Friday, April 25, 2025

Pekena Nasi Kandar Beratur 786 Kampar

Jumaat, 26 Syawal 1446 H 

Assalamualaikum, semua...

3 hari lagi untuk join Giveaway Pertama Tot's Blog. Klik sini untuk sertai! 😊

Semalam hari off suami, satu hari kami tak duduk rumah. Ambil kesempatan, sebab dia sejak tukar tempat kerja baru di pelabuhan Lumut ni, hari-hari OT, jadi hari dia kerja, memang tak boleh nyongket. 

Semalam petang, kami makan tengahari di Nasi Kandar Beratoq 786, Kampar.

Tudia laa... jauh pi cari nasi kandar. Bila kita dah biasa makan nasi kandar ni, kita tahu specialty sesuatu kedai tu, apa. Macam di Nasi Kandar Beratur 786 Kampar ni, ayam goreng dia sedap. Dia goreng kat situ je, panas-panas, belakang kaunter. Lagi satu, kalau baca review dari google, orang suruh cuba dia punya lamb shank. Setakat ni, saya belum pernah cuba lamb shank dia. Sebab saiz agak besar, saya seorang pula makan kambing, risau tak habis. Lagi pun harga lamb shank bukan murah. Kalau betul-betul penggemar dan selalu makan, boleh la cuba.

Nasi saya

Saya ambil lauk ayam goreng, begedil dan bendi. Kuah pula, kari ikan, letak sikit je. Nasi separuh. Sini, kalau minta kuah campur, agak pedas kombinasi kuah dia, berpeluh-peluh makan. Ha, last time makan sini camtu la, lap peluh, air hidung pun keluar. Sedap, cuma bagi orang tak makan pedas, saya tak rekomen minta kuah campur.

Masa nak cubit ayam goreng, ouch... masih panas ye. Hehe... tapi sedap. Kulit ayam yang garing. Isi ayam yang lembut dan masak sempurna. 

Ruang menjamu selera

Makan di luar boleh, makan di dalam tempat ada aircond pun boleh. Walaupun semalam makan di tempat aircond di dalam, tapi aircond macam tak kuat. Atau mungkin sebab petang semalam, cuaca panas terik juga.

Alamat dan masa operasi

Saya tahu tentang kewujudan nasi kandar beratur 786 ni, sejak Amirul belajar di Kolej Matrikulasi Gopeng dulu. Selalu bungkus nasi sini, atau makan sini dulu, sebelum hantar budak Amirul. 

Pernah bungkus nasi kandaq, campur kuah sekali (biasa orang bungkus letak lauk dan kuah asing) dan bawa balik makan rumah Manjung, tetap sedap nasi dia. Malah, saya rasa nasi dan kuah yang mesra tu, jadi lagiiii sedap makan. Takde kembang-kembang pun nasi dia. Lagi surrrrrr.... 😋

Haha... ok itu je la cerita. Walaupun agak jauh juga Kampar ni dari Manjung, tapi sesekali, kami pi juga, kalau dah teringin. 

Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

40 comments:

  1. Sesekali jalan jauh memburu kedai makan yang kita suka, why not. Kalau dah sedap, sanggup ku redahi gitu. Menarik juga nak cuba kuah campur tu. Tapi saya bukan jenis makan kuah banjir. kena curah sikit macam akak tu je. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, sebab sedap la, sanggup pi, kalu teringin. :)

      Delete
  2. Oh, dekat Kampar pun ada NK Beratur 786 ni rupanya. Sy ingat kat Penang aje ada. Pernah sekali makan kat cawangan Seberang Jaya. Bagi sy, surrrrr. Sy suka kuah campur, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Kolumpo pun ada, cawangannya. Kann.... huhu... sedapnya!

      Delete
  3. PH selalu juga singgah NKB 786 ni dekat Penang kalau teringin nasi kandaq Penang. Sedap, kena dgn taste kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, suka juga, antara tempat feveret nasi kandaq kami.

      Delete
  4. Lama juga tak makan nasi kandar.

    ReplyDelete
  5. Wow..Sy sendiri rase mcm x pernah pegi kedai ni...Bila blk kg nnt bleh la try pegi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, boleh la tu. Aritu pun ada singgah lotus Kampor, kan. Dekat dah tu.

      Delete
  6. dapnya..weekend ni Ian dah ckp dah, dia balik nak pekena nasi kandaq...

    ReplyDelete
  7. peminat nasi kandaq je yg paham perasaan tu hehehe

    ReplyDelete
  8. jauh juga ye tp kalo kena ngan tekak berbaloi la makan...aritu dpt juga merasa tp yg kt kl tuan umh beli utk tetamu dtg beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguih tuan rumah tu, bertuah tetamu dapat makan nasi kandaq beshh...

      Delete
  9. kalau kat cawangan di penang ni, sedap... rupanya dia dah banyak cawangan sampai ke luar penang rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. bagus la, jadi tak perlu ke Penang kalu teringin.

      Delete
  10. tu dia...sampai kampar p makan...sat g sampai rumah, lapar balik...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan, Linda, sampai ke rumah. Sebab lepas makan, perut ada genduts.

      Delete
  11. Haha geng lah kita, makan nasi kandar kuah tak banjir! Tapi saya lama dah tak makan nasi kandar sebab tak minat sangat
    Ayam goreng tu nampak sedapp, part paling best pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu.
      Ha ah, ayam goreng dia terbaik!

      Delete
  12. maaf. sy org kelantan jd kurang suka nasi kandar. lgpun di sini sedikit je restoran nasi kandar yg ada. tp jika or belanja, ON je. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mesti Abam Kie suka nasi berlauk atau nasi kerabu, kan..

      Delete
  13. saya nasi kandar masih okay lagi boleh go lah. Depends pada ayam goreng atau ayam madu dia. Kalau jumpa yang kena dengan selera, memang diam terus makan. hahahah khusyuk katakan >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mesti. Makan sambil pejam-pejam gitu, baru boleh hayati kenikmatannya.

      Delete
  14. Nampak kerangupan dan keenakan ayam tu. Sedapnya ratah camtu pun best tu.

    ReplyDelete
  15. Tiba-tiba rasa malu giler .. rupanya belum tekan button follow di sini.. maaf yer sbb baru nak follow.. jarang blog walking pakai laptop .. hari ni baru perasan :D

    ReplyDelete
  16. Dapat ayam goreng yg baru sahaja di goreng ... mmg sedap makan panas2 dgn nasi dan kari ... okla tu husband off mmg kena bawa berjalan .. Insyallah kalau tersesat ke sana nak terjah la nasi kandar beratur 786 kampar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nikmat sangat! Sambil menjilat jari, gitu.

      Delete
  17. Cara makan nasi kandar kita sama, tak suka kuah banjir. Sedikit saja 😄😄👍. Duluuu zaman kuliah di Penang , okelah saya suka pesan yg banjir. Tp sejak rajin workout, tak lagi. Ingat umur dah tua 🤣🤣. Kuah secukupnya saja 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sama. Betul, kurang suka juga kuah banjir. Sedikit saja sudah mencukupi.

      Delete
  18. Pedas yang suka ini. Hehe tidak tahu bila dapat cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, ada kesempatan boleh try. Kat KL pun ada kot, cawangannya.

      Delete
  19. Fuhh nasi kandar kuah banjirrr memang marvelous..

    ReplyDelete