Cerita anak dan aktiviti berkebun Jumaat
Semalam, bapa budak bawa balik ayam Uncle Jack. Dia beli set pula, termasuk air berkarbonat. Alaa... tu la, biasanya bini yang beli. Kalau saya bungkuskan, biasa beli yang ala carte saja. Kita pula jenis tak suka membazir. Lepas minum segelas air coke, sakit kepala terus saya. Macam ni la, bila benda tak elok masuk dalam badan, terus rasa lain macam.
Urusan budak Sulaiman
Hari ni juga bapa budak bawa Sulaiman pergi bank, nak ambil nombor akaun yang pihak politeknik tolong bukakan. Bila pergi pagi, tak dak karan! Bank tak dak elektrik, wei... Orang bank cakap TNB tengah ada dekat bank CIMB. Lepas settle sana baru TNB mai baiki yang Bank Islam pula. Eh, biasa kan, bank mana boleh tak ada elektrik lama-lama, kan. Dia mesti ada back-up power. Suami kata, mungkin dia nak suruh orang ramai balik, sebab penuh sangat bank pagi tadi. 🙈
Lepas Zuhur, pergi Bank Islam semula. Alhamdulillah, sudah ada bekalan elektrik. Sulaiman kata, penuh kawan-kawan dia saja dalam bank tadi. Semua nak pick-up kad bank. Ye la, hujung minggu ni, nak daftar. Bukan PUO saja, ada kawan Sulaiman dapat politeknik Kedah pun ada juga, daftar sama hujung minggu ni. Bagus juga sebab pihak politeknik sudah tolong bukakan bank akaun pelajar secara berjemaah. Sebab kalau pergi sendiri, Sulaiman belum cukup umur, belum 18. Bila pihak politeknik yang bukakan, lega sikit. Selesai satu masalah.
Bila sudah ada akaun bank sendiri, barulah boleh apply bantuan one-off seperti yayasan perak dan Majlis Agama Islam Perak (MAIP). Yayasan Perak cakap, pemohon kena 18 tahun ke atas, jadi kena tunggu lagi 2 bulan untuk birthday Sulaiman. Tengok website MAIP, untuk permohonan bantuan tergendala sebentar. Hahaha.. baiklah, tengok lain hari.
Hafizan tak dapat asrama?
Tapi ada satu berita dukacita, permohonan asrama Hafizan ditolak untuk semester 5. Dia cuba buat rayuan. Kalau tak lulus, nampak gaya kena sewa rumah untuk Hafizan. Itu la, banyak betul intake PUO kali ini. Kawan-kawan Sulaiman yang satu sekolah pun ada ramai dapat PUO juga. Kenapalah dia terima pelajar ramai-ramai. Lepas tu, bapa budak dapat SMS suruh check status pendaftaran pelajar baru. Bila saya check, pelajar baru diberi pilihan untuk terima atau tolak untuk duduk kamsis dalam. Lagi satu, pelajar boleh bawa kenderaan sendiri. Wah... habislah sesak nanti. Budak semester 1 sudah dibenarkan bawa kenderaan sendiri. Sebelum ini, pelajar yang dapat penempatan di dalam atau asrama luar, tidak dibenarkan bawa kenderaan. Ini mesti kes tak cukup bilik. Haiya... saya pun tak tahulah. Kenapa ambil pelajar ramai, sampaikan tak cukup asrama? Ish.. hairan lah.
Aktiviti berkebun saya
Terus saya update blog pukul 4 petang. Marilah kita redakan ketegangan kepala ini dengan tengok kehijauan pokok. Aktiviti berkebun saya pada 12 Jun yang lepas.
![]() |
| Eh, bunga apa ni? |
Ada pokok liar tumbuh di pokok buluh dekat pagar rumah. Mengikut Google Lens, ini adalah pokok mempelas. Nama saintifik Tetracera indica.
Daunnya dikenali kerana teksturnya yang sangat kasar, menyerupai kertas pasir. Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan memanjat berkayu yang sering dijumpai di kawasan belukar atau pinggir hutan di Asia Tenggara.
Saya baca, ada banyak kegunaan pokok ini. Daun pokok mempelas ini, orang dulu-dulu suka ambil untuk menyental belakang periuk yang hitam. Wah... nanti saya nak cuba test tengok sental kuali legend kat rumah ni.
![]() |
| Gambar close-up bunga pokok mempelas |
Dalam perubatan tradisional, bahagian pokok ini kadangkala digunakan dalam penyediaan herba, contohnya air rebusan daun matang untuk darah tinggi atau rebusan batang untuk demam.
Kadang tu, saya terfikir tumbuhan yang tumbuh liar ini, Allah jadikan banyak kegunaan. Cuma kita saja yang tak tahu. Saya biar saja pokok ini tumbuh di celah-celah pokok buluh. Sebab bunganya saya tengok, cantik.
