Hasil kebun bulan lepas

Tak adalah banyak pun hasil kebun. Tapi saya tulis jugalah di sini, sebagai rekod dan kenangan. Antara yang sempat dikutip semasa akhir bulan Julai adalah seperti berikut.

Limau kasturi

Pokok limau kasturi di rumah saya berbuah dengan lebatnya. Saya ada letak baja sisa dapur dari tong kompos. Saya tanam sikit baja kompos di antara pokok limau kasturi dan pokok serai di bahagian hadapan rumah. Keluar banyak sangat buah limau kasturi pada pokok, sampai gugur ke tanah la, buah yang sudah kuning tapi tidak diambil. 

Suami saya ada ambil buat air limau sekali-sekala. Pada akhir bulan lepas, saya suruh suami kutip buah limau kasturi untuk dibawa ke pejabatnya. 

Itu pun, suami saya kutip separuh pokok dulu.

Kutip buah limau kasturi di pokok yang ada di rumah.
Kutipan limau kasturi pada hari itu.

Bulan Jun punya kutipan limau kasturi pun suami bawa ke pejabat juga. Ada saya tulis entri di sini 👉 Aktiviti Berkebun Jumaat.

Letak saja atas meja di ofis, sekejap saja habis. Bolehlah guna untuk buat sambal belacan, campur dalam minuman, perah atas mi goreng ke, laksa ke. 

Limau kasturi ini termasuk dalam keluarga buah citrus. Ia kaya dengan serat larut pectin, yang membantu turunkan kolesterol jahat low-density lipoproteins (LDL). Hasil carian di google.

Limau kasturi juga ada kandungan vitamin C yang tinggi. Walaupun rasa buah ini masam dan bersifat asidik, tapi limau kasturi ini sama macam lemon juga. Ia boleh singkirkan toksin penyebab lemak berkumpul, dan salah satu detoks semulajadi terbaik.

Alhamdulillah. Memang tak habis kalau kita guna sendiri. Itu yang kongsi dengan kawan-kawan pejabat suamiku.

Bendi

Bendi atau okra
Bendi atau okra atau lady's fingers.

Sebab tidak banyak, sekali tuai, adalah sebiji atau dua biji, saya biasanya campur dengan sayur lain untuk masak sayur campur. Kalau masak kari pun, saya campak juga bendi ini. 

Ingat tak dalam entri saya buat tempat kompos itu, tapi tak jadi, sebab ada pokok terung? 

Terung pipit

Memang confirm bukan saya yang tanam pokok terung ini. Boleh jadi burung punya kerja. Sebab saya tak ada benih terung pipit ini di rumah. 

Ini pertama kalilah saya melihat pokok terung pipit. 

Pokok terung pipit dan bunganya
Bunga pokok terung pipit

Bunganya berwarna putih berbentuk bintang dengan bahagian tengah bunga berwarna kuning.

Buah terung pipit kecil saja, bentuk bulat, dan tumbuh sejambak.

Biasanya, terung pipit ini, orang tambah ke dalam sambal ikan bilis, betul? Boleh juga guna untuk masak lemak cili api.

Pokok terung pipit
Gambar diambil 28 Julai 2026

Kome pernah makan terung pipit tak? Saya tak pernah, tau. 🙈 Tapi saya biasa tengok lauk sambal tumis ada letak terung pipit di dalamnya.

Pokok terung pipit
28 Julai 2026

Elok pula pokok ini tumbuh dengan sihat dan keluar bunga dan buah dengan banyak. Mungkin sebab akar pokok ini dapat khasiat dari sisa kompos yang saya tanam berhampiran pokok ini. 

Pokok yang saya tidak peduli dan tidak tanam sendiri, elok tumbuh subur. Pokok terung yang saya tanam dulu, tak dapat rasa buahnya sebab kera ambil. Yang terung pipit ini, kera tak minat pula makan. Hairan juga saya. 😁

Okaylah. Sekian laporan hasil kebun pada bulan lepas. 

