Thursday, December 11, 2025

Laksa johor dan kacang pool

 Assalamualaikum, semua...

Cerita saya dan suami bersarapan di Kluang Road Cafe, Seri Manjung, pada 3 Disember 2025 yang lepas. Kalau google cafe ini, akan keluar Permanently closed. Memang cafe ini sudah tutup di lokasi lama, dan berpindah ke sebelah Restoran Walid Ummi. Nak buat bayaran pun di Restoran Walid Ummi. Perusahaan keluarga, saya rasa. Lama sudah kami tak datang sini.

Kluang Road Cafe ini banyak menyajikan makanan dari Johor seperti lontong darat, nasi ambeng, mee bandung muor, kacang pool daging dan laksa johor. Juga banyak lagi menu lain seperti roti bakar, roti goyang Kluang Baru, mi kari, soto ayam dan lain-lain.

Bila suami saya tak kerja, memang biasanya saya tak IF. Lagi-lagi kalau ada urusan di luar. 

Laksa johor
Laksa johor

Kalau sarapan sini, mestilah pesan laksa johor. Terbaik, laksa johor dia. 👍😋

Gambar semasa menggaul laksa johor
Gambar semasa suami gaul laksa johor dia.

Seperti biasa, kami saling tukar hidangan, jadi boleh rasa sama-sama. 

Kacang pool Kluang Road Cafe, Seri Manjung
Saya pesan kacang pool

Ini lagi satu hidangan mesti cuba kalau datang makan sini. Tebal roti bakarnya. Memang kenyang, walaupun share makan dua orang. Alhamdulillah. Rejeki, sarapan sedap itu hari.

Kluang Road Cafe buka setiap Sabtu hingga Khamis, dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Cafe tutup setiap Jumaat.

Kome hari ni, sarapan apa?

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

13 comments:

  1. wah sampai perak dia bukak cawangan dia ye. Femes kat kluang. Oh laksa johor memang peberet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kat Kluang tu, Kluang Railway, kan. Eh, sorry.. termenyampuk, hihi.

      Delete
  2. Bangga kita orang Perak dgn orang Kelantan suka makanan orang Johor ni, hihi. Halus dan berseni dia hidangkan, macam betul² ada kat Johor bila tengok gambar.

    ReplyDelete
  3. Bila entah nak try kacang pool ni. Laksa Johor tu setiap tahun makan kat rumah sepupu suami waktu raya dia buat. Kat kedai memang takde jual kat Lipis ni.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah rasa kacang pool.
    Sini takde jual lak

    ReplyDelete
  5. Nampak pun sedap tu. Pekat betul kuah laksa tu.

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak2 laksa... laksa Johor adalah pilihan paling atas dalam list uncle.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    Bw.
    Allahumma solliala Sayyidina Muhammad

    ReplyDelete
  8. Laksa Johor salah satu makanan kegemaran LZ.. Mujur ada satu cafe kat Seremban ni ada jual laksa Johor sedap. Kacang pool LZ tak pernah rasa.. Pendek kata semua makanan nampak sedap..

    ReplyDelete
  9. sudah lama x makan laksa Johor. Laksanya spt spaghetti. Jika nak mkn kena masak sendiri la jawabnya.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya Laksa Johor. Lama tak makan. Macam nak kena cari esok ni😅Gebu gebas nampak roti kacang pool dia tu. Mula-mula ingat Kluang Road Cafe ni sama dengan Kluang Railway. Rupanya resto yang berbeza ye

    ReplyDelete