Ada 'S' di situ. Plural. Sebab dua kejadian pelik berlaku dalam satu hari.
Pelik #1
Sudah terbangun pukul 4 pagi semalam, untuk ke bilik air, sebab rasa sakit perut. Selesai saja, saya sambung tidur. Saya rasa, saya letak kepala sekejap je. Rasa perut sakit sesaat. Lepas tu, rasa pelik, apa benda keluar dari aku ni? Astaghfirullahalazim... aku tercirit dalam kain. Tak pernah-pernah terjadi. Biasa kan ada sudden urge untuk ke tandas itu, kan. Ini, tidak. Saya tak rasa apa pun. Very watery ler. Sorry ye, kalau pembaca cuba imagine apa yang saya tulis ni. Ya Allah Ya Tuhan... dah kena mandi pagi-pagi buta sambil mencuci segala pakaian yang tercemar dalam bilik air. Suami saya pun pelik sebab biasanya kalau satu keluarga sakit perut, saya adalah orang yang paling tahan tidak sakit perut. Kira, perut paling lasak la. Ini, dah la saya keluar masuk tandas banyak kali. Itu yang bila pergi klinik tu, doktor tengok saya, terus dia kata, kena cucuk ni. Menyesal juga saya bangun pertama kali ke tandas itu, tidak stay up terus. Kalau cuba untuk tahajud pun, mesti tak sampai kena bersihkan cadar.
Pelik #2
Benda ini berlaku pada hari Ahad, tapi Sulaiman baru cerita hari Isnin, iaitu semalam. So ok ceritanya, saya dan suami pergi hantar Hafizan balik Poli di Ipoh. Sulaiman tinggal seorang. Tengah on the way ke Ipoh, Sulaiman whatsapp tanya, boleh tak dia ajak kawan datang rumah. Datang la. Sekarang ni, kadang dia keluar study dengan kawan. Kalau study rumah pun, ok jer. Kami balik rumah dalam pukul 9 malam hari Ahad.
Semalam, Isnin, Sulaiman cerita. Waktu petang, hampir maghrib, pintu dapur terbuka sendiri. Pintu dapur tu buat bunyi mengeriut tu la. Takde angin takde apa, pintu terbuka. Seorang kawan Sulaiman boleh lari keluar rumah dengar pintu belakang terbuka. Yang ini saya ok lagi. Sebab biasalah, mungkin dia orang tak tutup pintu depan rapat. Kalau pintu depan terbuka ditiup angin, memang pintu bilik atau pintu dapur pun boleh terbuka sekali. Sebab pernah terjadi.
Lagi satu benda pelik, Sulaiman cakap dia nampak 'benda'. Dia tunjuk video waktu benda tu keluar. Dia kata, sesaat dua je, lepas tu hilang. Saya pun tengok la video Sulaiman. Ya Allah Ya Tuhan.... penampakan sesuatu. Betul. Astaghfirullahalazim. Pertama kali, penampakan hantu dalam rumah. Benda warna putih bergerak. Dalam video tu, Sulaiman ada carut sikit, dia carut pada telefon dia, sebab masa dia tengah recording video, tiba-tiba jadi blur dan tidak fokus. Memang kalau entiti biasanya kan kita susah nak tengok jelas-jelas. Kalau nampak jelas, kalau tak CGI, AI la yang buat video tu. Ini memang betul. Serius la. Saya takut! Pertama kali saya takut, semalam. Benda putih tu keluar depan bilik air. Masa tu, masih dalam waktu maghrib. Sulaiman bagi salam kat benda tu. Tapi waktu tu, Sulaiman duduk di sofa. Agak jauh, tapi video dia zoom-in ke bilik air, memang nampak hantu tu.
Terus semalam hari Isnin, satu hari saya on audio bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Bilik kerja saya pula sebelah bilik air je. Saya memang niat nak kemas bilik kerja. Dalam keadaan perut tak selesa tu, saya kemas bilik juga la. Itu yang saya minta cuti berblogging semalam, sebab nak kemas bilik kerja.
