Isnin, 29 Syawal 1446 H.
Assalamualaikum, semua...
Hari ni, last day nak join Giveaway Pertama Tot's Blog. Giveaway ditutup pada 11.59 malam ini. Klik sini untuk join. 😊
Hari ni, saya tak pergi riadah jalan-jalan pun. Rehat la, satu hari.
Pergi sarapan di Kedai Nasi Berlauk Kak Za. Lupa nak ambil gambar makanan. Terus makan nasi, tak ingat nak ambil gambar macam selalu.
Tempat lain ada turun hujan. Rumah saya, tak. Jadi, pokok-pokok mulai layu, sebab tuan pokok malas siram.
Hari ini, lawan malas. Kesian tengok pokok.
Pokok halia keluar bunga. Ini pertama kali, saya tengok. Kome tahu tak, pokok halia ada bunga? Saya tak tahu. Huhu... kalau pokok kunyit tu, dah biasa keluar bunga. Sedap, bunga pokok kunyit, buat ulam makan dengan nasi.
![]() |
Bunga pokok halia. |
Pokok halia biasa ni, yang orang guna untuk masak. Bukan halia bara.
Saya pun tanyalah pakcik google. Apa nak buat dengan bunga halia ni? Rupanya, boleh dibuat ulam juga. Tapi orang rebus dulu, ada rasa pedas-pedas sikit. Ooo... sama la, macam buat air halia pun ada rasa pedas-pedas juga.
Merujuk kepada gambar di atas, halia saya dah terkeluar-keluar dari tanah. Saya kongsikan di sini, hasil carian google mengenai pokok halia.
- Kalau dah berbunga, boleh tuai untuk halia muda
- Kalau nak halia tua, kena tunggu semua batangnya gugur sendiri.
- Untuk buat benih pula, kena tunggu 11 atau 12 bulan baru betul-betul sesuai untuk dijadikan benih.
SA pun tak tau halia ada bunga...macam tu ye rupa bunganya...bunga kunyit SA suka buat ulam..sedap dan baik juga untuk kesihatan dalaman wanita
ReplyDeleteBetul tu. Orang kata, awet muda, makan ulam bunga kunyit.
DeleteJadi terus pertama kali tanam. Tahniah.
ReplyDeleteTak sabar tunggu keputusan peraduan.
Alhamdulillah. Hehe..
DeleteSalute laaaa, halia pun dia tanam juga
ReplyDeleteHa ah, jadi kalu nak pakai, boleh korek je, tak yah beli.
DeleteBest nya dah keluar bunga.
ReplyDeleteAlhamdulilah.
DeleteBunga kunyit sedap...bunga halia x pernah rasa...
ReplyDeleteSama la.
DeleteBoleh makan rupanya bunga halia .. buat ulam ehh ..CCL pernah nampak bunga halia ni ..tapi tak pernah ambil
ReplyDeleteItu la. Macam takut pun ada, nak ambil buat ulam. Sebab tak biasa tengok, kan.
DeleteBaru tahu juga kalo halia ada bunga dan bentuknya seperti itu 😍. Selama ini tak pernah lihat memang tanaman halia, atau jahe kami sebut.
ReplyDeleteEnak kalo ada tanaman rempah seperti ini kak. Tinggal petik saat butuh. Tak kuatir busuk kalo tak dipakai2 👍
Ya, Fanny. Sebab itu lah, akak tanam. Supaya senang, ambil saja bila perlu. :)
Delete