Assalamualaikum, semua...
Semalam, 31 Oktober 2025, hadiah dari Kak Amie selamat sampai. Pada bulan lepas, saya ada menang dalam entri Jom Teka Berat Mangga Udang. Boleh rujuk pengumuman pemenang di sini ๐ Pemenang Jom Teka Berat Mangga Udang.
Bungkusan mengandungi kotak besar. Dibalut dengan kertas minyak. Bila unwrapped bungkusan, ada beg.
![]() |
| Wah... cantiknya! ๐ |
Lawa beg tangan bersulam, dan saiznya agak besar juga.
![]() |
| Bahagian dalam bag |
Tengok, boleh letak banyak barang. Sukanya! ๐ฅฐ
Waktu pertama kali buka beg, ada 3 lagi hadiah di dalam beg.
![]() |
| Kopi Arabica Gayo |
Masya-Allah, ada kopi! ๐ Suka, suka! Dah la saya ni hantu kopi. Kopi ini dari Gayo Highlands di Aceh, Sumatra, Indonesia. Ada lagi...
![]() |
| Wallet! |
Ada wallet atau beg duit bersulam! Cantik pattern sulamannya.
![]() |
| Bahagian dalam wallet |
Banyak compartment juga, termasuk compartment berzip untuk letak duit syiling. Butang magnetik. Lagi hadiah...
![]() |
| Sehelai T-Shirt |
Mari kita buka tengok...
![]() |
| Muat saya pakai. ๐ |
Tulisan the Great Aceh di hadapan baju. Alhamdulillah. Kak Amie kata, kesemua barang adalah dari Acheh. Masya-Allah. Sukanya saya. Terima kasih banyak pada kak Amie. Susah-susah je, pos banyak hadiah ni, untuk saya. Semoga Kak Amie sihat-sihat selalu, murah rejeki dan berbahagia sokmo bersama keluarga. Jemput singgah ke blog Kak Amie, jika anda masih belum kenal beliau ๐Amie's Little Kitchen.
Bercerita tentang mangga udang, saya tak pernah tengok depan-depan. Saya suka-suka sertai sebab saya teringat dekat tepi jalan di Sitiawan, ada peniaga jual mangga. Ada tertulis 4 kilo, RM10. Ke... RM20. Saya pun dah terlupa. Saya cakap dekat suami, kenapa nak jual mangga sampai 4 kilo? Kenapa dia tak jual mangga sekilo je? Suami kata, mangga dia besar, entah-entah sebiji mangga pun dah berat sekilo lebih. Itu lah yang saya teka, saya bajet sebiji mangga udang, berat 1.8 kg. Sebab ada dua mangga, jadi berat, 3.6 kg. Tak sangka pula betul. Eh, bukan betul. Jawapan paling dekat dengan berat sebenar dua biji mangga tersebut, iaitu 3.557 kg.
Ok. Seronoknya, dapat hadiah dari jauh. Syukur Alhamdulillah.
Selamat hujung minggu, semua...
Jumpa lagi, ye. ๐







Tahniah! Siap dapat baju. ๐
ReplyDeleteTahniah kak nUr..wallet dengan beg nya macam 1 set je..cantik
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteBerganda-ganda rasa gembira Kak Amie apabila baca Nur seronok dan suka terima hadiah kecil itu.
Amin ya Allah, atas doanya itu. Doa yang sama untuk Nur sekeluarga.