Semalam saya nak solat di tingkat atas pun rasa takut. Saya tak share la video Sulaiman tu, saya tak mahu kot ada pembaca yang lemah semangat kang tak boleh tidur ke. Kena anxiety ke. Tak mahu la saya. Biar saya seorang la yang takut. Pelik sangat la. Awat tiba-tiba dia keluar ni? Pergi la rumah kosong kat sebelah, kiri kanan rumah kosong takde orang duduk. Rumah ni ada orang. Ke, dia kacau sebab si Sulaiman pukul 8 malam belum sembahyang maghrib? Tak pasal-pasal dah kena tazkirah dengan saya, si budak Sulaiman. Tu la, hantu memang suka kacau budak tak sembahyang. Kalau tak sembahyang, camana Allah nak tolong Sulaiman nak SPM, dan berbakul-bakul lagi la saya bagi kat budak tu.
Rumah ni, rumah peninggalan arwah Mama saya. Rumah lama la. Bunyi-bunyian itu biasa. Sulaiman pernah dengar orang panggil dia, tapi dia tak menyahut. Kome pernah tak alami dengar orang panggil nama kome tengah-tengah malam? Kome nyahut tak? Saya pun pernah dengar suami saya balik kerja, enjin kereta Wira lama tu, memang itu la dia, kereta lain bunyi tak sama. Memang confirm sejibik bunyi suami balik kerja, saya buka pintu, tengok-tengok takde pun suami saya. Bunyi-bunyi tu, saya boleh terima. Tapi bila dia mula muncul diri, Allahuakbar.... berikan aku kekuatan ya Allah.... menyesal pula saya minta Sulaiman forward video penampakan itu. Dah terbayang-bayang sampai ke malam. Mesti la nak tahu kan, benda berlaku kat rumah kita. Kalau tak tahu rupa, takde la kita terbayang-bayang. Tapi mesti nak tahu juga la. Rumah kita kot.
Hari Ini
Hari ni, saya sudah ok. Alhamdulillah. Walaupun perut rasa kembung dari aktiviti cirit-birit semalam.
Dari segi perasaan, saya rasa lebih berani. Semalam saya mengaji juga kat atas lepas maghrib, walau pun ada rasa macam diperhatikan je. Perasaan je kot. Saya kuatkan hati dan terus buat macam biasa, solat dan mengaji. Mungkin ini ujian dari Allah. Apa yang berlaku sudah tentu atas izinNya. Mungkin dari mengaji seminggu 2 kali, Allah nak suruh saya mengaji setiap hari, ke. Tak tahulah. Saya dok menyembang dengan suami saya. Memang pelik la. Sebab selama ini, kami dah duduk rumah ni 12 tahun, tak pernah nampak makhluk-makhluk halus ni ke, hantu ke, apa. Kome tolong doakan saya kuat, tau. Kuat untuk buat bodoh dan tidak mempedulikan benda ini semua. Ini rumah saya kot, kan. Dia mana boleh apa-apakan kita, kan. Kalau terjadi kat rumah kome, ada penampakan benda, kome buat apa?
Tu je la cerita. Minta maaf kalau entri saya kali ini agak menyeramkan.
Nanti saya blogwalking slow-slow ya.
Jumpa lagi, ye. 💗
Ini peliks campur serams. Mengenai pertanyaan Nur tu, sy minta² janganlah ada sebab sy ni lagi penakut dari Nur kot, hahahah. Berani jugaklah budak Sulaiman tu ya tinggal sorang² lepas ni agaknya.
ReplyDeleteMudah2an takde pape la ye. Mintak dijauhkan dari perkara buruk.
ReplyDeleteSepanjang tinggal di rumah tu kiranya Nur sangat beranilah sebab boleh terima dan buat tak tahu saja kalau ada perkara pelik sikit. Bab tengok video tu kemuncak perasaan takut dan seram ye Nur. Mungkin boleh buat solat hajat beramai-ramai atau panggil orang alim untuk pujuk entiti tu pindah tempat.
ReplyDeleteSemoga Allah pelihara dan lindungi Nur sekeluarga 🤲🏻
ReplyDeleteBerani Sulaiman ye, sempat record video tu ...
Bukan pelik lagi dah jadi cerita seram ni.
ReplyDeleteMoga semuanya dalam keadaan baik dan dilindungi puan sekeluarga
ReplyDelete