Banjir dan Masak apa

 Assalamualaikum, semua... Selamat pagi...

Hujan tak berhenti sejak pagi semalam kome, kat Manjung ini. Banyak tempat sudah dinaiki air. Ayer Tawar, di Kampung Tersusun Sitiawan, rumah orang sudah masuk air paras betis, Manjung Point di kawasan TF naik air, padang Astaka Sitiawan sudah jadi laut, kome... padang udah tak nampak. Ada sesetengah kawasan TNB sudah tutup bekalan elektrik, sebab udah naik air, contoh di Fasa 2A Seri Manjung, Kampung Koh, dan Taman Mas, Kampung Deralik rumah sudah masuk air juga. Highway WCE semalam ada lori terbalik. Semalam suami bagitahu dia hantar Hafizan balik Ipoh, all the way hujan tak berhenti. Hari ni nasib baik tak ada paper SPM ya. Esok baru start. Allahuakbar. Harap sekolah Sulaiman tak naik la air.

Entri kali ini, saya nak kongsikan saya masak apa pada 5 November 2025 yang lepas. 

Sayur campur
Sayur campur

Ada letak cendawan tiram yang dibeli di tepi jalan semasa kami pergi Pasar Pagi Selasa Kampung Gajah. Cendawannya luar biasa besar saiznya, boleh potong banyak bahagian satu kelopak cendawan. Bisnes baru nak mula kot, cendawan tanam sendiri. 


Suka sangat masak sayur campur ni. Itu je yang mudah bagi saya, dan cepat siap. 

Ikan keli berlado
Ikan keli berlado

Lauk kegemaran Sulaiman. Ikan keli sekarang sekilo sudah RM10. Sikit sikit, harga dia naik. Goreng ikan keli garing garing. Sambalnya, saya guna cili merah je yang dibuang biji. Jadi, tak pedas sangat sebab campur cili api merah sebiji jer.

Sekian perkongsian hari ini. Tempat kome hujan tak?

Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

0 Comments