Pada hari itu, saya bersihkan kawasan di bawah pokok limau kasturi. Sudah semak sangat dengan daun-daun kering dan anak-anak pokok limau. Teringat arwah mama saya pesan, bawah pokok kena bersih, contohnya bawah pokok pandan. Takut ada ular duduk bawah. Jadi, saya pun potong batang pokok limau kasturi yang bahagian bawah. Biar pokok ini meninggi.
Dapat kutip buah limau kasturi yang banyak.
![]() |
| Hasil kutipan dari batang bahagian bawah. |
Suami saya sudah bawa semua buah limau di atas ke pejabatnya. Bolehlah ambil, siapa yang nak. Buat air limau ke, dekat ofis. Apa-apa benda pun kalau bawa ke ofis suami, memang semua cepat habis. 😁
Tengah-tengah duduk clear-kan kawasan sekitar pokok limau kasturi, saya perasan di celah-celah batang pokok lengkuas, ternampak benda warna terang.
![]() |
| Apakah itu? |
Huh! Bahan bukti! Buah naga yang hilang hari tu, dikerjakan oleh beruk, saya sudah jumpa kulit buahnya. Hahaha... lepas makan, campak merata-rata.
![]() |
| Tinggal kulit |
Cantik kejadian buah. Walaupun kulit luar masih hijau, bahagian dalam buah sudah warna ungu terang. Sedap ye, beruk itu makan.
Selain itu, aktiviti berkebun diteruskan dengan mencucuk gajet berkebun baru sampai, beli dari shopee. Hehehe...
![]() |
| Beli batang bersabut untuk pokok money plant. |
Pokok money plant ini, dia punya batang ada cangkuk. Kalau kita biarkan, ia akan berjuntai ke bawah atau kalau melintang, ia akan kacau pasu sebelah. Saya jumpa orang jual batang bersabut ini. Terus beli. Jadi, batang pokok money plant akan menjalar menegak bila dia attach pada batang bersabut ini. Sebab ia bersabut, jadi bila kita siram pokok, bahagian sabut itu kekal lembab lebih lama. Jadi, pokok kita segarlah. Ye ke? Harap-harap begitulah.
Lagi satu, kita boleh sambung-sambung batang ini, mengikut pokok kita. Makin pokok meninggi, boleh attach batang baru, sebab tengah-tengah dia ada lubang. Memang boleh sambung-menyambung. Hehe.. selain untuk pokok money plant, saya tengok seller punya video, sesuai untuk pokok monstera juga.
Geleng kepala suami saya tengok. Kegilaan bila ada shopee di handphone. Kalau tak beli tudung, beli bahan berkebun. Tapi saya sudah uninstall. Bahaya, bahaya. Eh, tapi ada satu lagi benda saya beli di shopee, lain entri saya share, ya. 🤭
Baiklah. Jumpa lagi. 💗






Betul tu kalau bawak opis gerenti habis. Kureng asam cik nyet dah makan tak reti buang kat tong sampah.
BalasPadamKann... cepat je orang ofis ambik. Baguslah, sebab saya pun tak habis nak guna semua. Hehe.. itulah pasal.
PadamCantik pokok bunga mempelas. Banyak tahu jenis2 pokok dari blog Nur.. Btw, rezeki beruk tu dapat makan buah naga.
BalasPadamTerima kasih, Faa. Saya pun baru tahu, itu yang berkongsi ilmu untuk pengetahuan semua. 😊 Ya, Faa, rezeki beruk.
PadamPokok memepelas ni kami guna untuk melicinkan kayu. Zaman buadak-budak dulu, kami akan buat lastik guna ranting kayu ( ranting pokok langsat atau rambai). kami akan cari ranying yang berbentuk 'Y'. setelah dipotong dan dibuang kulit dan dibentuk, kami akan licinkan batang lastik tu guna daun mempelas.
BalasPadamOh gitu, macam kertas pasir la kan, kegunaannya. Memori zaman budak-budak ya, Encik.
PadamFirst time dengar pokok mempelas.. nmpk cantik pulak bunga dia
BalasPadamSama kita. Itu la, comel je bunganya.
Padamdkt ofis sy byk pokok money plant ni. =)
BalasPadamWah... mesti cantik.
Padambila dh senior tk dpt la asrama..payah juga nk kena cr umah sewa....biasa semester 1 kena dok asrama tkleh bw kenderaan..PU antara poli yg femes mmg ramai kemasukkan tu...cantik bunga pokok mempelas..1st time tgk
BalasPadamYe, Mama Tisya. Saya pun baru pertama kali tengok ni, bunga pokok mempelas.
Padamada tempat pelajar boleh bawa kenderaan tapi kena park diluar. tak boleh bawa masuk ke dalam. kalau di UiTM dulu boleh bawa tapi parking nunnnnnn jauh tak boleh suka2 hati.
BalasPadamOh, giteww....
PadamIntake banyak sangat, lebih kapasiti asrama pulak. Mudah-mudahan ada rezeki Hafizan dapat asrama.
