Assalamualaikum, semua...
Cerita saya dan suami bersarapan di Kluang Road Cafe, Seri Manjung, pada 3 Disember 2025 yang lepas. Kalau google cafe ini, akan keluar Permanently closed. Memang cafe ini sudah tutup di lokasi lama, dan berpindah ke sebelah Restoran Walid Ummi. Nak buat bayaran pun di Restoran Walid Ummi. Perusahaan keluarga, saya rasa. Lama sudah kami tak datang sini.
Kluang Road Cafe ini banyak menyajikan makanan dari Johor seperti lontong darat, nasi ambeng, mee bandung muor, kacang pool daging dan laksa johor. Juga banyak lagi menu lain seperti roti bakar, roti goyang Kluang Baru, mi kari, soto ayam dan lain-lain.
Bila suami saya tak kerja, memang biasanya saya tak IF. Lagi-lagi kalau ada urusan di luar.
![]() |
| Laksa johor |
Kalau sarapan sini, mestilah pesan laksa johor. Terbaik, laksa johor dia. 👍😋
![]() |
| Gambar semasa suami gaul laksa johor dia. |
Seperti biasa, kami saling tukar hidangan, jadi boleh rasa sama-sama.
![]() |
| Saya pesan kacang pool |
Ini lagi satu hidangan mesti cuba kalau datang makan sini. Tebal roti bakarnya. Memang kenyang, walaupun share makan dua orang. Alhamdulillah. Rejeki, sarapan sedap itu hari.
Kluang Road Cafe buka setiap Sabtu hingga Khamis, dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Cafe tutup setiap Jumaat.
Kome hari ni, sarapan apa?
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗




wah sampai perak dia bukak cawangan dia ye. Femes kat kluang. Oh laksa johor memang peberet
ReplyDeleteYg kat Kluang tu, Kluang Railway, kan. Eh, sorry.. termenyampuk, hihi.
DeleteHa ah, betul cakap SK. Nama je hampir sama tapi owner lain, kak Notie.
DeleteBangga kita orang Perak dgn orang Kelantan suka makanan orang Johor ni, hihi. Halus dan berseni dia hidangkan, macam betul² ada kat Johor bila tengok gambar.
ReplyDeleteSebab sedap, SK, itu yang suka. Betul, puas hati makan sini. Alhamdulillah.
DeleteBila entah nak try kacang pool ni. Laksa Johor tu setiap tahun makan kat rumah sepupu suami waktu raya dia buat. Kat kedai memang takde jual kat Lipis ni.
ReplyDeleteRajin sepupu suami Cie, setiap tahun buat laksa johor. 👍
DeleteTak pernah rasa kacang pool.
ReplyDeleteSini takde jual lak
Oh.. akak pun baru jumpa satu tempat ini je yang jual kacang pool, Cuya. Menu rare.
DeleteNampak pun sedap tu. Pekat betul kuah laksa tu.
ReplyDeleteMemang sedap, BK. 😋
DeleteDalam banyak2 laksa... laksa Johor adalah pilihan paling atas dalam list uncle.
ReplyDeleteWah... Nombor syatu gitew..
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteBw.
Allahumma solliala Sayyidina Muhammad
Waalaikumsalam warahmatullah.
DeleteAduh lama tak makan LJ 😋
ReplyDeleteSila², PH. 😊
DeleteLaksa Johor salah satu makanan kegemaran LZ.. Mujur ada satu cafe kat Seremban ni ada jual laksa Johor sedap. Kacang pool LZ tak pernah rasa.. Pendek kata semua makanan nampak sedap..
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat juga merasa laksa johor sedap ya, LZ.
Deletesudah lama x makan laksa Johor. Laksanya spt spaghetti. Jika nak mkn kena masak sendiri la jawabnya.
ReplyDeleteMemang spagetti, Abe Kie. Masak sendiri lagi puas hati, boleh makan berulang kali. 😋
DeleteSedapnya Laksa Johor. Lama tak makan. Macam nak kena cari esok ni😅Gebu gebas nampak roti kacang pool dia tu. Mula-mula ingat Kluang Road Cafe ni sama dengan Kluang Railway. Rupanya resto yang berbeza ye
ReplyDeleteHehe.. sila², KSarie.
DeleteYa, berbeza, orang keliru sebab nama hampir sama.
fav laksa johor
ReplyDeleteSedap, kan. 😋
Deletesedap nampak laksa johornya. Lama tak makan laksa johor
ReplyDeleteMemang sedap, Lydia. Alhamdulillah.
Deleteohh kluang road kafe ni memang glemer betul kan.
ReplyDeletesaya pernah sekali je makan laksa johor, tapi tak berapa berkenan sangat hehe
Ini restoran lain, Mazni. Nama je lebih kurang kafe yang popular tu.
DeleteHa.. ye, selera itu subjektif.
Banyak juga kacang panjang dalam laksa Johor.
ReplyDeleteSini tidak tahu mana ada ada jual laksa Johor.
Ha ah.Tapi dia memang letak secukupnya.
DeleteKena buat carian tu, NA. Mana tahu, boleh jumpa.
Sedap..SA suka...kacang pool tu SA akan pergi kat Kacang Pool Haji kat Johor kalau nak makan...makanan Johor satu je SA x pernah makan..Lontong kegemaran SK tu...SA x pandai makan lontong...apatah lagi lontong kering..
ReplyDeletePopular ya, kacang pool haji tu.
DeleteOh, ye ke.. saya lebih suka lontong kering dari lontong kuah lodeh tu.
Johor memang mewah dengan pelbagai jenis menu. Sedap-sedap semuanya. Saya suka otak-otak dan pepes. Bilalah nak rasa laksa Johor.... ahaks!
ReplyDeleteInsya-Allah, ada rezeki boleh rasa nanti, ye kak. Otak² saya biasa makan. Pepes saya tak pernah jumpa.
DeleteLaksa Johor nih saya belum ada rezeki nak coba kak. Tertarik sangat. Apalagi pakai mi spaghetti. Dan katanya makan dengan tangan kan? Memang hrs cari lah kalau ke Malaysia lagi. Kacang pol pun sama 😅. Masih penasaran
ReplyDeleteBetul, Fanny. Dimakan guna tangan. Nanti lain kali ke Malaysia, Fanny cuba ya. Sedap.
DeleteLaksa Johol berlemak, kacang pool pekat memang ngam!
ReplyDeleteBetul, dua² memang sedap la. Menu mesti cuba kalau datang ke Kluang Road Cafe ni.
Delete