Tuesday, July 1, 2025

Mengopi di Richiamo

Tarikh: Khamis, 19 Jun 2025

Lepas Asar, selalu rasa gatal nak minum petang. Jalan-jalan naik kereta, tengok tempat mana yang sesuai dan tidak ramai orang, serta suasana sejuk di petang hari yang panas. 

Ok, pergi Richiamo sajalah.

Sudah makan malam di rumah. Tapi beli makan lagi di sini. 


Americano panas dan sejuk, serta snek sampingan, mengopi di RIchiamo
Dua americano, satu ais, satu lagi panas. Bersama hidangan sampingan.

Kami sudah biasa minum kopi tanpa gula. Sekali-sekala, bila teringin, pesan juga kopi ada susu, seperti hazelnut latte, dan suami lebih suka caffe latte. Tapi kebanyakan hari, memang americano saja. 


Americano panas dan sejuk, mengopi di Richiamo
Close-up americano panas dan sejuk.

Mug kopi dia besar. Kopi pula panas. Minum sikit-sikit. 


Salted egg yolk croissant di Richiamo
Salted egg yolk croissant

Suami suka suruh saya pesan croissant ni, bila datang Richiamo. Bila kita belah dengan pisau, nak bahagi dua, terkeluar dia punya filling telur masinnya yang melimpah ruah. Kena calit dengan croissant sikit-sikit supaya tak membazir.


Chicken mushroom cream pie Richiamo
Chicken mushroom cream pie

Yang mushroom pie ini, rasanya kali kedua pernah pesan. Sedap. 


Dalam cafe Richiamo di Teluk Muroh, Lumut.
Di luar sana, seberang jalan, ada bukit.

Richiamo cawangan Teluk Muroh, Lumut ini, adalah di Stesen Minyak Petronas, on the way to Teluk Batik.

Ada satu lagi cawangan Richiamo di Stesen Minyak Shell Manjung Point, bersebelahan Aeon Mall Manjung, tapi sudah ditutup. Kami suka lagi minum sana dulu, sebab kurang orang. 


Harga berpatutan di Richiamo Coffee
Harga mengopi petang itu, RM37.60

 Cetakan pada resit, semasa saya pesan kopi dan snek petang, adalah jam 5.54 petang. 

Pada hari tersebut, suami kerja shif pagi, balik petang. Itu yang mengopi waktu petang. Satu hari, satu cawan kopi sudah cukup. Alhamdulillah. 

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

14 comments:

  1. Salted egg croissant tu kira makanan wajib order kalau kami makan di Richiamo. Sedap 😋

    ReplyDelete
  2. Lama x mengopi dekat Richiamo...teringat pulak kopi dia...

    ReplyDelete
  3. Macam menarik pula salted egg yolk croissant dan
    chicken mushroom cream pie tu. Baik, nanti saya nak cubalah. Puas hati mengopi kalau cawan dia besar kan.

    ReplyDelete
  4. Tak reti minum kopi kosong .tapi,kopi susu pun reti minum yang buat sendiri je...hihihi...

    ReplyDelete
  5. Wah, sedapnya chicken mushroom cream pie!

    ReplyDelete
  6. ohh murah je salted egg croissant dgn mushroom pie tu. ingatkan belas2!
    hebat ni minum kopi tanpa gula. saya minum kopi yg ada susu tu secawan pun dah sakit kepala. suka bau kopi, tapi takleh minum hehe :(

    ReplyDelete
  7. Oh biasa minum kopi tanpa gula ya Mbak?
    Saya selalu minum kopi dengan gula, tapi sekarang dengan gula yang rendah kalori saja.
    Mushroom pie...boleh juga nih Mbak. Pasti sedap...

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi rasa salted egg croisant tu. Bolehlah dicuba nanti

    ReplyDelete
  9. Chicken Mushroom Pie... Menarik ni.. Richiamo di Ampang takde pulak pie ni..

    ReplyDelete
  10. Salted egg croissant tu belum pernah try...
    Sy suka Richiamo tapi lama dah tak singgah

    ReplyDelete
  11. Saya sehari bisa 10 gelas hehe
    Saya betul-betul suka kopi, tanpa gula lebih nikmat lagi

    ReplyDelete
  12. Untung Richiamo dekat. Boleh lepak petang-petang minum kopi.

    ReplyDelete
  13. Mushroom chicken cream pie itu besar juga saiznya.
    Sini Richiamo MITC dah tutup juga.

    ReplyDelete
  14. Filling terkeluar ala-ala lava gitu

    ReplyDelete