14 Ramadan 1447 H.
Mood update blog kembali ke lautan dalam. Semalam satu hari saya tak update blog. Saya ambil masa untuk rehat. Nanti saya balas komen dan singgah blog kawan-kawan, ya. Apakah solusi bila tengah tiada mood untuk buat apa-apa? Kena paksa diri, kan. Kita buat je. Tak pun, tidur. 😊
![]() |
| Roti john crispy, RM12 |
Petang semalam beli di gerai burger depan kawasan perumahan saya. Hari biasa, dia punya burger ayam crispy biasa dan sos korea memang best seller. Bulan puasa, dia tambah menu roti john pelbagai jenis. Pandai anak muda sekarang niaga. Boleh order di whatsapp dulu, dah siap, boleh pergi ambil.
![]() |
| Maggi goreng Ibumie |
Sulaiman bosan makan nasi agaknya. Dia masak sendiri maggi goreng di atas. Pukul 7 malam dia masuk dapur.
![]() |
| Salad telur rebus dan ayam |
Tinggal baki tiga ketul ayam goreng berlengas dalam peti ais. Saya masukkan dalam salad. Hidangan berbuka saya. Alhamdulillah.
Semalam angin kuat, sampai tingkap di ruang tamu boleh terbuka sendiri. Gerhana bulan, ada kawan-kawan dapat tengok gerhana bulan semalam? Sebab cuaca tak mengizinkan, saya pun tak ke masjid. Saya penakut sikit bawa kereta malam-malam kalau hujan dan angin kuat.
Hafizan share video, tapi sana hujan lagi lebat, sampai angin buat tingkap terbuka.
Bilik dia di PUO Ipoh, ada tingkap tak ada selak, bangunan lama.
Ok, sambung gambar makanan berbuka semula.
![]() |
| Samosa |
Beli samosa frozen di kedai Eco Sitiawan. Ada satu saja cawangan kedai Eco yang ada jual makanan frozen. Ada 4 biji samosa dalam satu paket. Ok, rasanya. Boleh la, kalau malas pi bazar ramadan beli kuih.
![]() |
| Karipap |
Karipap frozen kedai Eco. Rupa cantik. Tapi kurang sedap. Kena bawa keluar inti karipap baru boleh makan. Lain kali kalau beli kuih frozen kedai Eco, beli samosa saja, karipap tak payah beli.
Suami pergi Gurun, Kedah, dia ada majlis berbuka di ofis cawangan utara. Amirul keluar jumpa kawan-kawan sekolah lepas maghrib. Sulaiman pun keluar juga, lepak mamak. Itu yang makan ringkas saja. Tak masak nasi. Sudah tak ada selera makan. Lebih nak makan benda yang teringin dan ringkas.
Selamat, ye korang. Jaga diri. Selamat bekerja. Semoga anda semua sihat-sihat selalu dan bersemangat, jaga solat, jaga puasa, kuatkan diri dan usaha dekat pada Allah.
Jumpa lagi. 💗





InsyaAllah..aamin²..
ReplyDeleteJauh incikSuami berbuka puasa
Frozen ni kadang kena ada stok. Senang bila takde makanan siap masak. Tapi tu lah kadang tenguk inti juga. Pagi tadi tak nampak bulan padahal dah nak 15hb dah kita puasa.Bulan mesti dah besar tu.
ReplyDeleteEco kat sini xde jual frozen food... selalunya frozen food yg homemade confirm sedap
ReplyDeletesuka maggi goreng ibumie perisa asli
ReplyDeleteUish dia buka ibumie pula....... :)
ReplyDeleteNak layan maggi kari pun belum tertunai hajat lagi ni. hehehehe Tenguk ibumieee aduhaiiii sulaiman. Buat achik tergoda tengguk ibumieee
ReplyDeleteWah, seram betul mbak hujan dan angin itu. Sampai tirai tersingkap kerana terlalu kencang. Semoga sekeluarga aman-aman saja.
ReplyDeleteKalau sedang pening, penat, rehatlah dulu mbak. Saya pun sama, kalau banyak fikiran, saya tinggalkan dulu blog. Sambung lain kali bila fikiran sudah lebih baik, hehehe.
Trliur tgk salad tu =)
ReplyDelete