Monday, March 30, 2026

Jogging Selasa dan sarapan apa

 Tanggal 24 Mac 2026, bersamaan 4 Syawal 1447H.

Suami masih cuti, jadi kami pergi jalan pagi di Esplanade Lumut. Sudah lama sangat kami tak berjalan pagi di sini. Selalu pergi padang Sitiawan saja. Atas padang, lebih soft landing dan lembut untuk lutut kami yang sudah tua ini. Tapi sekali-sekala tukar angin, tengok laut, okay juga.

Comot corak kucing ni. Hidungnya hitam. 😁

Si Comot tu cakap, "Sibuk je tau, ambil gambar orang. Orang nak rileks pun tak senang."

Ramai juga orang beriadah di Esplanade ini. Tak padan dengan hari raya. Mungkin orang lain juga macam kami. Apa-apa hal, kita bakar kalori dulu, supaya hati senang untuk makan rendang dan lemang lagi. 🙈

Oyen nak tumpang manja

Kami jalan dari hujung Esplanade Wing sampai la depan Hotel Orient Star, dan lepas situ, boleh nampak ada je orang pergi kerja melalui jalan masuk ke navy base. Cuma trafik tidak sesak seperti hari biasa. 

Parking nak ke Pangkor juga penuh. Ramai orang mengambil kesempatan bercuti di musim perayaan ini.

View menghala balik semula ke tempat mula jalan

Bahang pagi sudah mula terasa. Dekat Lumut, sudah lama tak hujan. Hari tu pun masa mula sampai dari beraya di PJ, kering-kontang semua pokok-pokok di rumah. Kegersangan tanah dalam pasu.

Selfie berdua mengadap vitamin pagi

Alhamdulillah. Dapat berjalan pagi selama 1 jam 20 minit, dengan jarak 5.46 kilometer. Lepas berjalan tu, kami pergi di tempat alat-alat riadah yang disediakan. Baru siap tempatnya. Cuba guna kemudahan yang ada. Lenguh juga naik basikal yang kena ayun tangan tu, yang macam mesin elliptical tu, lebih kurang.

Balik rumah, makan nasi lemak telur rebus separuh. 😋

Ilham datang tanpa mengira masa. Kadang waktu siram pokok. Kadang waktu kita memerhatikan kekurangan yang ada. Saya dapati bila musim perayaan, tak ramai yang niaga nasi lemak. Padahal bila masuk syawal, ramai orang nak sarapan nasi lemak. Sebab takkan nak sarapan juadah raya. 

Tahun 2027, jika panjang umur, giliran suami bekerja pula. Jadi, kami akan beraya di rumah Perak. Saya rancang, nak niaga nasi lemak la. Tak perlu lama, 4-5 hari niaga, sudah cukup. Hehe.. mesti laku. Sebab masa awal raya, orang masih ramai di kampung. Bila beli nasi lemak, mesti tapau untuk anak beranak, menantu cucu di rumah. Hasil pemerhatian saya la. 

Tengoklah camana tahun depan. Idea sudah ada. Cuma saya tak pernah buat nasi lemak daun pisang. Jual nasi lemak yang sudah siap dibungkus senang. Orang sekarang nak cepat. Grab and pay, tak mahu tunggu lama-lama, kan. 

Saya tulis di sini. Sebenarnya ini bukan pertama kali saya terfikir macam ni. Setiap kali beraya sini la, saya perhati benda yang sama. Orang bandar banyak kampung orang tuanya di sini. Sebab kalau biasa, tak ramai pun orang pergi McD, Subway tu. Bila musim perayaan je saya dapati ada orang. 

Sebab pilihan tak ada. Kecuali mamak, pagi-pagi. Selain mamak, fastfood sajalah. Orang jual nasi lemak pun tak banyak. Yang biasa niaga nasi lemak akan cuti beraya. 

Orait. Saya tulis idea niaga di sini. Selain jual nasi lemak, kalau rajin, boleh letak sekali biskut chocolate chips ala famous amos tu sekali. Okay tak? 😁

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗 Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak. Esok keputusan SPM keluar. Sulaiman tengah bertapa dalam bilik. Keluar bilik bila nak makan je. Anak bertuah.

1 comment:

  1. best luang masa spend time beriadah ngan suami..suami SA? xdenya la dia nak pi jogging ke Brisk Walk ke...

    ReplyDelete