Sudah jadi entri mingguan pula ni, cerita bab makan saja. Orang lain mungkin tunjuk rangkuman menu dimasak di rumah untuk seminggu. Tapi saya, tunjuk menu makan di luar. Huhu... minggu ini saya sibuk sikit, kome. Banyak urusan kena selesaikan. Ater, jomlah kita tengok...
![]() |
| 9 Jun 2026. |
Nasi putih berlaukkan ayam kung pao ini, saya makan di medan selera di Mydin Mall Meru Raya. Antara hari paling sibuk minggu ini. Saya sampai IF 20 jam. Bila ada urusan ke sana ke sini, adalah masa tepat bagi saya untuk IF lama sikit. Sebab tak rasa lapar kerana utamakan urusan belum selesai. Saya buat OMAD (One Meal A Day).
Ayam kung pao adalah hidangan cina klasik yang berasal dari wilayah Sichuan. Ia merupakan sajian potongan isi ayam yang dimasak bersama sos seimbang (kombinasi rasa pedas, manis dan masin), serta dicampur dengan kacang, cili kering, dan sayuran seperti bawang atau lada benggala.
Sedap, bagi saya. Ye la, tak makan satu hari, memanglah sedap. 😁😋
![]() |
| 10 Jun 2026. |
Nasi ayam hainan, bungkus bawa balik rumah. Pada hari itu, tak habis lagi urusan di luar. Bila selesai urusan, sudah lewat pula nak masak di rumah. Itu yang bungkus saja nasi ayam. Saya suka nasi ayam. Tak kisahlah ayamnya jenis roasted ke, hainan ke (ayam direbus atau dikukus). Beli di taman perumahan saya saja, kedai tepi jalan. Ingat nak beli nasi itik, tapi habis. Tinggal nasi ayam hainan je, boleh lah.
![]() |
| 10 Jun 2026 |
Memang tak masak lah pada hari tersebut. Untuk makan malam pula, saya dan suami ke Restoran Dunia Sup Kambing. Sebenarnya, suami pergi hantar kereta untuk dicuci di kedai sebelah restoran ini. Sambil tunggu kereta dibasuh, kami makan malam lah terus, sambil bungkus makanan untuk Sulaiman di rumah. Walaupun kedai ini specialty dia sup kambing, tapi kami tak pesan sup kambing. Pesan makanan ala Thai. Nasi putih dengan lauk telur dadar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan daging masak merah. Tertinggal satu lauk, lambat sikit sampai.
![]() |
| Tomyam campur. |
Sedap belaka, lauk-pauk. Tomyam pun cukup rasa. 😋
![]() |
| 12 Jun 2026. Pinggan suami. |
Ada hari memang tak rasa langsung nak IF. Sudah lama tak makan sarapan. Jadi, pada hari itu, ajak suami ke Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai. Suami makan nasi dagang, seperti gambar di atas.
![]() |
| Pinggan saya, nasi berlauk. |
Saya pula makan nasi berlauk ayam bakar, dengan sayur acar dan sambal belacan. Alhamdulillah, sedap.
![]() |
| 12 Jun 2026. |
Kempunan tak dapat merasa buah naga tanam sendiri, masa jalan-jalan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung, jumpa kedai buah jual buah dipotong. Saya belilah sebungkus buah naga, harga RM5, seperti di atas. Hehe...
Hari ini hari Sabtu, anak-anak ajak tengok wayang pula. Alahai... bila entah nak duduk rumah, blogwalking ke blog kawan-kawan ni. Nanti ya, Insya-Allah.
Selamat hujung minggu, kawan-kawan.
Jumpa lagi, ya. 💗







Alhamdulillah penuh aktiviti JJCM.
ReplyDeleteCari barang Sulaiman, NA, itu yang alang-alang, JJCM sekali. Alhamdulillah.
DeleteTak mengapa tot, kita suka tengok makanan. Walau orang punya, rasa happy je
ReplyDeleteTerima kasih, Aynora. Rezeki Allah bagi ye. Syukur Alhamdulillah.
DeleteBusy la anak nak sambung belajar ye Nur.. Sy tak pernah makan nasi itik.
ReplyDeleteYe, PH, cari barang Sulaiman hari tu. Kalau kena dengan orang yang pandai masak, sedap, PH, nasi itik ni. 😋
DeleteMeriah mcm2 menu makanan luar tu
ReplyDeleteHehe.. ha ah, macam-macam menu. 😁
DeleteTahan betul perut Nur tak makan 20 jam. Saya terus jadi berat kepala kalau lama sangat tak makan.
ReplyDeleteTonton wayang cerita apa tu?
Ambil masa juga, Ujie untuk sampai tahap ni. Berdikit-dikit IF, lama-lama badan boleh terima dan tak rasa lapar.
DeleteCerita the Furious, Ujie, filem aksi, ada saya buat satu entri review tentang filem ini. 😊
Tak kesah masak ke beli ke janji ada entri blog tak la sunyi. Hihi. Suka makan dan suka tengok makanan.
ReplyDeleteHehe, betul, Cie. Samalah kita. 😊
DeleteBetullah, kalau tengah lapar, memang makan apa pun jadi sedap. Tapi kalau tengok rupa ayam Kung Pao tu memang sedaplah. Makanan² lain pun sedap jugak tu, lagi sedap sebab cuma tinggal makan makanan terhidang depan mata.
ReplyDeleteHehe.. sedap, sedap.
DeleteYezza... tambah sedap sebab tak payah masak. 😁
Murah buah naga tu..banyak pula tu..
ReplyDeleteDulu masa kerja kat lumut, macam pernah pergi nasi ulam tu..tapi, tak tau lah sama ke tidak
Murah, tapi tak ada rasa, Linda. Pertama kali makan buah naga tawar. Hehe..
DeleteAkak pun tak pasti, Linda. Sebab kedai yang sekarang ni, sebelum ni, kedai lamanya yang depan esplanade. Dalam 4-5 tahun kebelakang ni tak silap, dia pindah ke pekan Lumut.
Buat OMAD lepas tu jaga kalori memang turun berat badan. Faa penah try. Tapi tu la, gagal konsisten pula 😆
ReplyDeleteSama la kita, Faa. Susah nak konsisten.
DeleteAyam kung pao adalah menu paling senang nak buat dan menjadi kegemaran my Dania..
ReplyDeleteWah.. ye ke.. nanti saya pun nak cari resepi, sebab tak pernah masak sendiri di rumah lauk ni.
DeleteNasi dengan ayam kung pao tu nampak sedap nya
ReplyDeleteSedap, Mulan. Sebenarnya, pertama kali saya makan nasi ayam kung pao tu. 😊
DeleteAduh!! Mengancam betul semua menu tu.. Lama pula tak makan buah naga..
ReplyDeleteHehe.. saya pun sama. Itu yang jumpa je buah naga, terus beli.
DeleteMakanan Ala Thai ini fav saya juga. Comfort food memang. Sedang tak mood makan , pasti bisa makan kalau ada Tomyam begini.
ReplyDeleteNaah saya tuh dah terpikir nak OMAD juga kak. Tp rasa2nya tak bisa bulan ini, sebab akan traveling kan. Balik traveling nantilah 🤣. Rugi pula kalau traveling diet 😅
Kann, Fanny... sedap makanan thai ni. Sebab tomyam masam pedas, buat selera makan.
DeleteBetul, betul. Tangguh dulu dietnya bila sudah pulang rumah ya. Enjoy your trip ya, Fanny.