlis ilmu yang berduyun2 Malaikat datang ke Masjid ni..semoga berkat dan doakabul ..anak yang ambil SPM tenanga menjawab. Aamiin..

    ReplyDelete