Semalam, 20 Jun 2026, kami pergi hantar anak bongsu, Sulaiman, daftar masuk Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh. Sulaiman punya sesi pendaftaran adalah pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengahari. Pihak PUO sudah tetapkan beberapa sesi pendaftaran untuk pelajar diploma, mengikut kursus. Kalau semua daftar sekaligus, mahu sesak juga kan, dalam tu.
Dari Lumut, kami bertolak pukul 8 pagi lebih. Sampai dalam 15 minit sebelum 10.30 pagi. Walaupun banyak kereta di hujung minggu, tapi berjalan je trafik. Itu pun, ada singgah toilet break di stesen minyak.
![]() |
| Lepas parking kereta, ambil gambar dulu, kenangan. |
Untuk pelajar lelaki, rambut kena pendek. Atas no mata mesin - 3, belakang no mata mesin - 2. Bagi yang tidak mengikut piawaian, kena beratur, dia tolong potong pendek sebelum dibenarkan daftar.
Ini pengalaman kedua kami hantar anak masuk PUO. Masa Hafizan (anak kedua) dulu, memang panjang barisan budak kena potong rambut, tapi semalam nampaknya ramai sudah cakna akan peraturan PUO ni. Ada yang kena, tapi tak panjang macam zaman daftar Hafizan dua tahun lepas.
Macam rekruit nak masuk askar pula, ya. Tapi sekejap saja, nanti lepas minggu orientasi habis, pelajar lelaki boleh rambut seperti biasa, asalkan pendek.
![]() |
| Beratur nak masuk dewan untuk daftar mengikut kursus. |
Masa selesai daftar tu, Sulaiman cerita, ada pegawai yang jaga salah satu stesen pendaftaran tanya Sulaiman, "Kenapa dengan rambut awak?"
Sulaiman jawap,"Bapa saya botak, sejak muda. Saya ikut gen bapa". Tergelak orang tu.
![]() |
| Sementara pelajar masuk dewan untuk daftar, ibubapa duduk di khemah ibubapa. |
Ada taklimat sikit dan soal jawap antara ibubapa dan pihak PUO. Pelajar baru yang daftar diploma saja ada lebih 2 ribu orang. Rupanya, ada pelajar yang hanya ditawar belajar tanpa dapat asrama. Tapi pihak PUO usahakan juga agar semua pelajar baru semester 1 ini dapat penempatan asrama. Itu yang pelajar lama seperti Hafizan ditolak keluar dari asrama lama seberang jalan tu. Malah, budak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) pun kena sewa luar juga. Gitu, ceritanya.
Lepas selesai daftar, ibubapa boleh teruskan hantar anak ke asrama, tapi cuma diberi masa 3 minit untuk drop-off barang anak. Pemandu kereta tidak dibenarkan turun untuk membantu. Sebab kereta perlu bergerak, nak beri ruang pada kereta ibubapa lain yang dalam barisan.
Alhamdulillah, rezeki Sulaiman, dapat bilik tingkat bawah. Peh.. tak payah naik-naik tangga. Baru saja ingat Sulaiman boleh bersenam kot dapat tingkat tinggi macam Hafizan dulu, masa dia duduk asrama dalam, dapat tingkat 2. Selain itu, pihak PUO sudah tetapkan nombor katil, jadi tak boleh nak chop chop tempat siapa sampai awal, ambil katil tepi tingkap dulu ke apa. Semua telah ditetapkan tempat.
Mama dan ada urusetia tolong angkat barang dari kereta ke lobi asrama.
![]() |
| Selpiaq sekeping, sebagai kenangan. |
Masa Sulaiman sibuk angkut barang bilik, sempat ada ibu ni mengadu dengan saya, "Dulu tak ada pun had masa ni". Ye betul, dua tiga tahun lepas zaman Hafizan, kami siap boleh lepak cafe lepas anak masukkan barang ke bilik. Sempat lah makan nasi dulu dengan anak. Tapi baru berdiri sekejap, urusetia datang, tolong alih kereta, pakcik.
Sebelum kami berlalu pergi, sempatlah group hug kami satu keluarga. Babai anak mama. Belajar rajin-rajin, sembahyang, tau.
Kami pun berlalu keluar kawasan. Masa sampai di Taman Botani, masih di Ipoh, sebab kami singgah Zus, beli kopi, Sulaiman cakap, boleh outing, masuk sebelum 6 petang. Aik... jadi kami suruh Sulaiman tunggu dekat pagar gate B. Ibubapa bila keluar memang tak boleh masuk dah, sebab lepas tengahari, ada sesi kursus lain pula untuk mendaftar.
