Ahad, 28 Syawal 1446 H.
1 hari lagi untuk join Giveaway Pertama Tot's Blog! Mari, mari, klik sini untuk sertai! 😊
Sudah 2 hari saya dan suami keluar berjalan-jalan di padang Astaka, Sitiawan.
Suami nak ambil angin, maksudnya, nak biasakan diri, sebab nanti awal bulan Mei, dia ada ujian berlari 2.4 km. Untuk kumpulan umur suami, kena habiskan di bawah masa 20 minit.
Itu yang kami keluar hari-hari berjalan tu. Nak maintain stamina, kena hari-hari buat. Konsisten. Tak boleh la last minute baru nak berlatih, itu yang boleh semput tu, atau badan terkejut.
![]() |
Ini semalam punya berjalan. |
Saya dapat berjalan sejauh 6.87 km, manakala suami lebih 8 km. Saya suruh dia pergi dulu, jangan tunggu saya. Padang ni luas, tau. Satu pusingan boleh dapat lebih 2 km.
Semalam ramai orang beriadah. Group aerobik saja, sudah ada di beberapa tempat. Di basketball court ada satu kumpulan, di badminton court ada satu kumpulan lagi, dok berjoget ikut muzik. Yang group taichi, di bahagian lain pula. Memang meriah.
![]() |
Ini, hari ni punya. |
Hari ni, dapat berjalan sejauh 7.06 km. Kurang sikit orang hari ni. Hari ni, suami ikut pace saya. Dah suruh dia laju, ikut kaki dia. Tapi dia pun tak nak push sangat, sebab dia baru balik OT pukul 6 pagi ni. Semalam dia masuk kerja pukul 4 petang.
Kadang kesian dekat suami. Sebab dia kerja shif. Kebanyakan hari dia ada OT. Tak cukup tidur lagi. Lepas tu, ada ujian kecergasan lagi. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk encik suamiku. Aminnn....
Korang hari ni sarapan apa? Saya tapau nasi lemak je, makan di rumah. Ada jemputan open house ke lagi, hari ni? Selamat berhujung minggu, kepada semua pembaca sekalian.
Jumpa lagi, ye. 💗
Dah lama tak jalan-jalan macam ni, berhenti sebelum puasa hari tu. Nak mula balik memang ambil masalah tambah-tambah tak ada partner.
ReplyDeleteOh, kena kuat azam untuk keluar briskwalk, lagi² kalo seorang.
DeleteSemoga Allah swt makbulkan doa seorang isteri. Pernah dengar, selain doa ibu, doa isteri juga Allah akan makbulkan.
ReplyDeleteAminnn... 🤲
DeleteHari ni sarapan kat kedai je makan roti bakar
ReplyDeleteSedap tu, roti bakar. 😋
DeleteSelamat beriadah, moga sihat-sihat selalu.
ReplyDeleteAminn. Mekasih, encik fairus.
DeleteKalau dalam 7km tu selalunya dalam berapa steps eh?
ReplyDeleteLebih kurang 11 ribu steps, uncle.
Deletebestnya ada partner jalan camni & meriahnya ramai org dgn aktiviti masing-masing!
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteHa ah, sini memang hari² ramai orang beriadah.
Meriah la kat situ... Sy suka tengok nyonya² buat taichi :D
ReplyDeleteSeronok ada partner, auto jadi bersemangatlah kita pun nak exercise kan. Tu kira rezeki Nur juga. Sy ni tunggu weekend je la nak exercise dgn husband sbb weekdays mmg dia kerja.
Kann... Deme pakai baju pun putih je, bergerak perlahan² dengan seragamnya.
DeleteAlhamdulillah. Ha.. itu la, masa free, boleh la nak exercise.
Cadang SA kalau x accident nak pi la briskwalking weekend...tapi x dapat gak...tunggu sihat betul dulu la...
ReplyDeleteSemoga cepat sihat, SA.
DeleteAmmi kalau briskwalk mmg husband ngelat je. Dia drop ammi pastu dianya taknak pun jalan. Dia gi main alat senam tu, pastu jalan atas batu refleksiologi tu
ReplyDeleteHaha.. bersenam juga tu, guna alat. :D
DeleteTenang je tengok view dalam gambar tu. Jauh dari hiruk-pikuk bandar.
ReplyDeleteHa ah, sini lokasi dia jauh sikit dari jalanraya utama. Kalau bukan orang sini, memang tak tahu ada padang tempat riadah di jalan dalam sikit.
DeleteLama x bawa ank sambil kita jalan2 keliling padang...
ReplyDeleteHujung minggu boleh la, Sueann. Hari tak kerja.
DeleteMeriahnya . Tak ada la sunyi sangat kan ..macam² aktiviti riadah yg ada di situ ..
ReplyDeleteYe, CCL. Sini ramai orang riadah, dengan muzik orang aerobik lagi.
DeleteWaaah besar memang nampak. Saya sukaaaa juga kalo bisa jogging di tempat begini. Biasanya kalo dengan suami, kami pun terpisah kak. Dia ikut pace dia, saya ikut pace saya. Tp saya selalu lebih banyak KM yang dicapai 🤣. Suami lebih suka olahraga lain drpd sekedar briskwalk.
ReplyDeleteSemoga lancar ujian lari suami kakak nanti yaa
Wah, pasti Fanny laju, pace-nya. :D
DeleteAminn.. terima kasih, Fanny.