BalasPadamPokok tu kami panggil sepelas. Memang fungsi mcm kertas pasir. Sy pernah tengok arwsh Mak dan makcik² di kampung guna daun tu utk cuci periuk. Calot sikit pasir sungai dan gosok pada periuk. Memang berkilat hasilnya. Satu lagi gunanya utk licinkan permukaan kayu. Gosok pada lastik, ukiran kayu, rehal kayu ke gitu la
#arwah
Padam#calit
Maaf Nur, typo 🙏🏻
Amin, YRA. Terima kasih, PH.
PadamMekasih atas info tu, PH. Menarik untuk dicuba, ni. Mana tahu, boleh hilang hitam belakang periuk kat rumah. 😁 Takpe, biasalah typo tu.
teruk la poli ni ambik pelajar ramai2 sampai x cukup hostel. Sem 1 pun kena duduk luar. Adoiii! X ada belas kasihan ke kpd pelajar2 yg dtg dari jauh?
BalasPadamPihak Poli beri semua pelajar semester 1 asrama, Abe Kie, hari tu masa daftar anak, mereka cakap. Cuma ada pelajar memilih untuk menolak asrama, kerana mungkin ada sedara atau rumah keluarga dekat.
PadamTakpelah... boleh belajar duduk bujang... kadang2 budak2 lelaki ni lagi suka duduk luar
BalasPadamBetul, uncle. Cuma berpeluh ler, kena menapak, sebab tak ada transport nak ke kelas. Hehe..
PadamCantiknya bunga pokok mempelas. Yang macam buah tu, putik bunganya ya?
BalasPadamMoney plant saya pulak, dibiar berjuntaian. Tanam dalam pasu gantung. Senang jaga pokok ni sebab tak payah siram hari-hari 😄
Ya, Ujie, putik bunga belum kembang.
PadamIdea bernas juga tu, guna pasu gantung. Mekasih, Ujie.
hafizan dah sem hujung2 ke? biasanya pelajar senior ni memang selalu sangat tak dapat asrama. semoga rayuan mereka diterima lah
BalasPadamHafizan nak masuk semester 5, Mazni. Ha ah, sem 6 dah praktikal. Amin, YRA... terima kasih, Mazni.
PadamAmboi Cik Nyet, pandai betul dia pilih buah naga yang dah masak ye Nur! Siap tinggal bahan bukti kulit kat celah pokok lengkuas lagi, sabar je lah 😂 Geram pulak tengok buah limau kasturi tu, kalau buat air limau ais waktu cuaca panas macam ni memang syok betul..kalau dekat dah lama tadah plastik kat rumah Nur, SA suka limau kasturi tu perah kat sambal belacan...sodap...
BalasPadamHehe.. boleh je. Kot la SA tersampai Manjung, datanglah rumah. Banyak buah kat pokok ni ha. Betul, buat sambal belacan, haruslah perah limau kasturi, kan.
PadamRamai ya ambilan poli kali ini.
BalasPadamCantik putik pokok mempelas berbelang warna.
Ramai, NA, lebih 2 ribu, intake baru.
PadamItulah, cute jer rupa putik bunga tu.
Cantiknya bunga pokok mempelas tu. Geram tengok. Alhamdulillah rezeki Tot berkongsi buah limau purut dengan rakan sepejabat suami. Setakat ni hanya money plant aje la yang hidup di tangan KSarie. Yang lain sakan meninggal bersungguh-sungguh. Politeknik ini antara institut pengajian tinggi awam yang melahirkan graduan yang hands on. Sepanjang 25 bekerja ini, KSarie boleh katakan kebanyakan kakitangan lulusan politeknik mantap membuat kerja
BalasPadamLimau kasturi, KSarie. Pokok limau purut di rumah saya ni, daun jer berlambak, buah belum muncul. Huhu...
PadamPokok money plant tu, senang hidup, kan.
Seronok saya mendengarnya. Mudah-mudahan anak-anak lulusan politeknik ini berjaya grad dengan jayanya. 🤲
Cantiknya bunga pokok mempelas tu. Moga dipermudah kan semua urusan anak2 Nur
BalasPadamKann...
PadamAmin, YRA.. 🤲 terima kasih, Mulan.
bisa pula bank tak ada elektrik backup yaaa... krn dulu saat kerja di bank, stiap ada gangguan elektrik, bank tempat saya pasti ada auto backup... jadi tak mungkin mati sistemnya..
BalasPadambaguuus tuh , kalau pihak kampus yg buatkan rekening.. dulu saya buat sendiri saat kuliah di penang :D .
cantiiiik bunga tuh kak.. saat belum mekar pun unik bentuk dia, oval begitu
Iyalah, akak pun musykil juga. Seharusnya begitu, kan. Electricity masih ada, cuma sistemnya mungkin down.
PadamBegitu... iyalah, zaman kita dulu memang harus buka akaun bank sendiri, kan. Tapi IPT sekarang sudah ambil inisiatif, memudahkan urusan pelajar. Alhamdulillah.
Itulah pasal. Memang unik rupa bunga pokok mempelas itu.