Wednesday, June 10, 2026

Hadiah dari Cie

 Semalam, selamat sampai hadiah dari Cie. Saya salah seorang yang teka betul dalam contest Teka Day Trip di blog Cie 👉 Pemenang Teka Contest Day Trip 29 Mei.

Jom kita unwrap bungkusan. 😊

Bungkusan ada sticker Fragile
Bungkusan ada sticker Fragile

Agak besar juga bungkusannya. Saya buka dengan hati-hati sebab ada sticker Fragile. Lepas buka plastik luar, ada bungkusan bubble wrap di dalam. Saya buka itu dulu.

Kotak di dalam bungkusan
Kotak di dalam

Hmmm.... apa di dalam... ye, teruskan buka.

Bekas container berisi hadiah
Bekas container berisi hadiah

Saya keluarkan satu demi satu barangan dalam bekas di atas. Boleh buat simpan barang, bekas ini.

Hadiah oleh blogger Cie
Tadaaa... hehe...

Berikut kandungan dalam container tersebut:

🌸 Ada nota tulisan tangan dari Cie. Lawanya tulisan. 😊

🌸 Cawan mug kaca dan penutup cawan Shaklee. Sesuai buat kopi atau teh, cawan ini. 

🌸 Sebuah kotak kecil mengandungi pelbagai jenis perisa teh.

🌸 Dua sudu kecil emas, yang unik sebab selalu sudu bulat, ini bentuk heart. 💛

🌸 Fridge magnet berbentuk tumbuhan kaktus dari Cameron Highlands.

🌸 Keychain strawberry dari Cameron Highlands.

🌸 Brooch comel, ada 4 biji.

Alhamdulillah... suka saya. 😍 Sambil tersenyum saya tengok isi kandungan hadiah dari Cie.

Fridge magnet dan keychain dari Cameron Highlands.
Fridge magnet dan keychain dari Cameron Highlands.

Alahai, comelnya. Nak pergi sendiri Cameron Highlands tu, tak tahulah bila, kan. Saya last sekali pergi Cameron Highlands, waktu anak-anak masih kecil. Sulaiman pun tak ada lagi. Jadi, lebih kurang 18 tahun dulu. Berkurun. 😅

Brooch dari Cie
Brooch comel dan cantik, ada 4 biji.

Sesuai la ni, sebab saya pakai sekarang, brooch lama belaka. Yang mata atau batu sudah hilang, tinggal pin saja kat belakang. Masih saya pakai. Tahu-tahu je Cie ni. 

Assorted flavoured tea dari Cameron Valley.
Assorted flavoured tea dari Cameron Valley.

Ada orange tea, blackcurrant tea, lemon tea, strawberry tea, lychee tea, earl grey tea dan teh biasa. Ini pun sesuai sangat, sebab saya pun sudah kurang minum kopi setiap hari. Bolehlah saya selang-selikan antara green tea yang saya minum dengan teh pelbagai perisa pemberian Cie ini. 

Masya-Allah, seronok dapat hadiah dari teman blogger ini. Berbunga-bunga rasa di hati. Menceriakan hari saya. Terima kasih, Cie! 🤗 Semoga Cie murah rezeki, sihat-sihat selalu, dan berbahagia di samping keluarga tercinta. 

Semasa blog lama saya dulu, saya juga pernah terima hadiah dari Cie, iaitu pill storage Shaklee, yang sampai sekarang saya masih gunakan bila saya pergi bercuti. 

Blog Cie juga ada sediakan hadiah setiap bulan untuk pengomen terbanyak. Jadi pada yang belum mengenali Cie, jemputlah singgah ke blog beliau 👉 Blog Roziah Muhammad Nor

Semoga silaturrahim sesama kita, bloggers semua, terus terjalin. 

Jumpa lagi, ya. 💗

11 comments:

  1. Alhamdulillah mesti seronok kan sebab macam-macam dapat. Bila tenguk tea pelbagai perisa tu buat rasa tak sabar nak pi CH ni. Sedang berangan nak pi bukan cuti sekolah sebab tak larat makan jem kat situ bila cuti sekolah.

    ReplyDelete
  2. Akak suka tea perisa oren tu sedap bila minum suam-suam. Nyaman. Selain daripada tu teh perisa strawberry memang peberet.

    ReplyDelete
  3. Masya Allah memang betul hadiah menarik lagi-lagi hadiah dari Cameron Highlands. Lagilah Cie sendiri yang pilih dengan tangan hadiah tersebut.
    Selamat menggunakan hadiah tersebut.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...rezeki Nur...boleh healing2 kat rumah sambil.minum tea ye...sambil tanam2 pokok bunga pepagi kan....SA last pi CH tahun lepas...rasa nak pi.lagi..tapi suami nak bawak PZ pi Terengganu plak kali ni....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. bnyknya hadiah, semoga kedua2 pemberi dan penerimanya dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

    ReplyDelete
  6. Wahhhh..Tahniah sis...Byk dptnya tu =D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tahniah kak. Banyak lapis takut glass tu pecah. Mujur sampai dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat hadiah comel-comel ni, berbunga-bunga rasa hati.

    ReplyDelete
  9. Wah…tahniah Nur 👏🏽
    Meriah hadiahnya. Teh pelbagai perisa tu memang best, sarapan pagi boleh tukar-tukar minum.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. tahniah kak Nur.. rajin mengomen...
    comel la FM bentuk kaktus tu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... Tahniah menang.. dan hadiah dia pun bukan main banyak lagi.. Meriah sungguh... untung sangat sangat...

    ReplyDelete