Saya tak dapat lagi blogwalking ke blog kawan-kawan. Sibuk betul la. Tadi teman suami ada urusan nak tukar akaun prepaid telefonnya. Lepas tu, hari ini juga permohonan dermasiswa JPA dibuka, itu yang saya terus isi borang untuk budak Sulaiman. Selamat sudah... semoga diluluskan permohonan bantuan Majlis Agama Islam Negeri dan Dermasiswa JPA ni. 🤲 Malam pula, bateri badan sudah habis. Mata kuyu nak tidur, ini pun saya lawan untuk update entri sikit. Nanti bila lapang sikit, saya cuba blogwalking, ye. Minta maaf. 

Jumpa lagi. 💗

Share:

40 ulasan:

  1. Sayapun belum pernah makan terung pipit.
    Hehe saya pula baru habis makan buka puasa. Mata segar, bolehlah jalan ke blog sementara tunggu makanan turun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, sama kita, NA.
      Wah, lewat NA tidur tu. Saya lepas maghrib dah belayar. Lepat tu, solat Isyak tengah malam. Huhu...

      Padam
    2. Kadang-kadang tidur awal, lepas Maghrib tidur. Hehe saya solat Isyak dalam pukul 5 pagi terus tunggu Subuh.

      Padam
    3. Itu la, kadang tu memang letih dan mengantuk sangat, yek, lepas maghrib tu. Adeh.. takpe, dengar cakap badan, rehat dulu.

      Padam
  2. seronoknya dapat banyak buah limau kasturi. teringat masa kecil dulu pun ada satu pokok limau depan rumah. apa2 senang saja petik ambil setiap kali nak buat sambal belacan.

    Punyalah banyak limau ni sampaikan makan apa pun cicah limau. Paling best makan limau kasturi cicah gambar dengan asam boi sambil layan sukan komanwel masa tu.

    Memang terigau sampai sekarang.

    Meriah kebun kecil kak tot. kecil kecil pun banyak hasil. Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kan Sofie, ada pokok limau ni. Nak pakai je, boleh ambil. Alhamdulillah.

      Padam
  3. Sekarang dah jarang nak makan terung pipit, puas dah makan masa zaman kanak². Rumah mak ada dulu pokoknya. Biasa tambah dalam sambal atau.dikukus buat ulam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu. Kukus buat ulam, ya, kak. Nantilah saya cuba, satu hari.

      Padam
  4. Dekat rumah kampung memang ada pokok terung pipit ni, dari kecik dah biasa nampak..tapi budak kecik tak makan sayur yang pahit² sikit ni.. hahaha.. bila dah berumah tangga, baru la kalut nak makan..
    Limau tu, kalau berbuah memang meriah.. dulu ada pokok nya dekat kampung, tapi sekarang dah takde..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ada rasa pahit-pahit sikit, ya, Linda. Baik.

      Padam
  5. Elok buah-buah limau kasturi. Elok jugalah dikongsi bersama daripada tak terguna gitu kan. Dapatlah juga mereka buat apa yang patut. Seronok tengok tanaman menjadi je. Bendi tu kalau ada 2-3 macam tu buat ulam atau tambah dalam masakan pun berbaloi. Terung pipit saya tak pernah makan. Kurang gemar terung bulat. Suka terung ungu tu lagi. Tapi kalau buat sambal ikan bilis campur terung pipit ni mungkin boleh makan kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Fizah. Sayanglah tengok banyak limau gugur atas tanah, tak ambil.
      Sama kita, tak pernah makan terung pipit.

      Padam
  6. Formula baja kompos boleh didedah agar dapat diguna pakai orang lain...dapat pahala jariah jika menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada formula pun, Encik Hanafi. Sisa dapur semua boleh guna. Ada saya cerita dalam entri berikut
      https://hiduptot.blogspot.com/2026/06/bokashi-bin.html

      Padam
  7. Tgk terung pipit trigt sambal ikan bilis terung pipit. Tgk limau kasturi trigt mkn limau ni dgn asam boi =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Sedap air limau asam boi ye, Nieza.

