Thursday, December 4, 2025

Melawan kemalasan

 Assalamualaikum, semua...

Cerita pada 20 November yang lepas.  Pagi, selepas Sulaiman ke sekolah, saya pergi berjalan di Padang Astaka, Sitiawan. Sudah jarang pergi jalan pagi. Mode malas ON. Lagi pun, banyak hari waktu pagi, hujan. Ye la tu, kan, kalau tak hujan pun, pergi ke jalan waktu pagi? Huu.. Pagi tu, kena seret kaki juga. Menyampah, tapi bila fikir makan banyak dan badan rasa macam berat, jalanlah juga slow-slow.

Rekod berjalan pagi menggunakan aplikasi Garmin Connect
Satu jam berjalan lenggang kangkung itik pulang petang

Pokok besar di tepi padang
Pokok besar di tepi padang seberang jalan

Cantik juga cuaca. Bila sudah habis jalan barulah rasa nasib baik aku keluar berjalan. Rasa happy sikit. Barulah ada semangat nak memasak.

Ikan keli berlada
Ikan keli berlado

Sulaiman punya lauk kegemaran. Rasa macam hari tu saya ada update blog, masak ikan keli berlada juga. Oh, itu kejadian pada awal bulan. Ini, akhir bulan November.

Sayur kacang buncis dan carrot pecah telur.
Sayur kacang buncis dan carrot pecah telur.

Alhamdulillah. 

Salah satu kaedah untuk melawan kemalasan bagi saya adalah paksa diri untuk mula. Korang pula camana? Semoga kita tetap bersemangat buat benda-benda bermanfaat dan siapkan kerja kita sehari-hari. 

Doa atasi rasa malas
Jumpa doa atasi rasa malas

Ok. Jumpa lagi. 💗

5 comments:

  1. Satu jam jalan lenggang kangkung okay lah tu bakar kalori dari tak ada lansung kan.
    Pokok besar macam tu selalu ingat Ladang UPM berbukit tu dan Taman Tasik Taiping.
    Memang kena paksa jugak melawan kemalasan tu. Kalau tidak, tak jadi.

    ReplyDelete
  2. Pokok besar tu cantik dijaga dan tak ditebang. Ikan keli yumm terliur tengok.

    Lawan malas, hhmmm........ Terkadang memang malas.

    ReplyDelete
  3. Linda pun dah lama tak berjalan ni..hujan je petang..nak buat dalam rumah pun malas...emmm...

    ReplyDelete
  4. Sama la..paksa diri je skrg ni..kalau ikutkan malas semua benda x jadi kan...

    ReplyDelete
  5. Cantik rupa kanopi pokok besar tu.
    Tahniah dah berjaya melawan rasa dan dapat pulak buat hampir 5km 👏🏽

    Saya pun dah lama tak morning walk sebab hujan berpanjangan. Ni baru dua hari melawan malas, mula morning walk. Motivasi saya? Bila tengok angka di penimbang makin naik tak mau turun 🙃

    ReplyDelete