Sunday, November 9, 2025

Hadiah SA sudah sampai

 Assalamualaikum, semua... 

Sibuk bebenor ler... tak sempat nak tulis entri semalam. Nyongket sana, nyongket sini. Hajat di hati nak update blog dalam kereta guna handphone, tapi apakan daya, mabuk pula tengok handphone dalam kereta. Hari ni barulah free sikit. Nanti-nantilah saya cerita nyongket ke mana, ya.

Semalam hari Sabtu bersamaan 8 November 2025, telah selamat sampai bungkusan dari blogger Suria Amanda (SA). Sukanya! ๐Ÿ˜

Terima hadiah dari blogger Suria Amanda
Agak berat juga bungkusannya.

Sampai petang hari, waktu saya nak keluar pergi pasar malam, tengok ada bungkusan di tembok pagar. Sudah tahu dari SA, sebab SA ada maklumkan di email. Saya telah menang hadiah Top Komentator Oktober 2025 di blog beliau. Boleh refer entrinya di sini ๐Ÿ‘‰ Pemenang Top Komentator Oktober 2025

Marilah kita buka tengok.

Blossom Series Insulated Tumbler.
Blossom Series Insulated Tumbler.

Boleh isi air panas atau sejuk. Mengekalkan suhu minuman untuk masa yang lama. Sesuai untuk on the go, guna dalam pejabat atau aktiviti luar.

Dibuat dari bahan premium, senang dicuci dan tahan kebocoran. Lid dia tahan tumpah (spill proof) dan dua lapis dinding penebat vacuum di dalam untuk mengekalkan suhu minuman.

Boleh isi kopi waktu pagi atau teh di petang hari, memberi setiap tegukan minuman pada suhu yang dikehendaki, sesuai untuk kerja, travel atau semasa istirehat.

Info dapat dari kotak tumbler. ๐Ÿ˜

Tahan panas selama 6 jam. Tahan sejuk untuk 12 jam. 

Tumbler warna kuning dengan corak bunga-bunga.
Tumbler warna kuning dengan corak bunga-bunga.

Wah... comel sangat ni! Saya tak ada lagi tumbler. Walaupun saya selalu minum kopi. Boleh la guna, bancuh kopi Acheh yang Kak Amie bagi, letak kopi panas-panas dalam tumbler pemberian SA, dan keluar bercucuk-tanam di luar, di kebun sekangkang kera ku. ๐Ÿ˜ Barulah semangat nak bercucuk-tanam, yeh! ๐Ÿ’ช

Gembira rasa di hati. Terima kasih kepada blogger SA, yang menghadiahkan tumbler cantik ini pada saya. Ini pertama kali saya terima hadiah top komentator di blog beliau. Saya sangat salute dengan SA kerana SA rajin update blog, lebih satu entri setiap hari. SA juga menghargai pengomen di blog dengan beri hadiah kepada top pengomen setiap bulan. Cayalah! Semoga SA sihat-sihat dan kuat selalu, dimurahkan rezeki dan bahagia sokmo dengan keluarga tercinta. Terima kasih banyak, tau! Saya sangat hargai pemberian ini. 

Jemput singgah ke blog SA, jika anda masih belum mengenali beliau. 

Baiklah. Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca sekalian.

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

2 comments:

  1. Berbunga-bunga hadiahnya.
    Semangat berkebun sambil minum kopi sejuk.

    ReplyDelete
  2. Wah, tahniah Nur dapat hadiah. Sudahlah cantik, sangat berguna pula. Nur cerita nak buat kopi masuk tumbler buat bekal berkebun, teringat masa kecik dulu waktu cuti sekolah ikut emak ke kebun. Bawa bekal lempeng ubi dengan kopi hitam!

    ReplyDelete