Friday, June 12, 2026

Masak apa semalam

 Assalamualaikum, semua... salam hari Jumaat yang mulia... 😊

Semalam kan, misi ke pejabat Ketua Kampung tidak berjaya. Dia ada program gotong-royong tempat lain, jadi Puan Ketua Kampung tidak masuk pejabat. Pergi sekolah Sulaiman pula, Pengetua ada, tapi dia ada tetamu lalu sibuk di Bilik Guru dan tidak masuk pejabatnya juga. Kami cuba ke Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, cari pegawai kerajaan gred 9 ke atas yang boleh tandatangan dan cop pengesahan, akhirnya dapat, Alhamdulillah.

Kadangkala saya berharap peraturan saksi pegawai kerajaan ini boleh dikeluarkan, sebab macam susah nak cari. Ikut rezeki la, kadang senang, kadang mereka sendiri ada program, jadi tak dapat cop. Kalau diluaskan ke bos tempat kerja sendiri yang pangkat pengurusan pun bagi yang bekerja swasta, jadi lebih senanglah kalau masih nak kekalkan syarat ini. 

Dulu masa saya sekolah, kalau kena cop pengesahan borang ini, tiada masalah, sebab bapa saya bekerja kerajaan. Jadi dia cuma perlu bawa ke pejabatnya. Sekarang ini, saya sudah tiada kenalan terdekat yang kerja kerajaan yang layak untuk cop. 

Tapi tak apalah. Semua sudah lepas. Selamat. Alhamdulillah. Balik rumah, saya masuk dapur, masak. Jom tengok saya masak apa.

Kari ayam
Kari ayam

Guna ayam seekor, dipotong kecil. Ada letak 2 bendi tanam sendiri. Letak kentang juga. Tanpa santan. Saya campur serbuk kari cap orang terbang beli di Kelantan dan serbuk kari ikan Baba's. Guna apa yang ada di rumah.

Telur dadar
Telur dadar

Guna 4 biji telur.

Salad dan telur rebus sebiji
Salad dan telur rebus sebiji.

Ini yang saya seorang makan, baik waktu tengahari dan malam. Suami saya tak boleh makan salad, dia akan cherry berry. Anak-anak memang tak makan sayur ler, kecuali Amirul je. Amirul sudah pulang ke sarang. 

Hafizan, bapa dia pergi ambil semalam. Ini apa kes entah, tiap-tiap minggu balik. Kesian juga pada suami yang selalu berulang-alik ke Ipoh. Sudahlah dua tiga hari lepas kami ke Ipoh cari seluar Sulaiman. Semalam pula dia ke Ipoh, ambil Hafizan pula. Harap nanti Sulaiman dah masuk PUO, tak adalah Hafizan balik tiap-tiap minggu. Kena belajar la naik bas tu. Adoi.. jenuh, wei...

Sambal belacan
Sambal belacan

Saya kisar guna blender buat sambal belacan ni. Entah bila nak beli chopper. Padahal dah usha-usha dekat mall. Suami suruh tengok kat shopee. Tengoklah. Malas nak install semula shopee dekat telefon. Karang saya beli tudung pula. Huhuhu....

Alhamdulillah. Sedap semua. Hehe.. puji masakan sendiri. 

Baiklah, jumpa lagi, ya. 💗

Hari ni hari Jumaat. Yay! 

2 comments:

  1. Salam Jumaat Tot. Semoga Jumaat kita molek-molek sahaja ye. Tot ada ke resepi telur dadar jadi macam tu sebab KSarie sampai sudah tak jadi nak buat telur dadar macam ni. Semoga Hafizan dan Sulaiman boleh balik dari PUO bersama-sama nanti kalau rindu kepada masakan Tot di rumah. KSarie pun selalu cop pengesahan borang-borang orang nak sambung belajar, nak mohon bantuan, nak interview, dsb. KSarie okay je copkan cuma kesian ada yang datang dari jauh apa semua

    ReplyDelete
  2. Nampak pun sedap ni. Hafizan rindu masakan ibu tu, tu yang rindu nak balik 🤭

    ReplyDelete