Assalamualaikum, semua...
Tinggal 4 hari lagi, Giveaway Pertama Tot's Blog akan berakhir. Klik sini untuk join.
Petang semalam pergi Aeon dengan suami. Cari langsir di Kaison. Bukan langsir rumah. Langsir pintu je. Untuk bilik atas, yang ada balkoni. Langsir sedia ada sudah bertahun pakai. Dapat juga, harga bawah RM50.
Alang-alang situ, mengopi la di Gigi Coffee.
Jarang-jarang kami beli kopi sini. Sebab banyak-banyak kopi, rasa harga dia paling mahal. Tapi sebab semalam hari raya, dan tak selalu, beli juga la.
Cawan kopinya, edisi khas raya. Tersenyum sorang saya tengok.
![]() |
Kuih bangkit tengah tido |
![]() |
"Palas rupa bukan segalanya", kata ketupat palas. |
![]() |
Sate tengah gosok baju raya. |
Haha... Comel je.
Ok. Tu je nak share. Jumpa lagi, ye. 😊
comel semua lukisannya! terus teringat ada sorang art tu kat instagram dia nama Ann Jaafar.. dia pun suka lukis yg jenis camtu hehehe
ReplyDeleteOh, ye ke.. akak baru uninstall ig. Kalo tak, bole tengok.
Deletepandai daun palas hehehe
ReplyDeleteKannn... Kecantikan kian pudar meningkat usia.
Deletedah beli langsir dekat Nilai hari tu, baru teringat romantika dan kaison...emmm, nyesal pula rasenya.. hahaha
ReplyDeletecomel sangat bekas kopi tu, sayang nak buang
Hehe.. takpe, lain kali bole beli. Akak pun lupa nak survey kat romantika.
DeleteComei, kannn...
comei sgt coffee cup nya.. cute!
ReplyDeleteKannn... 😁
DeleteAlolo cute la...
ReplyDeleteHehe..
DeleteAaaa lamanya tak beli kopi luar. suka juga kutip points dekat apps Gigi ni. hehehe nanti nak tebus satulah.
ReplyDeleteP/S: Baru perasan blog kak tot dengan kak ana sama. kadang keluar masuk balik banyak kali nak tengok kot tersalah masuk hehehe
Akak tade app gigi. Oh, macam zus juga ye. Boleh tebus point.
DeleteYeh betul. Ada juga orang yang perasan. Template blog sama. 😁
Cute nya sangat2.
ReplyDeleteKannn...
DeleteMenarik ciri pengiklannnya.. Boleh simpan buat koleksi cawan tu.
ReplyDeleteHehe.. tak simpan pun.
DeleteTak pernah masuk. Sini takde cawangannya. 😭
ReplyDeleteHaa.. ada rejeki travel, bole cuba ye.
DeleteSimpan ke cawan itu,
ReplyDeleteTak simpan, NA.
DeleteSaya pun ikut tersenyum lepas baca. Ingatkan typo tajuknya. Comel je dia punya kartun. Gigi Coffee saya pernah beli sekali je tak silap. Itupun sebab nak rasa-rasa. Boleh tahan sedap juga.
ReplyDeleteHehe.. palas.
DeleteKopi dia agak pekat, bagi akak.
Hahaha.. memang comel. Kreatif!
ReplyDeleteKann.. unik, tak pernah jumpa cawan kopi ada kartun hidangan raya.
DeleteSuka tengok gigi coffee collab dgn ann jaafar, punchline dia memang lawak2 n kreatif.
ReplyDeleteTapi saya peminat zus, rasanya lama tk beli gigi coffee ni huhu
Ooo.. jadi betul la, Ann Jaafar nama artisnya. Baru tahu.
DeleteComey cawan dia sempena raya :D
ReplyDeleteItu la, lain dari yang lain.
DeleteGigi ini saya blm coba. Nanti nak coba pasti saat ke KL. Waktu itu dah lihat counternya, tp Krn baru ngopi di bungkus Kaw kaw JD tak mungkin ngopi di sana 😄
ReplyDeleteHa, bungkus kaw kaw akak pernah cuba sekali. Bila di KL saja, akak dapat cuba. Tapi Gigi coffee ini, ada cawangan di Perak.
DeleteKreatifnyaaaa ..hahah comel kan dialog diorang ..
ReplyDeleteItu la. Comei dia buat. 😁
Delete