Sibuk sikit, dan bunga-bunga

 Minta maaf sebab saya tak sempat nak blogwalking ke banyak blog kawan-kawan. Baru sempat singgah 3-4 blog saja. 

Sibuk persiapan Sulaiman

Saya sibuk sikit, dua tiga hari ni. Cari barang Sulaiman nak daftar Poli minggu depan. Sulaiman tu, plus size, sampai ke Ipoh cari seluar saiz dia. Alhamdulillah, dapat juga. Masa pergi jumpa doktor, doktor nasihat suruh jaga makan sikit. Tekanan darah dia tinggi tau, masa pergi klinik pertama. Saya dah risau. Suami kata, itu biasa, bila jumpa doktor, blood pressure pun naik. Yang klinik pertama ni, doktor tak mahulah lengkapkan report kesihatan dan suruh datang semula minggu depan. 

Keesokannya, pergi klinik kedua la, klinik lain. Pun blood pressure Sulaiman tinggi. Tapi doktor ni pandai, dia check Sulaiman bahagian lain dulu, sambil sembang-sembang, santai-santai. Last sekali baru dia kembali semula ambil blood pressure Sulaiman. Elok, normal. Alhamdulillah. Akhirnya siap laporan kesihatan Sulaiman nak dibawa masa daftar. 

Saya nasihat Sulaiman untuk jaga pemakanan. Dia seorang ikut gen belah keluarga saya, semua adik beradik arwah mama saya badan besar-besar. Sulaiman cakap, Insya-Allah, dia cuba. Saya pun harap begitu la. Tapi biasanya bila duduk asrama ni, jalan kaki banyak, kan. Semoga badan dia bolehlah mengecil sikit, sebab susah nak cari pakaian untuk saiz besar ini.

Hari ni pula, ada urusan nak ke pejabat penghulu bahagian kedua. Hehe.. nak lengkapkan dokumen perlu hantar waktu daftar nanti. Insya-Allah, nanti free, slow-slow saya blogwalking ya. 

Buah naga hilang

Oh, lupa nak cerita. Dua hari lepas, sampai saja rumah dari Ipoh, tengok pasu kaktus saya terbalik. Habis keluar pokok dan tanah. Kerja si beruks la, siapa lagi, kan. Dia ingat kaktus tu, ada buah kot. Sungguhlah pelik, sebab masa suami saya nak kembalikan kaktus ke pasu dan kambus semula, dia terkena bulu kaktus halus, itu pun dia pakai sarung tangan. Kome bayangkan mulut si beruk tu camana. Tahan menatang ni, kena duri kaktus. Buah-buah naga yang saya cerita dalam entri Pokok Buah Naga itu pun, sudah selamat dicuri dan dimakan oleh beruks. Ada kesan atas simen. Buah naga warna purple terang dan berbiji halus warna hitam. Elok kejadian buah naga kami, kome wei... sedaplah si beruks tu makan. Rezeki beruk. Sampailah nak lagi, itu yang sampai pokok kaktus pun terbalik. Sangat bijak kan, dia boleh kenal spesies pokok yang sama.

Sementara itu, jomlah kita tenangkan hati kita di hari Khamis ini, dengan melihat bunga-bunga yang kembang di halaman rumah. 😊

🌷 Ros pink

Ros pink
Wangi bau ros ni. 🥰 

Gambar bunga ros pink yang sama, ya. Boleh klik gambar untuk lihat lebih jelas. 

Pink rose

Bahagian tengah bunga ros yang berwarna coklat dan bertekstur kasar itu mengandungi organ pembiakan pokok tersebut, sila rujuk gambar di atas. Komponen utama yang terdapat di bahagian tengah itu:
🌹 Stamen: Organ pembiakan jantan yang terdiri dari anter (bahagian yang menghasilkan debunga) dan filamen (tangkai halus). 
🌹 Pistil: Terletak di tengah-tengah stamen, ini adalah organ pembiakan betina yang terdiri dari stigma, stil dan ovari. Stigma berfungsi untuk menerima debunga.

🌷 Bunga ulam raja

Bunga ulam raja
Comel pula saya tengok

Bunga ini apabila sudah kering di pokok, kelopak bunganya akan gugur dan meninggalkan struktur panjang warna hitam atau coklat tua. Itulah biji benih ulam raja yang bersedia untuk disemai.

Bunga pokok ulam raja

🌷 Ros kampung

Ros kampung warna merah pekat
Merah pekat warna dia.

Ros merah ini, saiz dia lebih kecil dari ros pink di atas. Belalang kecil cukup suka makan daun pokok ros kampung ini. Saya lupa nak bau bunga dia. 

Biasalah tu, kan. Patutlah ada perumpamaan Inggeris berbunyi, "stop and smell the roses". Berhenti sejenak dari kesibukan hidup kita ini untuk menikmati dan menghargai keindahan hidup. 

Jangan terburu-buru atau stress mengejar sesuatu sampai lupa menikmati hal-hal kecil yang berharga.

