Tarikh: Khamis, 19 Jun 2025
Lepas Asar, selalu rasa gatal nak minum petang. Jalan-jalan naik kereta, tengok tempat mana yang sesuai dan tidak ramai orang, serta suasana sejuk di petang hari yang panas.
Ok, pergi Richiamo sajalah.
Sudah makan malam di rumah. Tapi beli makan lagi di sini.
![]() |
Dua americano, satu ais, satu lagi panas. Bersama hidangan sampingan. |
Kami sudah biasa minum kopi tanpa gula. Sekali-sekala, bila teringin, pesan juga kopi ada susu, seperti hazelnut latte, dan suami lebih suka caffe latte. Tapi kebanyakan hari, memang americano saja.
![]() |
Close-up americano panas dan sejuk. |
Mug kopi dia besar. Kopi pula panas. Minum sikit-sikit.
![]() |
Salted egg yolk croissant |
Suami suka suruh saya pesan croissant ni, bila datang Richiamo. Bila kita belah dengan pisau, nak bahagi dua, terkeluar dia punya filling telur masinnya yang melimpah ruah. Kena calit dengan croissant sikit-sikit supaya tak membazir.
![]() |
Chicken mushroom cream pie |
Yang mushroom pie ini, rasanya kali kedua pernah pesan. Sedap.
![]() |
Di luar sana, seberang jalan, ada bukit. |
Richiamo cawangan Teluk Muroh, Lumut ini, adalah di Stesen Minyak Petronas, on the way to Teluk Batik.
Ada satu lagi cawangan Richiamo di Stesen Minyak Shell Manjung Point, bersebelahan Aeon Mall Manjung, tapi sudah ditutup. Kami suka lagi minum sana dulu, sebab kurang orang.
![]() |
Harga mengopi petang itu, RM37.60 |
Cetakan pada resit, semasa saya pesan kopi dan snek petang, adalah jam 5.54 petang.
Pada hari tersebut, suami kerja shif pagi, balik petang. Itu yang mengopi waktu petang. Satu hari, satu cawan kopi sudah cukup. Alhamdulillah.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
Salted egg croissant tu kira makanan wajib order kalau kami makan di Richiamo. Sedap 😋
ReplyDeleteLama x mengopi dekat Richiamo...teringat pulak kopi dia...
ReplyDeleteMacam menarik pula salted egg yolk croissant dan
ReplyDeletechicken mushroom cream pie tu. Baik, nanti saya nak cubalah. Puas hati mengopi kalau cawan dia besar kan.
Tak reti minum kopi kosong .tapi,kopi susu pun reti minum yang buat sendiri je...hihihi...
ReplyDeleteWah, sedapnya chicken mushroom cream pie!
ReplyDeleteohh murah je salted egg croissant dgn mushroom pie tu. ingatkan belas2!
ReplyDeletehebat ni minum kopi tanpa gula. saya minum kopi yg ada susu tu secawan pun dah sakit kepala. suka bau kopi, tapi takleh minum hehe :(
Oh biasa minum kopi tanpa gula ya Mbak?
ReplyDeleteSaya selalu minum kopi dengan gula, tapi sekarang dengan gula yang rendah kalori saja.
Mushroom pie...boleh juga nih Mbak. Pasti sedap...
Salam,
Tak pernah lagi rasa salted egg croisant tu. Bolehlah dicuba nanti
ReplyDeleteChicken Mushroom Pie... Menarik ni.. Richiamo di Ampang takde pulak pie ni..
ReplyDeleteSalted egg croissant tu belum pernah try...
ReplyDeleteSy suka Richiamo tapi lama dah tak singgah
Saya sehari bisa 10 gelas hehe
ReplyDeleteSaya betul-betul suka kopi, tanpa gula lebih nikmat lagi
Untung Richiamo dekat. Boleh lepak petang-petang minum kopi.
ReplyDeleteMushroom chicken cream pie itu besar juga saiznya.
ReplyDeleteSini Richiamo MITC dah tutup juga.
Filling terkeluar ala-ala lava gitu
ReplyDelete