Monday, April 28, 2025

Kejayaan yang tidak diduga

 Minggu lepas, Hafizan ada share tentang Majlis Anugerah di Poli. 

Keputusan periksanya, sudah tahu sebelum dia masuk semester 2 ni. Tapi bila dia beritahu, dia dapat anugerah, sudah tentu ada rasa bangga dengan kejayaan anak. Alhamdulillah, boleh berubah anak aku ni. 

Siapa sangka, dulu masa tingkatan lima, tiap-tiap minggu mesti ada hari tak pergi sekolah. Waktu periksa percubaan SPM pun, ada paper dia tak pergi. Memang mencabar kesabaran saya dan suami, menghadap karenah anak nombor dua ni. 

Sijil Penghargaan Hafizan

Kami layan je kehendak budak Hafizan ni. Nak bagi dia happy, sambung belajar. Dia nak membina badan tu, kami galakkan. Lagi pun, kan benda tu bagi badan sihat. Asalkan dia buat kerja dan semua tugasan di Poli. 

Hafizan cakap, semua budak kelas dia masa semester 1, dapat pointer 3.5 ke atas. Wahhh... bagus la tu. Semester 1 la, berpeluang untuk score. Buatlah yang terbaik untuk semester kedua dan seterusnya. Mama sentiasa doakan semoga Hafizan semangat untuk belajar. Masa dia dapat result dan bagitahu kami, terkejut juga, sebab dia boleh dapat pointer 4. Syukur Alhamdulillah. Hafizan lulus semua paper pun, mama dah happy. Asalkan Hafizan happy belajar di Poli.

Kredit gambar PUO.

Hafizan ambil course Diploma in IT. Semoga terus mendapat keputusan baik, di masa akan datang. Lepas habis Majlis Anugerah, ada acara makan-makan sempena masih di bulan Syawal. Hafizan kata, dia kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Alhamdulillah...biasa memang ada anak- anak macam ni, kalangan family SA pun ada...insyaallah kejayaan milik anakanda Hafizan

    ReplyDelete
  2. Kekalkan prestasi Hafizan…kita anak no2 yg rawkkkk

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Terbaik. Teruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. Wah! Tumpang gumbira!
    PUO tu poli pertama kat Malaysia kan? Bersejarah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, uncle.
      Ha ah. Abang paling sulung antara semua poli.

      Delete
  5. waaahhhhh tahniah hafizan! psttt hey hafizan, kak ana pun anak nombor dua tau hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ana. Alhamdulillah. Hehe.. sama ye.

      Delete
  6. InsyaAllah. Masuk alam IPT ni, siapa rajin, dia akan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Banyak mana usaha, banyak tu la hasilnya, kan.

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah..
    Moga anak2 linda pun berjaya juga nanti... Waktu sekarang nie, ibu dia risau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Linda. Alhamdulillah.
      Insya-Allah, kejayaan menunggu anak-anak Linda. Tak yah risau Linda, kita doa je banyak-banyak.

      Delete
  8. Alhamdulillah...Dip IT sama course dgn sy dulu ni.. Sept 2003- June 2006 =D..Lepas ni kalau minat bleh fokus amik SAP..Job ni tengah laku keras skrg..Kalau berjaya bleh dapat gaji RM500-RM1000/day... - based on Hata punya experience kendalikn candidate yg ade kelayakan SAP cert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, gitu. Baiklah. Terima kasih, share info, Nieza. Nanti saya panjangkan pada anak.

      Delete
  9. Alhamdulillah..Tahniah ibu dan anak...

    ReplyDelete
  10. Lain bidang ambil. Ingat kata untuk ambil TESL.
    Oh! Nama anak ada Wan di hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Markah merit Hafizan tak cukup untuk ambil TESL, NA. Lagi pun, dia tak mahu apply course yang ada interview. Ha ah, ikut bapaknya, Wan juga, orang Kelantan.

      Delete
  11. tahniah...smoga terus cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, baguus sangat kak 👍👍👍👍. Terkadang memang kita harus tahu karakter anak kita. Ada tipe yg harus dikeraskan, tp ada yg tak bisa. Utk yg begini, memang kita perlu ikut kemauan dia dulu. Support apa yg dia mau asalkan masih terhitung baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny. Akak pun masih cuba memahami karenah anak-anak ini. Lain anak, lain perangainya. Dan kita pun tak boleh compare antara satu anak dengan yang lain. Semoga anak-anak kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin..

      Delete