      Padam
  8. Alhamdulillah, Semoga ada rezeki utk Sulaiman dapat Dermasiswa & bantuan majlis agama tu 🤲🏻

    Sy makan je terung pipit tu, buat sambal dgn ikan bilis. Arwah mak suka buat ulam rebus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, YRA... 🤲 terima kasih, PH. 🤗
      Gitu, kukus boleh, rebus boleh, masuk dalam sambal pun boleh. Nanti saya cuba.

      Padam
  9. Kalau banyak buahnya, buat air sedap. Tot kalau nak senang, perah jus limau kasturi tu bekukan bentuk kiub. Nak guna ambil satu kiub ke dua kiub ke, tak payah nak perah² lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea yang bernas, SK. Terima kasih! 🤗

      Padam
  10. Limau kasturi dekat rumah mak mertua saya pun berbuah lebat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya musim panas, banyak buah keluar kot ya.

      Padam
  11. Alhamdulilah nur penat lelah bekebun akhirnya dapat juga merasa hasil nya kan..

    Limau kasturi tu banyak betul ye... bagus berkongsi rezeki kan, mana tau nnt dia berbuah lagi lebat plak lps ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      Betul, Ako. Makan tak habis, baik bagi orang.

      Padam
  12. Menjadinya pokok limau kasturi, rasa teringin pula nak beli anak pokoknya.

    BalasPadam
  13. Dulu ada pokok limau kasturi kat depan rumah...banyak buahnya seronok SA petik...tapi ntah kenapa mati tiba- tiba...terus PZ cantas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke.. cubalah tanam semula, SA. Lagi² SA rajin buat sambal belacan.

      Padam
  14. Cantiknya buah limau kasturi tu. Sedap buat limau ais asam boi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cie baru sebut limau ais asam boi, akak dah terbayang kesegarannya. Peh...

      Padam
  15. Alhamdulillah banyak berbuah. Belum lagi dapat mula tanam kecil2 sayur dan limau kasturi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Cubalah tanam, Mulan. Sebab Mulan rajin masak di rumah.

      Padam
  16. Hewan2 di sana mengerjakan tugasnya dengan baik, menyebarkan bibit tanaman 👍👍👍👍. Apalagi kakak suka berkebun, nampaknya mereka tahu, dan kasih bibit rimbang (terong Pipit) di kebun kakak 😅.

    Kami sebutnya rimbang. Di suku Batak, rimbang ini banyak dipakai utk kuliner khas Batak. Saya sukaaa sangat. Kalau di suku Sunda, rimbang dijadikan ulam. Makan dengan sambal belacan, sedaap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rimbang, belajar perkataan baru lagi dari Fanny. 🤗
      Ramai cakap sedap buat ulam, celur dulu, cicah sambal belacan ya.

      Padam
  17. wah meriahnya limau kasturi. Pasni perah simpan dalam kiub dan bekukan tot.

    blog akak kena removed. doakan ye. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali saya buat, Insya-Allah. Mekasih, bagi idea tu. Dah okay kan, blognya.

      Padam
  18. Alhamdulillah...berbudi kepada tanah + tangan yang berbudi pun sejuk aje memang menarik hasil tuaiannya ye. Dapat pula dikongsikan dengan rakan sepejabat, berganda-ganda pahalanya. Terung pipit selalunya orang masak sambal dan masak lemak cili api. Ada yang buat ulam juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Baik. Mekasih atas infonya, KSarie. Insya-Allah, nanti nak buat, celur, cicah budu je.

      Padam
  19. Shomelnyaaa terung pipit. Faa tak penah makan juga. Sama tak eh dengan rasa terung biasa ?

    BalasPadam