Sarapan di PAKAR

 Assalamualaikum, semua... Haiii.... 😊

Entri kali ini, saya nak ceritakan kisah saya dan suami sarapan pada 30 Oktober 2025 yang lepas. Kami pergi PAKAR. Bukan hospital pakar tu. Tapi singkatan dari Pasar Komuniti dan Karavan Seri Manjung. Rasa macam sudah lama tak datang sarapan sini. Kalau datang berdua, seorang kena chop meja dulu. Seorang lagi pergi order makan. Sebab masa order makan tu, kena bagitahu nombor meja, supaya mudah dia nak hantar makanan ke meja kita. Ok, jom tengok apa kami makan.

Roti bakar dua keping dengan telur separuh masak
Roti bakar dua keping dengan telur separuh masak.

Dekat sini, ada pelbagai gerai jualan makanan. Pusinglah dulu, jalan depan setiap kedai yang buka, dan tengok apa yang ada. Takut baru jalan sikit, sudah jumpa, terus beli. Tengok-tengok belah sana, ada lagi makanan yang kita jarang jumpa. Alamak, menyesal, sebab kita dah beli makanan belah sini. Ha, gitu caranya. Masa kami sampai, sudah bertambah pula gerai yang dibuka, sampai ke belakang-belakang masih ada, dengan tambahan kerusi meja di bahagian belakang. Baguslah, lebih ramai peniaga, lebih banyak pilihan kita ada. 

Roti bakar telur goyang di atas, saya punya. Harga RM4.

Kuih cara crispy berlauk
Kuih cara crispy berlauk

Kami pula masa mula sampai, masuk ikut pintu belakang. Sebab parking penuh kat luar. Ini kedai baru di belakang. Jumpa kuih cara crispy ni, nampak menarik, terus beli. Satu set ada enam biji, harga RM5. Sedap! Pertama kali saya makan kuih cara crispy ini. Rasa macam makan Nyonya Pai Tee The Chicken Rice Shop pun ada. Sebab kombinasi banyak benda bila kita masukkan semangkuk kuih dalam mulut. Daging pun terasa, dengan cilinya, daun bawangnya. Kulitnya pula rangup. 

Nasi goreng sambal paru
Nasi goreng sambal paru

Ini, suami punya. Harga RM6. Seperti biasa, kami makan kongsi-kongsi la, supaya dapat merasa. Menahan diri selepas itu, untuk tambah beli lempeng dan goreng pisang. Aduh... bahaya, bahaya duduk situ lama-lama. Jom balik cepat.

Balik rumah, saya masuk dapur, masak ikan kerisi berlada.


Ini taktik masakan nak bagi Sulaiman suka makan ikan. Sebab dia suka ikan keli berlado, ikan kerisi pun saya masak berlada. Kalau tak, kena masak dia ayammmmmm je hari-hari, selain ikan keli. Alhamdulillah, boleh pun dia makan ikan kerisi ni. Dia cakap, sedap. Happy Mama. 😊

Sekian, harap segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

2 Comments

  1. perak antara negeri yang saya suka lawati terutama kawasan pedalaman .. roti bakar telur separuh masak memang terbaik..tambah pulak dengan kacang panggang dalam tin

    ReplyDelete
  2. Banyak gerai yang seronok boleh cuba macam-macam. Boleh datang lagi cuba yang lain pula.

    ReplyDelete