Gambar makanan

 Assalamualaikum, semua... 😊

Alamak, semalam saya tak sempat nak blogwalking ke rumah kome. Nanti saya cuba jalan sikit-sikit bila free, ya. Ada banyak urusan luar semalam.

Entri kali ini, saya nak berkongsi gambar makanan yang saya ambil dari beberapa tempat yang saya sempat snap. Ha, jom tengok...

Nasi kandar beratur 786 Kampar
Nasi Kandar Beratur 786 Kampar. 28 Oktober 2025.

Minta nasi separuh saja. Lauk, ikan keli goreng, bendi dan telur masin. Ikan keli garing dan sedap.

Pinggan nasi kandar suami saya.
Ini pinggan suami saya.

Sama pula, dua-dua ambil lauk ikan. Cuma suami sayurnya, kobis, dan nasi penuh. Surrrr.....

Ayam goreng berlengas
Ayam goreng berlengas, you...

Pertama kali saya masak lauk ayam goreng berlengas, iaitu pada 27 Oktober 2025 yang lepas. Tak tahu pula saya, senang je nak masak lauk ni. Lain kali bolehlah masak lagi. Sedap pula tu. Masuk bakul angkat sendiri.

Murtabak daging
Ini murtabak daging.

Saya perangat murtabak yang dibeli kat pasar malam. Makan sarapan. Bila perangat, dia jadi lebih sedap sebab kulit dia sedikit rangup. Huuu... 😋

Spagetti goreng
Ini pula spagetti.

Saya masak spagetti goreng pada 20 Oktober 2025. Masak macam nak goreng mi. 

Alhamdulillah. Nikmat dapat makan sedap-sedap.

Hari ni sarapan kome nak makan apa? Saya tak pasti lagi ni. Entah-entah kena keluar rumah lagi hari ni.

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

5 Comments

  1. Penasaran dengan rasa ayam goreng berlengas tu

    ReplyDelete
  2. Eh, kenapa saya baru tahu kedai nasi kandar ada ikan keli goreng jugak. hihi..gaya goreng dia macam ayam goreng juga ye.
    Ayam goreng berlengas sedap, suka macam lauk style macam ni. Dia tak berkuah sangat sebab bukan jenis makan banjir².
    Alhamdulillah dapat menikmati makan sedap-sedap.

    ReplyDelete
  3. ayam goreng belengas mmg mudah...1 lauk tu mkn ngan nasi panas2 mmg yummy

    ReplyDelete
  4. Lama plak x makan nasi kandar...hari tu makan yang kat Ipoh, yang nasi dia warna kuning tu and lauk popular dia ayam bawang....dapnyaaaaa.......

    ReplyDelete
  5. hari ni sarap kat kedai sambil minum kopi sorang sorang

    ReplyDelete