Hikayat Terung - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Monday, October 6, 2025

Hikayat Terung

Saya baru habis balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan yang tinggalkan jejak di blog saya. Lama sangat nak habiskan. Terima kasih kerana kome sudi datang ke blog saya. Insya-Allah, saya akan jawap komen dan singgah balas. Cuma agak ambil masa sikit. 😊

Malam ni, saya nak cerita pasal terung pula. Banyak kali sudah saya cuba tanam, dari biji benih beli kat.. kat... mana yek, lupa sudah. Pernah ada yang hidup, tapi tak keluar buahnya. Ini pertama kali keluar bunga dan jadi buah. Jadi, saya ambil gambar beberapa hari, nak tengok pembesaran terung camana. Jom tengok.

💜 Tarikh: Sabtu, 23 Ogos 2025 💜


Terung baru nak jadi
Hala hala.. comeinya dia..

💜 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💜

Dah ni kenapa ni, hari-hari ambil gambar terung. Suka aaa... orang excited, sebab pokok tak pernah berbuah, tiber keluar... 😁

Terung kecil makin besar
Makin besor tu.. 

💜 Tarikh: Isnin, 25 Ogos 2025 💜


Terung semakin membesar
Helo, terungku yang comel

💜 Tarikh: Selasa, 26 Ogos 2025 💜

Lupa cakap. Pokok terung ni, saya tanam dalam pasu je. 

Terung semakin membesar
Aha.. makin memanjang..

💜 Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025 💜

Patutnya, saya edit gambar dalam bentuk sebelah menyebelah kan, baru boleh buat perbandingan saiz.

Terung semakin membesar
Bila makin besar, makin mendekat pula dua biji terung ni.

💜 Tarikh: Khamis, 28 Ogos 2025 💜

Ye la, sebab dia jadi makin berat, pokok pun makin menunduk.

Terung semakin membesar
Cepatlah membesar, terungku...

💜 Tarikh: Sabtu, 30 Ogos 2025 💜

Terung semakin membesar
Nampaknya, sebelah kiri makin besar dari yang kanan.

💜 Tarikh: Ahad, 31 Ogos 2025 💜

Patutnya, waktu terung ni masih kecil, saya buang buah satu. Jadi, pokok boleh fokus tumbesaran satu buah. Jadi, saiz boleh lebih besar. Ye kot. Hasil saya baca dari group bercucuk-tanam di mukabuku.

Terung tanam dalam pasu
Yang kiri je makin membesar, yang kanan macam sama saiz.

💜 Tarikh: Rabu, 3 September 2025 💜

Saya pindahkan pasu terung ke tempat tersembunyi. Sebelah pokok serai yang rimbun dan pokok cili yang banyak dahan.

Pokok terung tanam dalam pasu
Awak duduk sini diam-diam, yek.

💜 Tarikh: Khamis, 4 September 2025. Jam 8 pagi 💜

Buah terung makin membesar
Makin besar la, yang belah kiri tu.

💜 Tarikh: Khamis, 4 September 2025. Jam 11 pagi 💜

Keluar dapur, nak ambil daun pandan. Lalu pokok terung.

Terung sudah hilang, beruk ambil
Aik! Waaa... dah hilang!!!


Hilang. Tiada kesan. Apa lagi, kerja beruk la. Melepas. Takde rezeki nak merasa buah sulung pokok terung. Huk huk!
Sekian riwayat terung Mahawangsa al kapun. Excited sebab pertama kali keluar buah jadi sebesar ini. Tapi, apa nak buat. Saya tahu, saya nampak dah. Ada beruk ni. Sneeky, bak Smeagol dalam Lord of the Rings. Senyap je dia bergerak atas tembok. Kebetulan, saya duduk dekat situ, tengah buat kerja pindahkan anak pokok ke polibeg. Tiba rasa macam ada benda bergerak, dari ekor mata saya. Betul, ada 3 ekor, senyap je duduk atas tembok, tengok bawah, ke arah pokok terung dan petola. Deme punya kerja laa, siapa lagi. 

Jumpa lagi, ye. 💗  

No comments:

Post a Comment