Lepas ambil Sulaiman, kami ke Aeon Mall Kinta City. Bolehlah singgah supermarket beli sabun cuci baju. Itu je barang dia belum cukup. Sempat makan tengahari bersama di medan selera.
![]() |
| Saya makan nasi goreng daging |
Ada sup kosong diberi sekali. Saya dan suami baru break IF, first meal of the day, pukul 1. Alhamdulillah. Sedap, makanan beli di sini. Orang pun ramai. Memang meriah Aeon sini.
Lepas beli sabun cuci baju, kami pun balik, hantar Sulaiman ke PUO semula. Tak adalah nak tunggu sampai pukul 6 petang. Orait la tu, rezeki dapat makan bersama.
Masa hantar dekat pintu pagar B itu, ada kereta ibubapa lain yang hantar anak baru masuk. Kereta depan ni, nampak mak dia lap airmata, lepas anak berlalu pergi. Alamak... tapi saya control je, tolonglah tolonglah, janganlah jangkit kat aku. Depan anak kena beri dia sokongan dan galakan. Kita nangis dalam hati je, okay.
Insya-Allah, Sulaiman akan baik-baik saja. Lepas balik bilik, Sulaiman kemas barang dia, pasang cadar apa semua. Sebab kami ada pengalaman dulu, cadar kena beli saiz super single. Kalau cadar single biasa, memang tak muat sebab tilam asrama jenis tebal. Semua okay. Beg travel pula, saya bagi Sulaiman pakai beg umrah je. Sulaiman pun okay dia kata, tak perlu beli beg travel baru sebab beg mama tu pun besar, boleh muat banyak barang dan ada roda empat tayar. Lagilah senang, tolak je, beg berjalan.
Saya dan suami masih borak dengan Sulaiman melalui whatsapp, sambil berhenti solat jamak di surau stesen minyak Shell. Masih di Ipoh.
![]() |
| Dia letak emoji budak nangis pula 😢 |
Tipulah kalau tak sedih, wei. Baby saya paling kecil, budak Sulaiman ni.
![]() |
| Sulaiman masa baby, dengan arwah Opah. Gambar tahun 2009. |
Ini pertama kali baby mama ni duduk jauh. Kesemua tiga-tiga anak saya, masa lanjutkan pelajaran lepas SPM, baru tinggalkan rumah. Mereka tidak masuk asrama waktu sekolah menengah. Sunyi dan rindu rasa malam semalam. Hafizan yang waktu ini sedang cuti sebelum masuk semester baru, pun kata pagi ini, rumah nampak pelik. Sebab selalu kalau bangun pagi, mesti ada Sulaiman duduk dekat komputer di ruang tamu itu. Pagi ini, cuma nampak kerusi kosong. Huwaaa..... mama nangis dalam hati. Semoga Allah beri saya ketabahan dan redha, Sulaiman pun kuat dan tabah, belajar berdikari dan boleh belajar dengan baik. Semangat! 💪
Insya-Allah, dia okay. Sulaiman pandai cari makan, dan dia tidak cerewet. Lain anak, lain perangai. Semalam pun dia ada whatsapp pukul 8 malam, dia di cafe, dengan kawan-kawan.
![]() |
| Sulaiman hantar gambar kucing dekat cafe |
Insya-Allah, semua akan baik-baik saja. Selamat sudah, hantar anak bongsu sambung belajar. Syukur Alhamdulillah.
Baik. Semoga hari minggu anda semua ceria dan selamat beristirehat di samping keluarga.
Jumpa lagi, ya. 💗








Senanglah dah ada nombor katil, lebih teratur buat sistem gini. Mama mesti susah nak lena malam tadi kan, terkenang Sulaiman. Dia nampaknya dah ada adik angkat berbulu tu 😀
ReplyDeletegood luck sulaiman. Belajar rajin rajin ya
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat dah Sulaiman daftar di PUO, ikut jejak Hafizan dan anak kita, Iman. Mula tertanya jugak, tak nampak Hafizan hantar sekali, rupanya tengah cuti sem ek. Agaknya ramai sangat yg mendaftar sek 1 sampai tak cukup asrama. Semoga Sulaiman baik² aje, tengok orangnya mudah berkawan tu, mama jangan risau okeh.
ReplyDeleteArtikel ini cukup menarik dan mudah dipahami, pembahasannya juga terasa menyentuh dan membuat pembaca bisa ikut merasakan pesan yang disampaikan.
ReplyDeleteLaaa Nur, sama plak ngan abin ye sulaiman ni haha klu sama poli confirm kita leh jumpa haha.. xde rezeki lagi. Tahniah sulaiman, belajar rajin² ...
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat dah Sulaiman mendaftar. Nampak ceria je orangnya, pandai dah cari kawan tu. Semoga baik² saja.
ReplyDelete