Monday, July 14, 2025

Sunday breakfast

Tarikh: Ahad, 29 Jun 2025

Hari Ahad ialah hari di mana kita boleh bermalas-malasan di rumah. Bagi saya, tidak perlu bangun pukul 4 pagi untuk memasak, kerana anak tidak perlu pergi sekolah. 

Hari Ahad, boleh berkebun lama sikit. Ambil bangku kecil, khas digunakan semasa berkebun, letak depan pokok bunga ros, dan boleh perhati bunga-bunga yang sedang kembang mekar, sambil cium bau wangi bunga. 

Hari Ahad, boleh buka peti ais, kumpulkan stok barang basah yang ada, dan masak ikut suka hati. 

Kuetiau goreng tak ada sayur, homemade.
Saya masak kuetiau goreng

Bila pergi kedai runcit, kalau beli sebungkus kuetiau, saya selalu beli juga 5-6 ekor udang, untuk diletak dalam kuetiau. Kuetiau goreng tak ada sayur. Letak fish cake juga, selain udang. 

Saya suka refer resepi Che Nom, untuk goreng kuetiau. 


Scrambled egg dan sosej frankfurter ayam
Scrambled egg dan sosej frankfurter ayam

Buat lauk protein tambahan, telur hancur atau scrambled egg dan sosej frankfurter ayamas yang dikukus. Rasa masin, sosej tu. Ambil keputusan tak mahu beli lagi frozen food macam sosej di atas. 

Bila kita kurangkan pengambilan gula, deria rasa jadi lebih peka. Makanan proses rasa lebih masin. 


Nasi goreng dimasak guna perencah nasi goreng, homemade
Suami saya masak nasi goreng

Ada nasi secoet, dalam rice cooker dalam fridge. Suami goreng nasi, guna perencah. Bila guna perencah nasi goreng Seri Aji ke, Maggi ke, tak perlu letak garam kalau nasi secoet sahaja. Rasa dahulu, nanti takut masin pula.

Kena ada extra makanan, sebab kuetiau goreng kalau masak sebungkus, dua orang anak saja boleh habiskan. 


Home cooked breakfast
Alhamdulillah, rezeki pagi Ahad

Home cooked meal adalah yang terbaik. Rasa puas hati dan gumbira dapat sediakan makanan untuk dimakan seisi keluarga. Bersyukur dengan rejeki yang Allah berikan. 

Perasan tak, hari Sabtu dan Ahad berlalu dengan sangat pantas, banding hari-hari lain? 😁

Baiklah. Jumpa lagi, ye. πŸ’—

12 comments:

  1. Kat rumah SA kuew Teow kureng laku...yang laku bihun ngan mee goreng..tapi sesekali SA buat gak la kuew teow..

    ReplyDelete
  2. Sedap kuetiaw goreng. Lagilah kalau ada cili jeruk. Cepatlah menambah kuetiaw dalan pinggan.
    Betul Cie. Memang cepat hari berlalu. Perasan hari jadi gelap sebelum maghrib.

    ReplyDelete
  3. Linda memang buat kuetiau goreng je..mudah nak goreng...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Process food mostly banyak garam and MSG...sedap kuetiau goreng tu...

    ReplyDelete
  5. Ya betul. Kalau hari kerja lambatnya nak hari Jumaat. Tapi kalau hari sabtu ahad eh dah hari ahad. Isnin dah blues monday melanda.

    ReplyDelete
  6. pelbagai menu tu...kuehtiaw suka letak kerang or daging...

    ReplyDelete
  7. Taufik belajar makan kuey tiaw ni masa sekolah menengah...itu pun sebab lapar...nasi, bihun dengan mee goreng dah habis...hasil nya sampai sekarang makan kuey tiaw goreng

    ReplyDelete
  8. Samalah aktiviti kita, hari Ahad, hari bermalas-malasan di rumah, kutip2 bahan dlm peti ais, clearkan baju2 yang tak berlibat, kosongkan bakul baju yang nak dibasah. Saya suka hari ahad tp bila sampai waktu malam, mula 'ngeri' nak mengadap hari Isnin..hehehe

    ReplyDelete
  9. Hari Ahad memang seronok tapi cepat berlalu pergi. Tahu-tahu dah Isnin, kena hadap Monday Blues pulak. Saya suka kuetiau halus, kurang sikit bau dia. Sedap pun sedap. Tambah udang bertambah sedap, lagi lagi kalau ada kucai dan tauge. Saya setuju dengan rasa frozen food tu. Memang masin. Saya pun dah lama tak beli process, frozen food. Makan bila teringin atau tak ada pilihan lain di kedai. Home cooked memang terbaik.

    ReplyDelete
  10. waahhh Ana paling suka k.teow goreng! sedapnyaaaaaaa nampakkk siap ada side dishhh nyummmm!

    ReplyDelete
  11. PH pula hari Sabtu Ahad super duper busy. Nak melawat anak² di asrama la, uruskan kain baju la, memasak la...
    Sedap kue tiau dgn udang, ngam

    ReplyDelete
  12. Pagi dengan nasi goreng, ada juga kue tiau goreng untuk seisi keluarga, ah nikmat sekali Mbak.
    Kalau hari libur semacam sabtu atau ahad terasa lekas usai ya Mbak, demikian yang saya rasakan dahulu ketika saya masih bekerja.

    Salam,

    ReplyDelete