Tanggal 21 Mac 2026, umat Islam seluruh Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Syukur Alhamdulillah, dapat jumpa keluarga yang selama ini jauh.
Pagi raya itu, kami berjalan beramai-ramai satu keluarga, dari homestay ke masjid.
 |
| Dalam pukul 7.15 pagi kami keluar. |
Awal, sebab kakak sulung yang pernah beraya di kawasan ini, cakap, nanti nak kena berebut tempat dengan pekerja asing yang tidak pulang beraya.
 |
| Jalan kaki lebih senang, tak perlu risau parking. |
Lagi satu keluar awal, sebab kami jalan santai-santai saja. Ambil masa lah nak sampai, walaupun masjid tak berapa jauh pun dari lokasi homestay.
 |
| Sudah sampai. |
Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama. Solat tahiyatul masjid, solat dhuha, dan takbir raya sebelum solat hari raya Aidilfitri. Penuh masjid. Sampai ke luar, jemaah. Kena bentang tikar banyak saf. Ada penduduk tempatan, tapi warga luar seperti dari Indonesia dan Bangladesh dan negara lain juga ramai. Nasib baik kami sampai awal. Ruang solat wanita di tingkat atas. Bila habis solat, sesak bahagian tangga.
 |
| Lebih kurang setengah kilometer jarak dari homestay ke masjid. |
Pergi, ikut jalan lain. Balik, ikut jalan lain. Alhamdulillah, pagi raya itu, cuaca tidak panas sangat.
Lepas solat, kami singgah sarapan dulu di cafe hotel yang letaknya dalam mall. Sudah termasuk dalam penginapan, haruslah sarapan. Sempat minum kopi dan sarapan ala western saya di hari pertama.
Selepas bersarapan, kami naik atas, yang perempuan salin pakaian raya, yang lelaki baru nak pakai sampin dan sebagainya, dan berayalah kami, bermaaf-maafan sesama kita.
Ada banyak gambar raya ni. Saya letak sebahagian sajalah.
 |
| Anak kedua, Hafizan, sedang beraya dengan bapaknya. |
 |
| Giliran anak bongsu, Sulaiman pula. |
 |
| Anak sulung, Amirul, dengan saya. |
 |
| Hafizan ni masa minta maaf, ayat digunakan Bahasa Malaysia lengkap, macam skrip drama pun ada. |
 |
| Anak mama paling bongsu.. |
 |
| Jom ambil gambar kenangan semua orang, gaya sopan. |
 |
| Free style satu. |
 |
| Kami tiga beradik, dari kiri Atam, Kok dan saya. |
Sudah bergambar dalam rumah, kita pergi outdoor pula. Haruslah gunakan lokasi yang ada. Hehe...
 |
| Ini dalam residents Lounge. |
Besar lounge ini. Ada tempat boleh buat kerja, macam pejabat. Boleh buat meeting, sebab meja besar. Kalau budak sekolah nak study sebab ada keluarga bising macam kami, boleh turun bawah, study sini.
 |
| Tepi swimming pool. |
Cuaca mulai terik. Nak buka mata pun payah. Tapi demi gambar raya, kita gagahi jua...
 |
| Gambar kami lima beranak. |
Cantik lokasi luar yang di tingkat tiga Somerset ini. Ada kolam renang, taman dan pokok-pokok besar di luar. Kemudahan gym pun ada.
 |
| Ya Allah, budak-budak ni kan... |
Walaupun atas bangunan, elok taman dan landskap yang ada. Ada sudut taman herba macam pokok kari, pokok kunyit, pandan, dan banyak lagi, tapi lupa pula nak ambil gambar.
 |
| Samalah, mak bapak pun kepala ting tong juga. |
 |
| Pose romantik dilupa jangan. |
Langit cantik, sedikit berawan. Alhamdulillah, syukur.
Dalam pukul 11 pagi, kami ke Rawang, pergi beraya rumah bapa kami.
 |
| Sori, terpaksa tutup gambar makcik, sebab aurat. |
Makcik pun tak berapa sihat tapi hari raya dan anak-anaknya ada, nampak dia gagahi juga, pakaian raya pun tak disarung. Tapi tak penting pun, asal dapat jumpa dan sembang, dan beraya sesama kita. Menu rumah papa adalah laksa johor, nasi himpit dan kuah kacang. Syukur Alhamdulillah, dapat jumpa orang tua. Lama juga lepak rumah papa.
Sekian cerita aktiviti kami pada pagi hingga tengahari raya pertama. Nanti sambung lain entri pula.
Jumpa lagi, ye. 💗
banyak lokasi boleh ootd tu. menarik juga stay kat situ.
ReplyDeleteCantik theme warna Nur satu family...mulanya SA nak pilih theme red chilli tapi dapat tentangan Dania..bila Dania x setuju...uncle pun x setuju...ada je dua org tu...geram SA...
ReplyDeleteBuat kenangan. Banyak gambar cantik-cantik.
ReplyDeleteNur jarang jumpa papa memang kena guna masa sebaik-baiknya.
org dah berusia ni jarang nak berbaju raya dah...makcik2 ammi smua pun dia sarung je jubah lama..."sejuk sikit pakai baju lama" katanya
ReplyDeletegambar outdoor mmg cun sbb lg cuaca panas terik lg cun gmbr ...nk plak ada view pool tu
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteWah! Ada kelainan tu bila beraya di hotel. nak gak sy cuba mcm ni. Selamat hari raya aidil fitri..
ReplyDelete