Telur dadar gulung Korea
Hari ini, ada gangguna bekalan air di banyak kawasan sekitar daerah Manjung, dari 9 pagi hingga 10 malam. Jadi saya bangun awal pagi tadi, untuk siapkan lauk tengahari dan malam. Bertabahlah kita.
Entri kali ini saya nak ceritakan kejadian briskwalk pada hari Ahad, 30 Ogos 2026 yang lepas. Saya biasanya sebelum keluar rumah, saya akan jenguk anak-anak di bilik, saja tengok dia orang buat apa. Saya akan ajak juga dia orang ikut sekali. Biasanya anak-anak akan menolak tapi pada hari itu, budak Hafizan kata okay. 😊
Jadi, pada pagi itu, saya pergi briskwalk di Esplanade Lumut dengan anak kedua, Hafizan.
![]() |
| Berjalan selama 1 jam 4 minit, dengan jarak 3.95 kilometer. |
Selepas berjalan, Hafizan ingin guna peralatan bersenam yang biasanya ada di taman rekreasi. Tapi di Esplanade Lumut, sudah bertukar peralatannya. Monkey bar pun sudah tidak ada.
Jadi, saya pandu ke taman permainan berdekatan rumah, cari monkey bar supaya Hafizan boleh bersenam.
![]() |
| Hafizan tengah buat pull-up di belakang |
Mama tak buat ke? Bertuah mama nak bergayut. Tangan pun tak kuat. Kome boleh bergayut dan menyeberang di monkey bar tak, dari satu hujung ke hujung lagi satu?
Saya tak boleh, walaupun masa saya kecil dulu. Masa saya belajar di ITM Jengka, saya ada masuk Kesatria, masa ujian kecergasan berkumpulan, saya kena jalan atas monkey bar, bukan bergayut. Hahaha.. adeh...
Sementara budak Hafizan bersenam bahagian upper body, Mama duduk di buaian dan slowjog sekejap di sekeliling taman permainan.
![]() |
| Tak sampai 5 minit slowjog, Hafizan sudah siap. |
Kami balik rumah. Saya terus siram pokok. Kemudian, masuk dapur, masak. Jom tengok saya masak apa pada hari itu.
![]() |
| Telur dadar gulung korea |
![]() |
| Sup fucuk, suhun dan petola |
![]() |
| Budu |
![]() |
| Lauk kami |
![]() |
| Pinggan saya |









sedap tgk telur dadar gulung korea...udang goreng kunyit fav juga
BalasPadamHahaha bkn nur sorang je x leh gayut kat monkey bar tu..kita pun x kuat tangan mental dan fizikal hahaha🤣🤣
BalasPadamWow lauk telur dadar korea menarik..pernah try buat tapi mcm jadi x jadi je hahaa nasib baik la amsih rasa telo dadar nya kan 😜🤣
Seremban pun baru lepas siap selenggara. Tapi kawasan rumah saya tak terlibat. Susah takde air ni terutamanya nak memasak tu. Banyak guna air nak membasuh itu ini. Elok juga tu masak awal senang.
BalasPadamBaguslah ada geng Hafizan nak ikut. So far tak pernah cuba lagi monkey bar tu. Tapi boleh lagi kot nak cuba.
Ohh zaman ITM pun dah ada ye Kesatria tu. Pernah lah join sem 1 sem2 kat UiTM dulu. Tapi berkawat je lah kot aktiviti dia. Lupa dah.
sedap telur gulung macam ni. Bagus jugalah pelbagaikan menu telur, taklah bosan makan telur rebus je kan. Sayur petola masak air camtu sedap, tapi saya suka tumis kejap.
Periuk tu kalau mak-mak kita nampak mesti kena bebel. hihihi...
Periuk legend tu sis.Sy pun ada 1 dkt rumah ni. =D
BalasPadamTak boleh dah sekarang nak gayut & move dekat monkey bar tu, badan berat ahaha 🤭
BalasPadamSedap menu hari ni Nur. Nak² udang dgn sayoq petola tu. Bertambah nasi la kalau Sy :)
Nur dah macam kakak teman adik bersenam tu 😀
BalasPadamMenarik hasilnya telur gulung-gulung.
Semalam saya pun masak sup sayur campur, tak tumis sebab malas 😆. Tapi ok je tak tumis pun sedap.
yes...ada geng ammi. geng periuk naik meja. kalau nampak kat arwah mama ni memanglah kena marah.
BalasPadamCantik betul kejadian telur gulung Korea itu. KSarie masih berusaha hendak membuatnya dan masih belum berjaya huhuhu. KSarie pun kalau masak letak periuk terus atas meja sebab senang dan malas nak basuh banyak bekas. Molek spesies makanan dalam pinggan Tot. Sihat sungguh
BalasPadamsup fucuk, suhun & petola..sedapnya...ralit tengok orang buat telur gulung korea ni...kena ada bekas 4 segi..
BalasPadamUncle kalau try buat macam Hafizan buat tu... mau sebulan demam...
BalasPadam