Semoga urusan anda semua hari ini dipermudahkan.

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

26 ulasan:

  1. Saya pun beberapa hari terakhir ini belum sempat BW lagi mbak. Kadang 1 hari tak mampir ke 1 blog pun, heueheu. Padat betul.
    Apapun kesibukannya, jaga kesehatan ya mbak tot. Doa terbaik bagi mbak sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sibuk ya, Mas. Tak mengapa, nanti bila lapang bolehlah sambung blogwalking semula. Insya-Allah. Mas Fajar juga ya, jaga kesihatan. Amin, YRA. Semoga yang baik-baik kembali semula pada Mas Fajar dan keluarga.

      Padam
  2. Alahai...memang xde rezeki merasa buah naga sendiri ye Nur...rezeki si beruk la nampaknya...beruk betul beruk tu kan...cantiknya bunga ros....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya lah SA. Apa nak buat, takde rezeki. Ada ngeye. 😁

      Padam
  3. Semoga Sulaiman dipermudahkan urusannya. Ikut bersedih sebab buah naga hilang. Sabar,ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn... YRA. Terima kasih, Aynora.
      Hehe.. takpe. Biasa dah, buah hilang ambik dek beruk.

      Padam
  4. Ros Cie beli kat CH mati dah 😅. Cantik pulak tengok bunga akak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa.. ye ke.. awat kejap benor usianya... 😁
      Cantik, tapi pokok tu macam ada serangan serangga pula. Itu la cabaran bela ros ni, Cie.

      Padam
  5. Sulaiman mcm Abg la, plus size. Memang susah nak cari baju seluar. Sy pun harap Abg lebih fit bila masuk asrama semula nanti.

    Bukan rezeki nak rasa buah naga tu ya. Mujur dah buat entry, at least ada kenangan yg disimpan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... takpe, Abang dan Sulaiman masih muda. Harap nanti bolehlah kecil sikit badan tu, bila dah sibuk ke kelas dan belajar.
      Ha ah, PH, saya baru up cerita buah naga. Selang beberapa hari, terus hilang. 😁

      Padam
  6. Ros pun ada versi kampung?
    Maknanya versi bandar pun ada lah kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. entah, saya biasa dengar ros kampung je, uncle. Ros hibrid ada, yang udah campur-campur baka ros.

      Padam
  7. Sejuk mata dan hati memandang gambar bunga-bunga ros sedang kembang mekar. Macam boleh terbau harumnya. Tot yang tengok dan pegang bunganya sure lagi nyaman rasa hatinya kan? Geramnya hati baca beruk/kera sakan membuat kacau di rumah Tot lagi-lagi bab buah naga tu. Hmmmm....Semoga Sulaiman terus sukses di poli. Semoga dipermudahkan semua urusan persediaan Sulaiman masuk ke poli ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, KSarie. Rasa sejuk hati tengok bunga ros cantik. 🥰
      Huhu.. tak boleh nak kata apa. Tak ada rezeki, buah kena curi dek beruk.
      Aminn... YRA. Terima kasih, KSarie. 😊

      Padam
  8. Bad day la si beruk tu pi main ngan kaktus 😆 btw mekar sungguh bunga2 Nur. Ish, jeles dengan tangan sejuk ni. Tanam apa semua jadi 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah yang bagi hidup. Alhamdulillah, rezeki. Saya cuma menanam je. 😊

      Padam
  9. Alahaiiiii geramkan. Dah tak tahu camne nak buat nak halau beruk kat kg tu. Ni pokok rambutan Dan mangis sedang berbuah. Entah kita org dapat rasa ke tidak. Durian pun dah mula musim gugur ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya kak Notie, rambutan, manggis dan durian. Apa lagi, hujung minggu, balik kampung la, kak. 😊 Kalau ada rezeki, tak ke mana.

      Padam
  10. Balasan
    1. Itu la pasei. Pilih buah sedap jer. Bendi tak mau pula ambil. 😅

      Padam
  11. Ya selalu tempat belajar banyak kena jalan dari tempat penginapan ke kuliah. Memang berat badan saya lagi jatuh dengan jadual makan kucar-kacir.
    Nasib baik beruk itu tidak makan buga ros.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. ye ke...
      Kalau makan bunga ros, boleh awet muda, orang kata. Hehe...

      Padam
  12. Semoga dipermudah urusan anak kakak Sulaiman yaaa 🤗. Insyaallah kalau dah masuk asrama, biasanya akan banyak berjalan, banyak tugas, jadi bisa lah terpenuhi untuk turun berat badan.

    Cantiiiik sangat ros nya kak 😍😍😍. Dah terbayang wanginya. Memang sukaa sangat saya dengan aroma rose

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, YRA... terima kasih, Fanny. Mudah-mudahan ya, Fanny.
      Itulah, akak pun suka tengok. Tak jemu memandang rose. 🥰

      Padam