Monday, March 30, 2026

Sarapan Mamak dan masak apa

Cerita pada 5 Syawal 1447H, bersamaan 25 Mac 2026 yang lepas.

Sudah dua pagi berturut-turut, saya dan suami keluar jogging. Hari itu, kami keluar sarapan bersama, satu keluarga. Itupun, anak kedua, Hafizan tak ikut. Dia tak mandi satu hari, hari sebelumnya, bertapa dalam bilik, siapkan kerja. Ish ish ish...

Saya cakap gosok gigi sudahlah. Tapi dia kata, rasa dia kotor, jadi suruh kami tapau makanan saja. Baiklah.

Kami pergi restoran mamak di Kg Acheh, dekat pelabuhan Lumut. Luas kedainya. Walaupun ramai orang, tapi ada banyak tempat kosong.

Anak bongsu, Sulaiman, pesan nasi goreng ayam

Selalu atas meja depan restoran mamak itu, ada tersedia makanan siap dimasak ala bufet style, seperti bihun, mee, kuetiau, nasi goreng, putu mayam dan sebagainya. Tapi masa suami saya pergi tengok di meja, semua licin, you..... laris jualan kedai mamak lepas raya.

Anak sulung, Amirul pesan roti kahwin.

Roti kahwin kedai mamak, bermaksud roti telur yang disatukan dengan roti kosong. Dapat kuah dhal. Tapi Amirul minta kuah kari ikan juga.

Ambil ayam goreng seketul.

Kasi potong dan kongsi makan ramai-ramai.

Mama makan tosei garing.

Bapa budak makan roti sardin. Tak ambil gambar sebab tangan sudah pegang makanan, malas nak ambil phone. Lamanya tak makan tosei. Cicah chutney kelapa.

Balik dari mamak, kami pergi pick-up kopi di Zus Manjung Point. Amirul nak order buttercreme series, tapi sold out di Zus cawangan Lumut. Jadi, kami order dari cawangan Manjung Point. Lagi bagus, sebab sekali jalan je, dari kedai mamak.

Lepas ambil kopi, kami singgah PCK Fresh Mart, saya beli udang 10 ekor. Boleh tahan besar juga udangnya.

Balik rumah, suami ambil mesin rumput, potong rumput. Saya pun join sekali, menebas di bahagian tepi rumah. Sampai pukul 10 pagi, barulah kami masuk rumah. 

Saya memang dah rancang dari awal, nak masak bihun goreng.

Siap! 

Goreng sebungkus je bihun. Nanti nak hidang, tabur daun bawang. Alhamdulillah. Kalau orang datang beraya, jamu bihun goreng. Tak ada orang datang beraya, kita makan sendiri sampai ke malam. Hehe... 

Hari ni kome makan apa? Selamat bekerja ya, pada semua yang sudah kembali bertugas.

Jumpa lagi. 💗

4 comments:

  1. ayam goreng mamak tu SA suka..suka amik drumstick atau whole leg..juicy...

    ReplyDelete
  2. Saya kalau order roti canai biasanya mesti nak 1 telur, 1 kosong. Senang kalau ada jual roti kahwin, taklah saya rasa segan nak order dua keping makan sorang 😄

    ReplyDelete
  3. Hari Jumaat Linda sekeluarga ke Manjung, lupa nak roger akak..kot la boleh beraya.. hihi..

    Ingatkan anak² Linda yang kecik² je susah nk suruh mandi..rupanya abang Hafizan pun sama.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Musim raya ni kedai banyak tutup. Kedai mana yang buka tu full house la.

    ReplyDelete